Creative Fortune Studio

Creative Fortune Studio Creative Fortune Studio ialah penerbit rasmi di bawah Creative Fortune Network (003691578-W).

Kami menerbitkan buku, eBook dan kandungan kreatif dari penulis Malaysia. Fokus kami ialah cerita berjiwa, berkualiti dan berpengaruh โ€” dari Malaysia untuk dunia

KAUNTER DIBUKA: KUNCI SLOT KORANG SEKARANGKorang boleh semak poster di bawah untuk susunan penuh 6 buah Ebook (Total 2,0...
20/05/2026

KAUNTER DIBUKA: KUNCI SLOT KORANG SEKARANG
Korang boleh semak poster di bawah untuk susunan penuh 6 buah Ebook (Total 2,000+ muka surat) termasuk naskhah BARU "Spirit Spirit of the Coin", naskhah paling disturbing setakat ini "Raja Lubuk Temenggor", dan naskhah percuma "Lebuh AMJ".

Pilihan Di Tangan Korang:
Pakej lengkap memang disediakan untuk kepuasan total, tapi kalau korang sekadar nak pilih naskhah secara satu per satu (single unit) pun boleh. Tiada paksaan. Sila tanda mengikut gerak hati korang di dalam borang nanti.

Amaran Keras:
Sistem di belakang tab sudah dikunci untuk 50 orang sahaja. Masa korang klik pautan nanti, kaunter 50 Available akan mula bergerak turun secara live mengikut siapa yang bertindak paling pantas. Apabila angka itu mencecah sifar, pintu semesta Arasis akan ditutup rapat. Jangan biarkan diri korang tertinggal dalam kegelapan.

Fail digital (PDF Ready File) akan dihantar terus ke emel korang dalam masa 24-48 jam selepas semuanya selesai.

Kunci pintu, pasang niat, dan buat pilihan korang di bawah:

โžก๏ธ [ PAUTAN RASMI https://creativefortunestudio.bcl.my/form/promo-arasis-pbakl26/375

Atau korang boleh terus roger Dropship (DS) kegemaran korang sekarang sebelum 50 slot ni licin sepenuhnya

5 JAM TERAKHIR SEBELUM KOMBO PUAKA INI DITAMATKAN DAN ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT H A R G A INI LAGI DI MASA HADAPAN. Ramai...
15/05/2026

5 JAM TERAKHIR SEBELUM KOMBO PUAKA INI DITAMATKAN DAN ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT H A R G A INI LAGI DI MASA HADAPAN.

Ramai yang tanya aku selepas habis baca Raja Lubuk Temenggor (Buku #1): "Kenapa benda ni jadi? Apa punca sebenarnya?"

Jawapannya bukan ada pada aku, tapi ada dalam Spirit Spirit of the Coin (Buku #2).

Kalau kau nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1997, titik mula segala puaka yang menghantui malam malam kau, kau WAJIB baca SSOTC. Tanpa buku kedua, kau cuma pegang hanya sedikit daripada kebenaran.

Dalam KOMBO PUAKA, aku bagi kau peluang untuk melihat sebahagian jawapan kepada semua persoalan ni sekaligus.
KOMBO R~M 29 SAHAJA!
(Beli Asing: R~M25 + R~M19 = ~~R~M44~~)

Kau jimat R~M15 tunai. Tak perlu bonus mengarut, penjimatan R~M15 ni dah cukup untuk kau 'masuk' ke dalam misteri Arasis tanpa fikir banyak.

Dapatkan jawapan kau sekarang. Jangan biar misteri ni tergantung dalam kepala.
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
KLIK LINKTREE DI BIO UNTUK HARGA KOMBO R~M29!
link juga DI SINI https://creativefortunestudio.bcl.my/form/kombo-puaka/375

5 JAM TERAKHIR SEBELUM KOMBO INI DITAMATKAN.

13/05/2026

TINGGAL 7 KEKOSONGAN LAGI , Pengambilan DS baru. Komisyen RM6/sale (single) dan RM10/sale (kombo). CEPAT ! Tgk komen ๐Ÿ‘‡

10/05/2026

Pengambilan Dropship baharu kini dibuka. Komisyen adalah RM6/sale (single) dan RM10/sale (kombo). Sila rujuk ruangan komen ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

PETIKAN DARI EBOOK " RAJA LUBUK TEMENGGOR "PROLOGSuara di sebalik KegelapanBahagian 1Ada rahsia yang lebih baik dibiarka...
09/05/2026

PETIKAN DARI EBOOK " RAJA LUBUK TEMENGGOR "

PROLOG
Suara di sebalik Kegelapan
Bahagian 1

Ada rahsia yang lebih baik dibiarkan terkubur sahaja daripada pengetahuan manusia.

