Neesa Books

Neesa Books Selling new books in cheaper prices than others. Only in Brunei Darussalam.

18/04/2017

salam and hello.

ada yang kan join order for PBAKL 2017? boleh bagi list before 22hb. :)

Tajuk: Dongeng Yang SempurnaPenulis: Ayuni SyafiqahHarga: BND13.00Sinopsis: "I hate birthdays. They just remind me of ho...
02/09/2016

Tajuk: Dongeng Yang Sempurna
Penulis: Ayuni Syafiqah
Harga: BND13.00

Sinopsis:
"I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.” – Azy Rania.

Sejak bertemu Farish Luqman, Azy mula percaya dengan cinta pandang pertama. Kehadiran Farish memberi satu sebab untuk dia tidak berasa sunyi lagi seumur hidupnya. Namun, tidak semudah itu jalan untuknya mengejar bahagia. Azy pasrah apabila dia tahu lelaki yang dia cintai dalam diam itu rupa-rupanya lelaki yang telah lama bertakhta di hati kakaknya sendiri. Sedar diri hanyalah watak ketiga dalam kisah cinta Maiya dan Farish, dia nekad mengundur diri. Farish p**a pasrah melupakan cinta yang kian mekar untuk Azy.

Namun begitu, wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali selama ini mengubah segala-galanya. Hakikat yang jodoh antara dia dan Farish sudah ditentukan bertahun-tahun lalu mengikat Azy dalam dilema. Menerima bermaksud mengkhianati. Namun jika itu satu-satunya harapan yang ada untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan mencari bahagia, Azy rela dibuang oleh keluarganya sendiri.

“Sebaik saja pernikahan itu sah, Azy bukan anak papa lagi.” – Aswad.

Mahligai yang dibina nyata penuh dengan keindahan, sehingga takdir yang tercorak memaksa Azy untuk berkorban sekali lagi. Dia rela pergi buat selamanya andai itu dapat membahagiakan insan-insan yang dia sayang, yang pernah dia lukai.

Farish terluka. Seolah-olah segala yang dia lakukan untuk Azy selama ini hanyalah sia-sia. Namun tiada apa yang mampu dia lakukan untuk membaiki semuanya.

Azy membawa diri, menjejaki sejarah yang ditinggalkan oleh arwah ibunya di bumi Australia. Mampukah pencariannya itu menemukannya dengan kebahagiaan? Atau bayang Farish akan tetap menghantui hati dan fikirannya buat selama-lamanya?

“Abang tunggu Azy kat luar,” - Farish.
“Luar? Luar mana?” - Azy
“Luar hati Azy, tunggu Azy jemput masuk.” - Farish

Tajuk: Cinta LelongPenulis: Sakura RiaHarga: BND13.00Sinopsis: Dia menawan. Dia hebat. Dia punya segala-galanya kecuali ...
02/09/2016

Tajuk: Cinta Lelong
Penulis: Sakura Ria
Harga: BND13.00

Sinopsis:
Dia menawan. Dia hebat. Dia punya segala-galanya kecuali satu perkara…cinta! Ya,dia tidak punya itu kerana dia percaya cinta sejati sudah tidak wujud di muka bumi ini. Dialah Ammara Delisha, pemain cinta terulung abad ini.

Gelaran pemain cinta itu disandang penuh bangga demi sebuah dendam yang masih belum terlunas. Setiap sakit yang ditanggungnya perlu dibayar dengan harga yang sama kerana semuanya terlalu pahit untuk ditelan sendirian.

Ikhtar Wazien. Lelaki yang berani menyentap Ammara Delisha daripada dunia ciptaannya sendiri. Keberanian lelaki itu jugalah yang telah hadirkan pelbagai rasa dalam hati Ammara Delisha.
“Ara,jom kahwin?” – Ikhtar Wazien

“Ikhtar, janganlah main-main I tak s**a ok. I datang jumpa you bukan sebab nadengar jenaka bodoh you ini.” – Ammara Delisha

“I nak you. Itu bukan perkara main-main Ara sebab I bukan pemain cinta seperti you.”– Ikhtar Wazien

Betapa banyak kali pun Ikhtar Wazien mencuba, Ammara Delisha tetap dengan pendiriannya. Janji lelaki tidak boleh dipercayai! Dia tidak mahu menyandarkan hatinya pada sembarangan lelaki kerana sejarah lampau banyak mengajarnya tentang hal yang satu itu.

