K-DAY ARO

K-DAY ARO Media informasi

12/05/2023
27/04/2023
12/04/2023

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

10/04/2023
08/04/2023

C&P:
Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...

DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..

Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak kongsi sedikit salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata.

Sebab apa?

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang..

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat-sahabat semua selalu pijak.

Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan entah apa lagi nama orang panggil.

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai, betul tak?

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pergi cari benih dan tanam pulak...

Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada s**atan, ikut selera masing-masing.

- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah.

- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum.

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..

- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.

👉 DAUN.
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

- Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.

- Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga tersebar ., Insyaallah
Wallahualam..

07/04/2023

Resepi Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Cepat😍😍

🌱Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.
🌱Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

🌹Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

🤩Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.🤩

Bahan-bahan:

♥️2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan

♥️2 kg Gula Perang

♥️1 biji Ragi tapai

♥️1 botol Yakult

♥️2 kotak Susu segar

♥️2 biji Air kelapa muda

Cara-Cara :

1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.

2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.

3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali

4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.

6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.

🤩🤩🤩Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.
Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.🤩

06/04/2023

Perbedaan Baking Soda dengan Baking Powder:

1. Baking Soda nama kimianya adalah Sodium Bicarbonate. Baking Soda adalah bahan “dasar” dan pH-nya Alkaline (Basa), sehingga memerlukan acids (asam) + panas tinggi untuk bereaksi. Jadi apakah itu dicampur dengan cuka, citrus, buttermilk, krim, susu, keju, brown sugar, yogurt, cream of tartar, molasses, selai buah, natural cocoa powder, madu, dsbnya, Baking Soda akan menghasilkan Karbondioksida yg kemudian berfungsi sebagai bahan pengembang dalam dunia baking.

2. Baking Soda adalah material yg sangat kuat, bahkan 3-4 kali lipat lebih kuat daripada Baking Powder. Oleh karena itu, terlalu banyak Baking Soda dalam resep justru akan membuat adonan retak / bantet / meluber / kering dan terasa pahit dengan kesan logam atau sabun di lidah. Jadi biasanya cukup 0.25 sdt per 250 ml tepung dalam suatu resep.

3. Baking Powder (Bicarbonate Soda) juga mengandung Baking Soda di dalamnya, namun sudah dicampurkan dengan zat asam (cream of tartar / sodium aluminium sulfate) dan maizena. Umumnya Baking Powder dijual dalam bentuk ”Double-Acting”, yang berarti proses pengembangan akan terjadi di dua tahap, yaitu saat dicampurkan dengan cairan dan saat dipanggang atau terpapar dengan panas. Oleh karena itu lebih baik untuk segera memanggang adonan yg sudah diberi Double Acting Baking Powder karena reaksinya sudah berlangsung saat mengaduk bahan dengan cairan.

4. Sekalipun Baking Powder sudah mengandung asam di dalamnya bukan berarti tidak memerlukan bahan dengan pH asam di dalam suatu resep. Hanya saja perlu uji coba untuk ketepatan takarannya sehingga adonan mengembang sempurna. Namun umumnya per 1 sdt Baking Powder biasanya untuk 250 ml tepung.

5. Banyak resep yg menggabungkan Baking Soda + Baking Powder. Fungsinya adalah jika hanya memakai Baking Soda, flavor asam akan terlalu lemah, sehingga perlu tambahan Baking Powder. Jadi perlu diseimbangkan antara efek mengembangnya dan flavor akhirnya. Keduanya juga membantu proses browning pada hasil akhir suatu resep. Namun umumnya Baking Soda dipakai hanya sepertiga dari bobot Baking Powder dalam suatu resep.

6. Baking Powder mengandung Sodium yg lebih tinggi drpd Baking Soda, jadi rasanya lebih asin / pahit. Ini artinya di dalam suatu resep belum tentu anda bisa menggantikan posisi satu dengan yg lainnya kalau kehabisan bahan. Alhasil, hasilnya bisa terlalu asin / bantet / keras dsbnya.

7. Jika sampai kehabisan Baking Powder, buat dengan mencampurkan 2 bagian cream of tartar dengan 1 bagian baking soda. Jika ingin disimpan lama, mix dengan 1-2 sdt tepung maizena supaya tidak menggumpal.

8. Hati-hati terhadap tepung jenis “Self Rising Flour), karena di dalamnya sudah mengandung Baking Powder dan garam sehingga dengan sendirinya sudah bisa mengembang. Namun uji coba dengan menambahkan Baking Soda jika hasilnya kurang kuat daya “angkatnya”.

9. Baking Soda lebih tahan lama ketimbang Baking Powder. Keduanya perlu disimpan di tempat yang kering / dingin dan tertutup rapat. Tes kadaluarsa Baking Soda dengan mencampurkannya dengan cuka. Jika berbusa cepat maka masih ok. Untuk Baking Powder, mix dengan air panas. Jika berbusa maka masih ok.

10. Sekalipun tidak selalu, Baking Powder lebih banyak dipakai di resep kue bolu, muffin / cupcakes, dan kue lainnya. Namun Baking Soda lebih banyak digunakan pada produk roti, kukis, biskuit dan crackers. Untuk produk gorengan, Baking Powder digunakan untuk membuat adonan lebih ringan dan mengembang. Namun Baking Soda akan membuatnya lebih garing dan kering.

Sumber : Edwin Lau

31/03/2023
30/03/2023

Address

P. Arman RT. 04 Bunga Tanjung, Kec. Betara, Kab. Tanjung Jabung Barat
Kualatungkal
36555

Telephone

+82279928134

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when K-DAY ARO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share