Bukan kerana ia palsu, tetapi kerana kebenarannya mengandungi kegelapan yang terlalu pekat untuk dilihat dengan mata kasar, mahupun dengan mata hati. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana kepentingannya akan menjadikan dunia yang luas ini akan dilihat sebagai sebuah tempat yang lebih sempit, lebih mencekik, tempat di mana setiap tasik menyimpan mulut yang terbuka, setiap kedalaman air seperti menanti untuk menelan sesiapa sahaja yang masuk ke dalamnya. Ada misteri yang lebih baik dibiarkan tenggelam dan dilupakan di dalam fail berwarna merah, dikunci dalam kabinet besi yang tersembunyi di sudut setor arkib polis yang tidak pernah dikunjungi oleh mata awam, terlindung di dalam kegelapan yang disengajakan, dilupakan dalam kepupusan yang dirancang.

Tetapi misteri, tidak seperti bangkai yang membusuk menjadi tanah, ia tetap tidak mahu kekal dilupakan. Ia meresap. Ia mencari celah. Ia menunggu saat yang tepat untuk bangkit semula, seperti mayat yang terapung ke permukaan tasik setelah terlalu lama tenggelam di dalam pekat air.
________________________________________
Petang November itu, langit Kuala Lumpur menangis tanpa sebarang tanda untuk berhenti.

Hujan turun mencurah-curah ke atas bumbung kaca Old Town White Coffee di Bangsar Village, bunyi hentamannya bagaikan bisikan ribuan tangisan yang meratap dalam cakerawala mendung, tidak pernah berhenti, tidak pernah reda, menghitung waktu dengan dentingan yang membuatkan jantung berasa lebih perlahan daripada yang sepatutnya. Di sekeliling, kehidupan petang Jumaat yang semakin diperlahankan oleh hujan lebat itu masih terus mengalir seperti sungai yang mengalir malas ke muara, menunggu saat saat bertemu dengan kebebasan laut. Ada pasangan muda yang sedang ketawa riang di suatu sudut, berkongsi waffle yang terlalu manis bersama sama, sambil bertukar-tukar suapan mesra. Beberapa pelajar universiti p**a pada suatu sudut yang lain, kelihatan membongkok di hadapan skrin yang menyala biru-putih, wajah mereka tegang, mungkin tertekan dalam menghadapi tarikh akhir yang mengintai dari kalendar akademik yang sudah hampir sampai ke penghujung semester. Di sebelah kiriku p**a ada seorang yang kelihatan seperti pekerja pejabat, sedang mengambil masa menghirup kopi panasnya yang mengepulkan wap ke udara, barangkali cuba untuk melepaskan keletihan seharian bekerja melalui kehangatan palsu minuman yang berperisa karamel itu.

Dunia pada petang Jumaat itu, adalah seperti hari hari biasa lainnya. Sebuah dunia yang kelihatan selamat. Sebuah dunia yang tidak mengetahui atau mungkin tidak mahu mengetahui tentang apakah yang ada diluar batas kewarasan manusiawi yang ada terselindung dibalik bayang bayang malam, sebagaimana yang aku sering saksikan dalam duniaku.

Aku duduk di sudut paling hujung kopitiam itu, membelakangi dinding, menghadap pintu masuk dengan posisi yang dipilih dengan penuh strategik, supaya memudahkan aku untuk meninjau keseluruhan ruangan daripada pintu masuk utama hinggalah ke pintu ke bahagaian belakangnya. Jari-jariku mengelus permukaan cawan kertas yang sudah mulai sejuk, di dalamnya terkandung bancuhan kopi yang sudah tidak terminum kerana tekakku terasa terlalu sempit untuk menelan apa-apa sejak pagi tadi. Firasat yang tidak bernama sedang merayap-rayap di dalam kalbu, terasa seakan-akan cengkaman jari-jari sejuk yang perlahan-lahan menggenggam tulang rusukku dari dalam, mencari jalan masuk ke jantungku yang berdegup dengan terlalu kuat.