“Katakan I beli cinta you, agak-agak berapa harganya?”- Ikhtar Wazien

Degilnya seorang Ammara Delisha hingga cintanya dilelong tanpa dia tahu berapa harganya.

Namun, apakah yang bakal terjadi bila cinta yang dilelong itu sebenarnya jauh lebih bernilai daripada apa yang disangkanya selama ini? Katanya, cinta sejati hanya wujud dalam kisah dongeng sahaja. Dia telah tersilap!

Tajuk : Indahnya CintaPenulis : Eefa AzwanyHarga : BND14.00SinopsisHidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal melu...
02/09/2016

Tajuk : Indahnya Cinta
Penulis : Eefa Azwany
Harga : BND14.00

Sinopsis
Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga.

“Saya s**a awak” – Haiqal.

“Saya rasa kepala awak ni dah tak betul.” – Farah Zulaikha.

Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu.

“Amboi, panggil sayang baru nak pandang.” – Haiqal.

“Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar.”- Farah Zulaikha.

“Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah.” – Haiqal.

Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yang cukup besar.
Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yang sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah Zulaikha bagai dilanda tsunami?
“Saya baru saja dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.”- Izz Aidan.

“Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa? Izz, awak dah buat laporan polis ke?” – Farah Zulaikha.
“Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak.” – Izz Aidan.

“Apasal petik nama saya p**a ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!”- Farah Zulaikha.

“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.” – Izz Aidan.

“Gila!!!” – Farah Zulaikha.

Kata Izz Aidan... ‘You have to let go of the past so that the future can come in its place.’
Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?

Tajuk : Kau Yang KunantiPenulis : Ida FarisyaHarga : BND15.00Sinopsis“Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji ya...
02/09/2016

Tajuk : Kau Yang Kunanti
Penulis : Ida Farisya
Harga : BND15.00

Sinopsis
“Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!” - Amirah

Hati yang terluka s**ar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah. Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan.

“Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!” - Hakim

Tidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya. Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula.

“Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!! Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!” - Sofiana

Bagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya. Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu.
Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan.

Bagi Amirah p**a, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri. Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya. Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian. Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing. Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim? Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?

Tajuk: Seindah MaharkuPenulis: Hanna HaifaHarga: BND14.00Sinopsis: Sangka Ain, sejarah tak akan berulang. Fikirnya, lela...
02/09/2016

Tajuk: Seindah Maharku
Penulis: Hanna Haifa
Harga: BND14.00

Sinopsis:
Sangka Ain, sejarah tak akan berulang. Fikirnya, lelaki itu sudah hilang ditelan bumi. Tapi, takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia. Lelaki yang dia tak ingin jumpa itulah yang ditetapkan sebagai jodohnya.

Ya! Jodoh pilihan ibu dan dia harus akur demi melihat ibu tersenyum. Zarul dekatkan jarak antara dia dengan Ain. Bahu Ain sudah dipaut supaya lebih rapat.

“Sini line clear. Sebelah menyebelah ni memang tak ada penyewa.” Makin lebar senyum Zarul. Ain cebir bibir. Macam menakutkan je Zarul ni.
“Kenapa suruh Sheera masuk kereta?” Ain persoalkan motif arahan Zarul sebentar tadi.
“Ain... orang ketiga tu untuk pasangan bukan mahram je sebab takut nanti ada yang jadi setan. Kalau macam kita ni, berdua lebih baik.” Ada gelak di hujung bicara Zarul. Ain jarakkan kedudukan mereka.
“Jangan cuba menolak yang awak memang sayangkan saya, Ain." Zarul sekali lagi rapatkan kedudukan.
“Cinta itu pernah ada. Tapi, awak sendiri yang gantikannya dengan kebencian." Dalam mencuba untuk menolak kehadiran lelaki itu, Ain dihadapkan dengan realiti yang lebih pahit untuk dihadam.

