Baik Tengok - Malaysia Blogger Mall

Baik Tengok - Malaysia Blogger Mall Assalamualaikum.Selamat datang ke Puan Yani Online Shop. Jom Likes & Follow page ini. Berminat nak te Tujuan hidup kita adalah pilihan kita.

Semai nilai-nilai murni dengan harapan mendapat redha-Nya.

AMARAN KEPADA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG DEGIL.Diuji dengan anak yang degil adalah satu malapetaka besar. Semua boleh dise...
19/03/2026

AMARAN KEPADA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG DEGIL.
Diuji dengan anak yang degil adalah satu malapetaka besar.
Semua boleh diselesaikan dengan ini (lihat komen) https://www.rfr.bz/f469c48

Salam Ramadan 🌙✨Moga bulan yang penuh barakah ini membawa ketenangan hati, keberkatan rezeki dan kecantikan yang terpanc...
19/02/2026

Salam Ramadan 🌙✨
Moga bulan yang penuh barakah ini membawa ketenangan hati, keberkatan rezeki dan kecantikan yang terpancar dari dalam.

Mulakan hari dengan niat yang baik, jaga ibadah, dan biar seri wajah kekal bersinar sepanjang Ramadan 💙

Ramadan Kareem 1447H 🤍

Ramadhan datang menjelma lagi. Banyak aktiviti di masjid terutamanya membaca Al Quran beramai-ramai — Pagi itu seperti b...
17/02/2026

Ramadhan datang menjelma lagi. Banyak aktiviti di masjid terutamanya membaca Al Quran beramai-ramai — Pagi itu seperti biasa kita pakai yang cantik-cantik, sapu sunscreen, letak foundation nipis supaya nampak segar di rumah Allah. Kita mahu nampak kemas, yakin, dan terjaga.

Memandu kereta selama 30 minit sambi menikmati bumi yang indah ciptaan Allah.

Tapi sebelum kita melangkah ke dalam masjid, pernah tak kita tanya diri sendiri… betulkah kita bersihkan wajah dengan sempurna?

Kebanyakan sunscreen dan mekap memang dicipta supaya melekat dan tahan lama. Kalau ia mudah hilang hanya dengan air, tentu fungsinya pun tak menjadi. Kita faham logiknya macam minyak masak di tangan, air sahaja jarang cukup untuk benar-benar menanggalkannya.

Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah yang banyak. Ia bulan kita perhalusi setiap perbuatan kita.
Kita membaca Quran, berdiri lama dalam tarawih, kita menangis dalam doa, kita minta Allah ampunkan dosa. Rasa rugi kalau dalam masa yang sama, kita ambil ringan soal persediaan wuduk.

Mungkin selama ini kita fikir, “Tak apa kot, dah bilas.” Tapi Ramadhan mengajar kita jadi lebih teliti, lebih jujur dengan diri sendiri. Cuma satu langkah kecil — cuci dengan pencuci yang sesuai sebelum wuduk — supaya hati kita lebih tenang ketika takbir pertama diangkat.

Ini bukan tentang menyusahkan diri. Ini tentang memuliakan ibadah yang sempurna.

Kerana dalam bulan yang penuh rahmat ini, kita bukan sekadar mahu pahala yang banyak. Kita mahu perbuatan dan amalan kita tidak sia sia. 🤍

PERKARA INI AKAN MENGUBAH PANDANGAN KITA TENTANG SUNSCREEN MESRA WUDUK. Kadang-kadang kita pun tak terfikir panjang. Pag...
17/02/2026

PERKARA INI AKAN MENGUBAH PANDANGAN KITA TENTANG SUNSCREEN MESRA WUDUK.

Kadang-kadang kita pun tak terfikir panjang. Pagi-pagi pakai sunscreen, sapu foundation sikit supaya nampak segar. Tengah hari nak solat, kita bilas muka dengan air, rasa dah cukup. Hati pun tenang sebab kita rasa dah buat yang sepatutnya.