Panggilan telefon yang kuterima pagi tadi masih bergema di dalam kepala. Sebuah nombor yang asing, yang tidak pernah lagi terdaftar di dalam senarai nombor nombor telefon yang biasa aku berurusan. Panggilan itu datang dengan suara lelaki yang bernada rendah, kedengaran sangat berhati-hati, dan terasa sarat dengan beban yang tidak dapat dipastikan, namun ada.

"Jumpa aku petang ni. Old Town, Bangsar Village. Lima petang. Ada sesuatu yang kau perlu tahu tentang Tasik Temenggor."

Talian itu terputus sebelum aku sempat bertanya apa-apa, meninggalkan aku dengan seribu satu persoalan. Sebuah panggilan tanpa nama. Juga tanpa sebarang penjelasan. Yang ada hanyalah tetapan alamat dan masa, yang datang bersama satu perkataan yang membuatkan bulu roma berdiri:

Temenggor.

Aku menulis tentang cerita-cerita seram dan misteri, Malaysia. Aku mengumpul mitos. Aku mendokumentasikan legenda tempatan yang dilupakan oleh masa, tetapi tidak oleh manusia. Dan nama Temenggor bukanlah sekadar legenda. Ia adalah nama yang penuh dengan berbagai cerita. Penuh dengan segala bisikan. Padat dengan ribuan amaran. Ia adalah antara beberapa tempat yang orang-orang lama akan elakkan dengan sengaja, tempat yang tidak disebut dengan sepenuh nama dalam perbualan malam, seolah-olah menyebut namanya dengan kuat sahajapun akan mengundangnya untuk mendengar.

Pukul lima lewat tiga minit, pintu kaca kopitiam itu terbuka, ditolak dengan sedikit kasar dari luar. Terpaan angin terus menyerbu masuk, membawa bersamanya titisan hujan yang sejuk dan bau petrichor, dan juga bau tanah basah yang bercampur dengan bau asap kenderaan. Dua orang lelaki berbadan tegap melangkah masuk ke dalam, menguis titisan hujan yang melekat pada rambut dan baju mereka dengan pantas sebaik sahaja mereka berada dibawah bumbung yang melindungi mereka daripada hujan lebat di luar. Lelaki pertama, berusia sekitar pertengahan umur, mungkin 47 atau 48 tahun, rambut sudah mula beruban di pelipis, dengan wajah yang kelihatan keras tetapi memiliki sepasang mata yang letih, mata yang telah melihat terlalu banyak perkara yang sepatutnya tidak dilihat. Dia memakai kemeja lengan panjang berwarna biru gelap yang lengannya digulung hingga ke siku, bersama tali leher yang kelihatan sudah dilonggarkan ke bawah sedikit, isyarat jelas tentang seorang yang baru menyelesaikan harinya yang panjang tetapi masih belum dibenarkan untuk p**ang berehat. Di sebelahnya, seorang lelaki yang lebih muda, mungkin sekitar dalam akhir 20-an, dengan beg komputer riba hitam di bahu, berdiri tegak bersama pandangan tajam yang mengimbas setiap ruang kopitiam tersebut dengan teliti sebelum berhenti seketika pada setiap muka, setiap sudut, seperti orang yang terlatih untuk sentiasa berjaga-jaga.

Polis?

Mata lelaki yang lebih tua itu mencari-cari sebelum bertemu dengan pandangan mataku. Ada sesuatu menjelma dari dalam renungannya, pengiktirafan, mungkin. Atau penilaian. Dia mengangguk perlahan, mencongak sahsiah, memberikan pertanyaan tanpa bicara kepadaku. Dan sebagaimana setiap lelaki sejati yang memahami budi bahasa tanpa pertuturan itu, aku mengangkat cawan kopiku sedikit tinggi sebagai jawaban kepada soalannya.

Seketika kemudian, mereka berdua berjalan menghampiri mejaku. Kerusi kayu yang berat itu diseret dengan bunyi yang meletus-letus keadan menggerudi lantai jubin di bawah kaki. Kemudiannya mereka terus duduk tanpa sebarang senyuman. Tanpa berbasa-basi. Tanpa sebarang perkenalan untuk melembutkan ketegangan udara.