Benarkah Zarul juga mangsa seperti dia? Mampukah dia menerima kehadiran Zarul sebagai suami bila sejarah lama itu seolah-olah ingatan yang tak mampu dipadam dari kotak ingatannya?

Tajuk: Bernafas TanpamuPenulis: XuanzaHarga: BND14.00Sinopsis: Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali N...
02/09/2016

Tajuk: Bernafas Tanpamu
Penulis: Xuanza
Harga: BND14.00

Sinopsis:
Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak.

“Kenapa pilih Fi?" “Because you’re too precious to lose.”

Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku.

“Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang p**ak?” “Kumpul pahala pun tak nak?” Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya.

Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga. Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan.

“I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.”
“Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?”
Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah.

“Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.” Itu kata Nadine, jadi apa p**a kata Aidan?

Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?

Tajuk: Di Atas Sayap-sayap MalaikatPenulis: Hana IlhamiHarga: BND12.00Sinopsis: Di mana bumi dipijak, di situ langit dij...
02/09/2016

Tajuk: Di Atas Sayap-sayap Malaikat
Penulis: Hana Ilhami
Harga: BND12.00

Sinopsis:
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung aku tak akan berganjak demi Dia Yang Maha Agung...

Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine, semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim. MIRIAM, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat dari Ustaz Naim. Meskipun ditentang keras oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnymilitangjatuh hati terhadap tenaga pengajar itu.

“Hampir setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz.” - Miriam.

Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong. NADINE, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat provokasi terhadap Islam. Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa.

Wanita yang menyembur pewangi dan menayang tubuhnya untuk memikat hati lelaki merupakan wanita yang tiada keyakinan diri. – Ustaz Naim.

"Kau menghina aku?" - Nadine.

Tidak. Saya sekadar mengingatkan. Sarungkan kembali jaket kamu. Kamu akan lebih dihormati jika kamu menghormati diri kamu sendiri – Ustaz Naim.

Hanya kerana sebuah lukisan wajah Ustaz Naim yang dilakar oleh Miriam ditemui pada mayat seorang remaja punk, Ustaz Naim menjadi suspek utama. Dia bukan sahaja disyaki membunuh, bahkan Darul Uloom turut dituduh sebagai markas militan

Tajuk: Misi Terlajak CintaPenulis: Mytun AbdullahHarga: BND16.00Sinopsis: Jatuh cinta denganmu adalah satu anugerah teri...
02/09/2016

Tajuk: Misi Terlajak Cinta
Penulis: Mytun Abdullah
Harga: BND16.00

Sinopsis:
Jatuh cinta denganmu adalah satu anugerah terindah dalam hidupku

Hidup Farah Zulaikha mula huru-hara sejak Haiqal meluahkan rasa hati kepada gadis itu. Mulut menafikan tetapi dalam hati sudah mula berbunga-bunga.

“Saya s**a awak” – Haiqal.
“Saya rasa kepala awak ni dah tak betul.” – Farah Zulaikha.
Apabila berjauhan baru hati mula mengakui yang dia juga rindukan lelaki itu.
“Amboi, panggil sayang baru nak pandang.” – Haiqal.
“Haiqal, dahlah tu. Malulah kalau orang dengar.”- Farah Zulaikha.
“Biarlah. Berkasih sayang bukannya satu jenayah.” – Haiqal.

Saat menunggu ijab dan kabul terungkap, satu peristiwa berlaku membuatkan segala angan-angan terindahnya musnah sekelip mata. Hidup tidak selalunya indah, sebab manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah yang tentukan segala-galanya. Kehilangan Haiqal dalam hidupnya memberi tamparan yang cukup besar.