Tak kiralah samaada kita sedang melancong ke Dubai atau sedang bekerja. Sunscreen adalah satu kemestian
Mesti pakai setiap masa..

Tapi..

Sampailah satu hari, ada sahabat bertanya soalan yang buat kita terdiam sekejap. “Kalau pakai sunscreen, cukup ke basuh dengan air saja sebelum wuduk?”

Soalan itu nampak ringkas. Tapi bila kita fikir betul-betul, kita mula rasa ada sesuatu yang perlu diperhalusi.

Kita tahu kebanyakan sunscreen dan mekap diformulasikan supaya melekat pada kulit, tahan peluh, tahan air. Itu memang fungsinya — supaya ia tak mudah hilang. Dan untuk sesuatu yang direka supaya “melekat”, biasanya ia ada komponen berminyak supaya stabil dan berfungsi dengan baik.

Cuba kita bayangkan situasi mudah. Tangan kita terkena minyak masak. Kalau kita cuma lalu bawah paip tanpa sabun, memang nampak macam bersih. Tapi bila kita gosok, masih terasa licin. Kita tahu dalam hati — belum betul-betul hilang.

Begitulah juga pada wajah kita.

Bila kita berdiri untuk wuduk, kita sebenarnya sedang bersedia untuk menghadap Allah. Kita mahu air itu benar-benar menyentuh kulit, tanpa ada lapisan yang menghalang. Kalau masih ada sisa yang tidak tertanggal sempurna, kita sendiri jadi ragu-ragu.

Istilah seperti “mesra wuduk” atau “mesra solat” mungkin membuatkan kita rasa yakin. Tapi yang lebih penting ialah kefahaman kita sendiri tentang bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dan bagaimana cara membersihkannya dengan betul.

Ini bukan soal menghukum. Ini soal berhati-hati.

Sebagai muslimah, kita selalu berusaha jadi versi terbaik — dalam penampilan, dalam kerjaya, dalam keluarga. Jadi dalam ibadah pun, kita tentu mahu yang paling sempurna. Mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai sebelum wuduk bukanlah satu beban. Ia cuma satu langkah kecil tambahan untuk memastikan hati kita lebih tenang ketika solat.

Dan jika kita berniaga, lagi besar amanahnya. Apa yang kita sebut, apa yang kita janjikan — semuanya memberi kesan pada orang lain. Kita tak mahu kerana kata-kata kita, orang jadi tersalah faham tentang perkara yang melibatkan ibadah.

Akhirnya, ini bukan tentang sunscreen semata-mata. Ini tentang kesungguhan kita menjaga hubungan dengan Allah.

Kadang-kadang yang membezakan antara sekadar cukup dan benar-benar sempurna… hanyalah satu langkah kecil yang kita pilih untuk ambil dengan penuh kesedaran. 🤍

Cara Atasi Performance Anxiety Dalam 24 JamPerformance anxiety atau stage fright ialah reaksi fizikal dan mental badan k...
12/02/2026

Cara Atasi Performance Anxiety Dalam 24 Jam

Performance anxiety atau stage fright ialah reaksi fizikal dan mental badan ketika kita perlu bercakap atau tampil di hadapan orang. Ia termasuk jantung berdegup laju, tangan menggigil, suara bergetar, mulut kering, dan rasa mahu lari. Masalah ini berpunca dari minda bawah sedar dan bukannya kurang latihan.

6 perkara penting untuk atasi performance anxiety:

1. Latihan sahaja tidak cukup – Ubah reaksi bawah sedar, bukan hanya ulang teks.

2. Masa tidak sembuhkan anxiety – Mengelak atau cuti tidak menyelesaikan masalah.

3. Jangan bergantung pada alkohol atau dadah – Ia hanya menutup simptom sementara dan boleh memburukkan prestasi. Lagipun ia haram disisi Islam.