"Arasis?" Suara lelaki yang lebih tua itu keluar dengan nada yang rendah dan berbunyi sedikit serak, mengesahkan bahawa dia adalah pemilik suara yang menelefonku pagi tadi.

Aku mengangguk. "Saya."

Dia tidak memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Sebaliknya, tangannya mencapai poket kemeja, mengeluarkan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah lencana polis yang menyala di bawah lampu kuning kopitiam. Tepat seperti mana yang aku jangkakan tadi.

"DSP Faiz. Ni Sarjan Amir." Lelaki muda di sebelahnya mengangguk ringkas, wajahnya kelihatan keras tanpa emosi dan penuh dengan aura profesional yang memungkinkan dia boleh diteka dengan lebih awal seperti tanggapan aku apabila aku melihatnya masuk ke kopitiam ini tadi.

Peluh resah mulai timbul di tapak tanganku walaupun angin sejuk dari penghawa dingin kopitiam itu tersembur dengan dengan begitu kuat sekali ditambah p**a dengan hujan lebat diluar.

Deputy Superintendent of Police.

Pangkat bukan calang-calang. Pastinya pertemuan petang ini bukan pertemuan sosial. Ini bukan lawatan mesra. Polis pangkat tinggi tidak duduk dalam kopitiam awam untuk bercerita santai.

Aku cuba untuk mengimbas memoriku, samada adakah ada terdapat mana mana karya-karyaku yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau melanggar mana mana peraturan negara? Adakah terdapat dokumentasiku yang melampaui adab sopan dan tatasusila pegangan rukun negara?

Jika ada sekalipun, tetapi kenapa di kopitiam, bukannya di balai polis?

Bersambung ke Bahagian 2

Raja Lubuk Temenggor. Bukan fiksyen sepenuhnya.

Arasis Sรกng Penulis
KOMBO PUAKA
~Raja Lubuk Temenggor
~Spirit Spirit Of The Coin
30/04/2026 - 15/05/2026 SAHAJA

KLIK LINK INI UNTUK MEMILIKINYA
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
linktr.ee/arasismagia

[Dia tunjukkan Arasis rakaman 47 saat dari dasar tasik. Dan berkata: lepas kau tengok, kau tak boleh unwatch.]Pukul lima...
05/05/2026

[Dia tunjukkan Arasis rakaman 47 saat dari dasar tasik. Dan berkata: lepas kau tengok, kau tak boleh unwatch.]

Pukul lima petang. Old Town White Coffee, Bangsar Village.
DSP Faiz Hazwan meletakkan lencana polis di atas meja. Kemudian condongkan badan ke hadapan. Suara turun.

"Dari tahun 1980 hingga sekarang, kami kesan corak. Tasik Temenggor. Satu koordinat yang sama."

Jari-jarinya menunjukkan setiap nombor.

"26 orang hilang. Tak jumpa mayat. Kesemua kes ditutup sebagai lemas, kemalangan, atau hilang tanpa jejak. Tapi pattern tu bukan natural. Pattern tu... pelik."

"Tahun 1980, seorang. 1985, tiga. 1990, empat." Jari berhenti. "Kemudian 1997... sesuatu berlaku tahun tu. Bukan di Temenggor. Tempat lain. Tapi connected."

"Lepas tu, pattern jadi lebih regular. Macam planned. Macam... harvest."

Sarjan Amir musingkan skrin komputer riba. Folder terbuka. TEMENGGOR_2014_GOPRO_RECOVERED.

"Sebelum aku tunjuk," kata DSP Faiz perlahan, "kau kena faham. Lepas kau tengok, kau tak boleh unwatch. Rakaman ni akan change the way you know about that area. Forever."

Sarjan Amir tekan play.

Di skrin: air tasik yang jernih. Cantik. Cahaya keemasan dari atas.

DEPTH: 12m.
Kemudian 18m. Cahaya berkurangan.

DEPTH: 32m.
Di kedalaman itu โ€” akar gergasi yang meliuk-liuk. Terlalu besar untuk mana-mana pokok tepi tasik. Bergerak dalam cara sesuatu yang hidup bergerak.

