Daeng Ahmad Garden

Daeng Ahmad Garden Daeng ahmad garden ok

Serai...dalam bulan 9 baru boleh tuai.
10/06/2021

Serai...dalam bulan 9 baru boleh tuai.

Penyakit Tanaman Cili – ANTRAKNOS-Penyakit utama tanaman cili antraknos atau bintik berpusar dimanaPenyakit ini sering m...
11/04/2021

Penyakit Tanaman Cili – ANTRAKNOS-

Penyakit utama tanaman cili antraknos atau bintik berpusar dimana
Penyakit ini sering menyerang apabila musim hujan. Agen yang menyebabkan antraknos ini ialah sejenis kulat yang dikenali sebagai Colletotrichum capsici.

Secara umumnya, kulat membiak melalui spora.

Antara simptom antraknos adalah:
1. Bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.
2. Terdapat simptom bintik-bintik nekrotik pada daun.

Serangan antraknos ini mudah dikawal jika kita memahami fisiologinya.

▪Kawasan persekitaran kebun kita memang sudah ada spora antraknos ini, tetapi ianya tidak aktif sehingga keadaan persekitaran sesuai untuk ianya membiak.

Kaedah kawalan adalah mudah.
▪Antraknos menyerang pada buah cili, justeru itu racun kawalan untuk antraknos hanya perlu dilakukan setelah pokok cili ada putik buah cili. Sekitar 35 hari selepas anak pokok dipindahkan ke ladang atau polibeg.
▪Bagi mencegah penyakit ini, pengusaha perlu melakukan semburan racun kulat di dalam jangka masa 48 jam selepas hujan.
▪Bagi pengusaha yang telah terkena serangan antraknos ini, buah yang terkena jangkitan perlu dibuang.
▪Buang di dalam plastik dan buang di tempat pelupusan sampah, jauh daripada kebun anda. Jangan dibakar atau biarkan buah yang terkena jangkitan ini bersepah di kebun anda.
Ini kerana jangkitan antraknos bermula daripada spora.
▪Jika punca penyakit atau spora masih ada di kebun anda, maka sia-sialah usaha anda.
Maka, sebarang kawalan tidak akan berkesan.
Selepas buang bahagian yang dijangkiti, segera lakukan sembur racun kulat.
▪Antara racun yang disyorkan adalah
Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®)
Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®)
Chlorothalonil (DACONIL S®, ODYSSEY 500®, ANCONIL 500®)
Trifloxystrobin (NATIVO®)
Tebuconazole (FOLICUR®, TEBCO®.

Musim membaja
31/03/2021

Musim membaja

Pernah x tanam pokok daun sup tp x hidup2...rahsia dia pastikan batang yg dah dipotong tu jgn kene air...hanya akar saha...
30/03/2021

Pernah x tanam pokok daun sup tp x hidup2...rahsia dia pastikan batang yg dah dipotong tu jgn kene air...hanya akar sahaja kene air...kalau kene air batang akan jadi lembik dan busuk dan pokok akan mati...itu lah perangai pokok daun sup...boleh masak sup ayam selepas nie....

Laman sempit jaa.. nak tanam macam2..anggur datas para, bahagin bawah meja mengopi, bahagian tepi pokok cili..
27/03/2021

Laman sempit jaa.. nak tanam macam2..anggur datas para, bahagin bawah meja mengopi, bahagian tepi pokok cili..

Selamat pagi semua..❤❤❤Tahukah anda satu tumbuhan yg dipanggil MIRACLE TREE oleh dunia dan dikenali sebagai SUPERFOOD TE...
21/03/2021

Selamat pagi semua..❤❤❤

Tahukah anda satu tumbuhan yg dipanggil MIRACLE TREE oleh dunia dan dikenali sebagai SUPERFOOD TERHEBAT yg dah lama kita abaikan ada disekitar rumah kita..

Pokok MORINGA/KELOR yg mempunyai khasiat dan manfaat yg berbaloi2 murah berkesan serta bernilai..bayangkan BIJI BENIH BUAH saja memcapai hampir rm180 hingga rn150 sekilo..selain.bunga .daun .ranting semuanya sgt sesuai utk manusia dan haiwan ternakan..💪💪💪

Alhamduliliah ..hidup tanpa satu pun ubatan hospital masuk dlm tubuhbadan satu anugerah terindah dari illahi..Aamiin

I LOVE MORINGA ❤❤❤

16/03/2021

Baja organik daripada kelapa sawit

🌹🌱 jom kita belajar 👉🏿Apakah itu Baja NPK ?Perkataan NPK merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman kepada m...
12/03/2021