Pertemuan dengan Izz Aidan semasa di Terengganu membuatkan hati Farah Zulaikha yang beku kembali hangat. Siapakah Izz Aidan yang sebenarnya? Mengapakah kehadiran lelaki itu mampu membuatkan hati Farah Zulaikha bagai dilanda tsunami?

“Saya baru saja dirompak dan barang yang paling penting dalam hidup saya dah hilang.”- Izz Aidan.
“Hah! Awak kena rompak? Dekat mana? Bila? Awak tak apa-apa? Izz, awak dah buat laporan polis ke?” – Farah Zulaikha.
“Belum. Saya tak sampai hati nak biarkan polis tangkap awak.” – Izz Aidan.
“Apasal petik nama saya p**a ni? Bila masa saya rompak awak? Awak jangan nak main-main dengan benda ni Izz!”- Farah Zulaikha.
“Betullah. Awak yang bersalah sebab dah rompak hati saya. Awak curi hati saya, lepas tu awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri.” – Izz Aidan.
“Gila!!!” – Farah Zulaikha.

Kata Izz Aidan... ‘You have to let go of the past so that the future can come in its place.’

Tapi mampukah hati Farah Zulaikha yang beku kerana cinta kembali hangat dengan cinta yang baru?

Tajuk: Mimpikan KamuPenulis: AJAHarga: BND15.00Sinopsis: Akanku musnahkan rindumuuu.. demi indahnya mimpiku...Kenali inz...
02/09/2016

Tajuk: Mimpikan Kamu
Penulis: AJA
Harga: BND15.00

Sinopsis:
Akanku musnahkan rindumuuu.. demi indahnya mimpiku...

Kenali inzul Asrizal Tan Sri Hamdan Yahaya.

Dia mempunyai ramai perempuan yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan perhatian darinya. Dia bergaya, berkerjaya, berkuasa, berkarisma serta merupakan jutawan di usia yang muda hasil kerja kerasnya sendiri. Ada lagi tambahan, dia merupakan pewaris terbesar empayar perkapalan orang tuanya.

Tapi.. Dia kaki parti, kaki perempuan dan juga segala kaki-kaki yang bukan menjadi impian yang sering dirindui satu-satunya gadis yang telah buat dia rebah tertunduk.

"Selama ini I harap bakal suami I seorang yang baik. I selalu rindu dia even I tak kenal dia. Tiap-tiap kali solat, I doa biar Allah jaga dia siang dan malam. Pimpin dia dalam apa saja keputusan yang dia buat. Untuk kebaikan dia, untuk kebahagiaan masa depan kita orang. Turned out, that person is you. I kecewa" - Pia

Menurut pendapat kawan baiknya Ezo mengenai Pia.

"Pia.. Bukan taste akulah. Pasif, nerd, old school, berkerak macam tu!"

Tapi bagi Iju, Pia satu-satunya gadis yang layak bertakhta di hati. Dan dia tahu Pia akan menjadi penyebab untuk kematiannya pada suatu hari nanti keraa kehadiran gadis itu telah menarik satu persatu molekul oksigen yang dia perlukan untuk bernafas.

"Cik Sophis, katakan apa yang perlu I buat untuk meraih cinta you. Sky's the limit"

Mimpikan kamu ! Sampai bila? Pia saja ada jawapannya.

Tajuk: Bunga Lain Fitrah Penulis: SmahadzirHarga: BND14.00Sinopsis: Apabila si teruna mencintai si gadis, itu lumrah keh...
02/09/2016

Tajuk: Bunga Lain Fitrah
Penulis: Smahadzir
Harga: BND14.00

Sinopsis:
Apabila si teruna mencintai si gadis, itu lumrah kehidupan, tetapi jika si teruna mencintai si gadis yang punya lain citarasa, itu di luar hakikat manusia. Itulah dialami Arfik, mencintai seorang gadis yang hanya mahu membuka hatinya kepada rakan sejenis sahaja.

“Terus terang, awak bukan ‘taste’ saya. Hati saya inihanya boleh dibuka oleh haruman mawar yang datang dari golongan hawa semengga.” JOO ANN PARE.