Kemudian static. KZZZZTTTโ€”

DEPTH: 45m.
Dalam kegelapan mutlak โ€” bayang-bayang bergerak dengan cara yang salah. Melawan graviti. Melawan fizik. Melawan segala yang sepatutnya mengawal pergerakan sesuatu dalam air.
Kamera bergegar. Gelembung udara. Static.

Hitam.
47 saat. Itu sahaja yang tinggal.

"Rakaman ni di-recover dari GoPro Adli bin Ahmad. 2014. Jumpa terapung kat permukaan tasik, tiga hari selepas dia dan team hilang."

DSP Faiz bersandar ke belakang.

"Dan sekarang kau faham kenapa aku panggil kau."

Raja Lubuk Temenggor. Bukan fiksyen sepenuhnya.

Arasis Sรกng Penulis
KOMBO PUAKA
~Raja Lubuk Temenggor
~Spirit Spirit Of The Coin
30/04/2026 - 15/05/2026 SAHAJA
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
linktr.ee/arasismagia

[Dia CEO dengan parking khas bertuliskan namanya. Dia masuk ke dalam lif. Pintu nak tutup, seseorang tahan. Dan suara ya...
05/05/2026

[Dia CEO dengan parking khas bertuliskan namanya. Dia masuk ke dalam lif. Pintu nak tutup, seseorang tahan. Dan suara yang dia kenal masuk bersamanya.]

Pukul lapan pagi. Bangunan SparkleTech Solutions, Jalan Ampang.
Hana Sofea berjalan ke arah lif dengan langkah yang biasa. Sut hitam. Gincu merah. Beg berjenama. Telefon di tangan, ada emel baru, mesyuarat ditangguh setengah jam.

Lif terbuka. Dia masuk.

Jari menekan 18, tingkat paling atas.
Pintu nak tutup.

"Tunggu!"

Hana secara automatik menekan butang.
Seorang lelaki masuk dengan tergesa-gesa. Baju seragam pink terang. Topi biru. Bekas peralatan pembersihan. Dia tersenyum.

"Terima kasih!"

Hana angguk. Kembali ke skrin telefon.
Lif bergerak naik.

Kemudian lelaki itu bercakap.
"Lantai licin hari ni. Baru cuci tadi. Kena berhati-hati supaya tak tergelincir."

Ada sesuatu di dalam suara itu.

Sesuatu yang kedengaran sangat dikenali.
Hana perlahan-lahan mengangkat kepala.

Dia berpaling untuk melihat lelaki di sebelahnya buat kali pertama dengan betul.

Lelaki itu juga berpaling.
Mata mereka bertemu.

Arif Rahman.

Tujuh tahun berlalu.
Tapi dia masih ingat wajah itu. Wajah lelaki yang dia malukan di kantin sekolah pada suatu hari yang panas tujuh tahun lalu.
Sekarang berdiri di dalam lif yang sama dengannya.

Dengan mop di tangan.
Dan senyuman di wajah.

CIK CEO & ENCIK CLEANER
BERMINAT BOLEH TEKAN ๐Ÿ‘‡
https://linktr.ee/arianna.delisha

[Sesuatu tentang Aina yang Nabila perasan dari awal tapi pilih untuk tidak sebut. Dan itulah penyesalan terbesar dia.]Ai...
04/05/2026

[Sesuatu tentang Aina yang Nabila perasan dari awal tapi pilih untuk tidak sebut. Dan itulah penyesalan terbesar dia.]
Aina tidak s**a kegelapan.

Bukan takut gelap dengan cara kanak-kanak takut gelap. Ketidakselesaan yang halus. Yang kelihatan dalam cara dia selalu memastikan ada lampu menyala walaupun di siang hari ketika lampu tidak diperlukan. Cara dia selalu duduk paling dekat dengan punca cahaya apabila makan di luar pada waktu malam.
Pernah Nabila tanya dengan cara yang cuba terdengar tidak terlalu serius: sama ada dia takut gelap.

Aina ketawa dengan tawa yang kuat dan penuh. "Ala, sapa tak rasa sikit-sikit kan?"

Jawapan yang menjawab soalan tanpa menjawab soalan.

Dan Faiz , yang secara rasminya membawa buku tentang alam halus yang disorok dari pandangan umum, pernah menolak buku itu ke arah Nabila dengan pergerakan tergesa-gesa, gerakan seseorang yang memutuskan sesuatu sebelum sempat berfikir terlalu lama.