🌹🌱 jom kita belajar 👉🏿Apakah itu Baja NPK ?
Perkataan NPK merupakan satu perkara penting dalam pembajaan tanaman kepada mereka yang belajar dalam bidang pertanian. Hanya mereka yang biasa berkebun atau mempunyai kerja berkaitan pertanian sahaja merupakan kumpulan yang tahu akan maksud NPK. Pada orang ramai yang berkebun menggunakan baja yang biasanya ada tertera tulisan NPK pada bungkusannya seperti N:15 P:15 K:15 atau N:12 P:12 K:17. Tetapi ramai orang yang tidak mengetahui apa maksud NPK dan nombor yang tertera disebelahnya. NPK sebenarnya bermaksud sebagai Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium) dan nombor-nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan kandungan setiap bahan itu didalam sebatian baja tersebut. Sebagai contoh, N:12 P:12 K:17 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Posphorus sebanyak 12% dan Kalium (Pottasium) sebanyak 17%. Memang amat penting bagi pemain industri pertanian memahami asas kepada formulasi pembuatan baja dan tahu keperluan formulasi NPK bagaimana yang dijual kemudian akan dibeli untuk tanaman mereka. Kadar angka NPK ini lazimnya diformulasi mengikut keperluan jenis tanaman, peringkat umur tanaman, musim atau keadaan cuaca serta banyak faktor lain.
Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar Nitrogen 👎, Phosphorus (P) dan Kalium (K-potasium). Ketiga-tiga untur tersebut merupakan komponen penting untuk pertumbuhan tanaman dimana N adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage), P untuk Akar Subur (Strong Root) dan K untuk pembesaran tanaman (Healthy growth). Selain itu terdapat unsur nutrien mikro yang diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan seperti Magnesium (Mg) Kalsium (Ca), Manganese (Mn), Boron (B) dan sebagainya. Dalam kita cuba membaca nombor baja sebatian NPK 12:12:17, sebenarnya kalau campur kesemua jumlah nombor baru ada 41%, mana cukup 100%?. Kenapa jadi begitu dan mana pergi yang lain?. Dalam ilmu sains pertanian mengenai baja sebenarnya baki peratusan yang lain itu adalah kandungan bahan-bahan lain (disebut sebagai bahan lengai) yang biasa terdapat dalam baja. Bahan lengai ini terdiri daripada bahan lain seperti pasir, tanah atau media tanaman lain yang serasi. Lazimnya hanya unsur baja N, P dan K sahaja yang paling penting dalam kandungan baja yang dapat diambil atau digunakan oleh tumbuhan.

Unsur penting baja iaitu Nitrogen 👎 merupakan unsur yang berfungsi didalam pembesaran untuk daun. Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil dalam daun adalah bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakan untuk tujuan FOTOSINTESIS (photosyntesis) yang dibina dari sebahagian besarnya asas dari nitrogen. Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun keadaan jika terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tahap tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tumbuh dengan tegak.

Kedua adalah bahan Phosphorus (P) yang penting untuk pembesaran bahagian akar. Posforus berguna didalam perkembangan akar yang sihat (Lihat foto sebelah). Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah melalui sel kutikel yang aktif pada hujung akar. P juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga apabila cukup waktunya atau apada peringkat repproduktif. Peranan P memang signifikan didalam penghasilan bunga dan buah. Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput. Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang seperti tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus. Pemberian baja P berlu dirujuk syor yang dinyatakan pada label pembungkus baja.

Bagi unsur Kalium (K) ataau lebih disenangi dengan panggilan 'Potasium' ianya adalah amat penting untuk tumbesaran pokok. Kalium atau potassium juga membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Unsur 'K' adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl dalam daun. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit. Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat. Baja ini diberikan lazimnya apabila tumbuhan melepasi peringkat vegetatif. Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini lazimnya ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara untuk tumbesaran. Begitulah pentingnya kita mengatahui maksud NPK yang sering ditulis pada beg baja untuk digunakan dalam pertanian.🌱🌹

MD2
10/03/2021

MD2

NENAS MD2 merupakan satu varieti nenas atau nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik dan juga eksport di Malaysia. Vari...

MD2
10/03/2021

MD2

LPNM tawar bantuan kepada pemain industri yang berminat dengan tanaman itu, termasuk latihan dan menjadi pemudah cara dalam pemberian insentif.

10/03/2021

Petani milinium...ada degree mas...

Address

Cisaat

Telephone

+60198167489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daeng Ahmad Garden posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Daeng Ahmad Garden:

Share