Walaupun Joo Ann Pare tegar menerima cinta hanya dari kaumnya sahaja, ini tidak mematahkan semangat Arfik untuk mengejar gadis asal Connecticut, Amerika Syarikat, yang sangat berpegang kuat kepada agama Kristian Protestan itu.

“Kamu ialah manusia yang dijadikan Tuhan secara normal, dan itu fitrah. Justeru, kamu harus akur dengan kejadian semula jadi seorang wanita. Lelaki ialah pasangan kamu, dan kamu harus menerima hakikat itu.”ARFIK

Walaupun mengaku terlalu payah, Arfik tidak berputus asa dalam usaha membuka hati Joo Ann Pare untuk menerimanya, dan seterusnya mengubah tatacara hidup gadis tersebut.

Namun, bagaimanakah cara terbaik yang harus dilakukan Arfik agar ianya dilihat sebagai perkara yang murni abadi? Adakah dia harus menyedarkan Joo Ann Pare tentang keEsaan Tuhan yang sebenar-benarnya, atau melawan bait-bait yang terucap dari bibir delima Joo Ann Pare di mana sentiasa melemaskan Arfik dengan kesyahduan rasa menggoda? Entahlah, kedua-duanya itu, terp**ang kepada Arfik untuk melakukan tindakan yang terbaik.

Tajuk: Kalau Aku Cinta Penulis: Ridhya ImanHarga: BND13.00Sinopsis: Cinta Arianna pada Lutfan yang tak kesampaian buat d...
02/09/2016

Tajuk: Kalau Aku Cinta
Penulis: Ridhya Iman
Harga: BND13.00

Sinopsis:
Cinta Arianna pada Lutfan yang tak kesampaian buat dia jadi penasaran. Dia jadi lupa yang jodohnya bukan dengan lelaki itu tetapi sudah tertulis nama Affan.

“This is wrong…really wrong.” - Arianna

“Tak ada apa yang salah, sayang. Abang suami Rie yang sah." – Affan

Walau ego sebagai suami sering tercalar, Affan didik hati bersabar. Cintanya pada Arianna satu kekuatan.

“Abang tak nak Rie dilaknat malaikat sepanjang malam." – Affan

Dalam diam, kesabaran Affan memikat hati Arianna. Kerana itu, bila melihat kemesraan Affan dengan Zahra, hatinya jadi cemburu.

“Dia dah jadi isteri abang pun” - Affan

Pengakuan Affan buat hati Arianna terluka teruk. Walhal, Affan cuma mahu menguji. Ditambah p**a dengan cerita Lutfan yang Affan mengahwininya kerana iri hati. Kerana tidak mahu Lutfan menang. Bukan kerana setuju dengan pilihan keluarga.

“Whatever the reason is, we both agreed with this marriage. Penting sangat ke untuk Rie tahu apa alasan abang?”-Affan

Sikap Affan yang seolah mahu menyembunyikan sesuatu buat syak wasangka Arianna makin menebal. Untuk membalas sakit hatinya pada sang suami, dia kembali bertemu Lutfan. Dan segalanya terbongkar apabila kereta yang mereka naiki kemalangan.

“Sakit yang aku rasa kat tangan ni tak sesakit apa yang hati aku rasa. Kau tahu tak apa hukumnya seorang isteri yang sengaja berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami?” - Affan

Dan segalanya makin berselirat apabila Atiqah muncul membawa cerita sebenar yang semua orang tidak tahu. Apa sebenarnya cerita sulit yang Atiqah simpan dan siapakah sebenarnya Atiqah di antara Lutfan dan Affan? Apa p**a kaitannya Zahra dengan Affan sehingga mereka berdua boleh bertepuk tampar kalau bukan sebagai suami isteri?

Address

Brunei Town
BC3715

Opening Hours

Monday 09:30 - 23:00
Tuesday 09:30 - 23:00
Wednesday 09:30 - 23:00
Thursday 09:30 - 23:00
Friday 09:30 - 23:00
Saturday 09:30 - 23:00
Sunday 09:30 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Neesa Books posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category