"Kau tak cerita kat orang lain kan?" tanyanya.

Ada kelaziman dalam cara dia menyoal. Kelaziman orang yang sudah lama menyimpan sesuatu dari pengetahuan orang ramai.

Dan Syahrul.
Ada saat-saat tertentu ketika semua orang di meja sedang ketawa pada sesuatu yang Syahrul ucapkan, dan dalam sekelip masa itu, di sebalik persembahan di permukaan, ada seseorang lain yang memandang keluar dari matanya.

Kosong.

Dalam cara seseorang yang sudah lama menunggu sesuatu yang dia sudah tahu akan datang.

Nabila perasan. Nabila simpan. Nabila tidak kata apa-apa.

"Ini adalah sesuatu yang aku perlu kau ingat. Bahawa ada kehidupan sebelum malam itu. Dan kehilangan siapa mereka selepasnya adalah bahagian yang paling berat."
โ€” Nabila

Spirit Spirit Of The Coin. Bukan fiksyen sepenuhnya.

Arasis Sรกng Penulis
KOMBO PUAKA
~Raja Lubuk Temenggor
~Spirit Spirit Of The Coin
30/04/2026 - 15/05/2026 SAHAJA
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
linktr.ee/arasismagia

NASI KANDAQ TEH TARIKTEASER BAB 2 -[Dia post sebab engagement. Dia menyesal sebab dia manusia.]Lapan tab dalam Chrome. M...
04/05/2026

NASI KANDAQ TEH TARIK
TEASER BAB 2 -

[Dia post sebab engagement. Dia menyesal sebab dia manusia.]

Lapan tab dalam Chrome. Mata merah. Pukul dua pagi.
Aisyah baca artikel dari 2019.

"Fatimah Bee binti Abdullah memulakan perniagaan nasi kandar pada tahun 1974 dengan modal hanya RM200 yang dipinjam dari abangnya. Sebagai balu dengan tiga orang anak..."

Dia berhenti membaca.

Balu. Tiga anak. RM200.

Dia scroll ke bawah. Tengok rating kedai sebelum post dia.
4.7 bintang. 892 ulasan.

Scroll lagi.
Rating selepas post dia.
3.2 bintang.

Aiman masuk bilik tanpa ketuk. Nampak kakaknya bersila atas lantai dengan laptop terbuka dan muka yang semua orang dalam keluarga tu dah kenal.

Muka yang sedang fight dengan diri sendiri.

Dia duduk berhadapan. Hulur tisu.

Aisyah ambil tisu tu. Tak lap air mata. Sekadar pegang.
"Aiman." Suaranya serak. "Aku betoi-betoi bagi jahanam hidup orang."

Aiman diam kejap.

"Hang ingat dak masa Ayah punya restoran dulu?"

Aisyah angkat kepala perlahan.

"Blogger tu tak pernah mai balik. Tak pernah update. Tak peduli Ayah suffer." Aiman bersandar kat katil. "Hang jadi exactly lagu blogger tu, Kak. Worse, actually. Sebab hang ada bigger platform."

Air mata Aisyah jatuh lagi.

"Tapi hang masih ada chance nak pebetoi. Bukan takat say sorry. Buat la. Properly."

"Macam mana?"

"Pi sana. Hadap depa. Minta peluang."

Aisyah pandang adiknya. Dua puluh dua tahun. Tapi sekejap tadi dia bunyi macam orang yang jauh lebih tua.

"Depa nak accept aku ke?"

Aiman angkat bahu.

"Depa mungkin reject. Tapi kau tak akan tahu kalau kau tak pi."

Malam tu dalam dokumen Word berlabel OPERATION REDEMPTION, Aisyah tulis tiga benda.

Plan A. Plan B. Plan C.

Di bawah sekali dia tulis satu baris yang dia tak pasti dia mampu buat.

Jangan lari walaupun mereka marah.

NASI KANDAQ TEH TARIK
BERMINAT BOLEH TEKAN ๐Ÿ‘‡
https://linktr.ee/arianna.delisha

Address

Bhulta
62250

Telephone

+601158515605

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Creative Fortune Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Creative Fortune Studio:

Share

Category