4. Ubat preskripsi hanya kawal simptom – Punca sebenar mesti ditangani melalui teknik perubahan pantas.

5. Mengelak bukan penyelesaian – Ia menguatkan ketakutan dan mengehadkan peluang hidup atau kerjaya.

6. Tindakan dan keputusan tegas – Faham punca, buat keputusan untuk berubah, dan ambil tindakan segera.

Tip praktikal:

Gunakan teknik pernafasan 4-4-6 untuk tenangkan sistem saraf.

Visualisasikan diri tampil yakin dan tenang.

Mulakan dengan situasi kecil sebelum bercakap di hadapan ramai.

Kesimpulan:
Performance anxiety boleh diatasi dalam 24 jam atau kurang jika kita faham puncanya, berhenti mengelak, dan mengambil tindakan. Keyakinan dibina dari keputusan dan latihan yang betul, bukan bergantung pada ubat atau sesuatu yang memabukkan.

7 Sebab Kenapa Wanita Perlu Independence (Dan Cara Praktikal Untuk Mulakan)Pernah tak kita terfikir dalam diam:“Kalau sa...
10/02/2026

7 Sebab Kenapa Wanita Perlu Independence (Dan Cara Praktikal Untuk Mulakan)

Pernah tak kita terfikir dalam diam:
“Kalau satu hari hidup berubah… aku masih tenang ke?”
Bukan sebab kita lemah.
Tapi sebab kita sedar — bergantung sepenuhnya itu menakutkan.
Independence bukan tentang jadi keras.
Ia tentang bersedia.
Ini 7 sebab kenapa wanita perlukan independence:
1️⃣ Dunia tak selalu stabil
➡️ Ada sumber pendapatan sendiri walaupun kecil

2️⃣ Buat keputusan tanpa rasa bersalah
➡️ Urus duit sendiri & ada simpanan peribadi

3️⃣ Keyakinan diri naik perlahan-lahan
➡️ Bila tahu kita mampu berdiri

4️⃣ Tak mudah dimanipulasi emosi atau kewangan
➡️ Ada pilihan, bukan terpaksa

5️⃣ Jadi contoh terbaik untuk anak-anak
➡️ Wanita juga boleh berusaha & tenang

6️⃣ Lebih kuat bila hidup berubah
➡️ Ada back-up, ada persediaan

7️⃣ Independence bukan pemberontakan
➡️ Ia persediaan yang berhemah

✨ Wanita berdikari bukan bermaksud hidup seorang diri.
Ia bermaksud kita tak panik bila diuji.
💬 Soalan untuk kita sama-sama fikir:
Apa satu perkara kecil yang kita boleh mula hari ini untuk jadi lebih berdikari?

Kadang kita stress bukan sebab anak kita nakal…Tapi sebab kita terlalu letak tekanan pada diri sendiri.Nak anak dengar c...
10/02/2026

Kadang kita stress bukan sebab anak kita nakal…
Tapi sebab kita terlalu letak tekanan pada diri sendiri.

Nak anak dengar cakap.
Nak rumah kemas.
Nak kerja siap.
Nak jadi ibu bapa “yang betul”.

Sedangkan anak cuma perlukan ibubapa yang tenang.

Tak apa kalau hari ini rumah bersepah.
Tak apa kalau suara kita naik sekejap.
Tak apa kalau kita penat dan perlukan rehat.

Anak tak cari ibu bapa sempurna.
Mereka cuma nak ibu bapa yang hadir dengan kasih sayang.

Perlahankan tindakan drastik.
Kurangkan sangkaan.
Banyakkan peluk dan berdoa anak.

Kita bina keluarga sakinah mawaddah bersama-sama.
Kita buat yang terbaik, ikut kemampuan kita 🤍
Buat konsisten tanpa gagal.


Kalau rasa post ini kena dengan hati,kita simpan.
Kalau rasa bermanfaat, kita kongsikan.

08/02/2026

Kita bukan lemah kerana penat. Kita penat kerana terlalu lama kuat seorang diri. nkagereverse.com

Jeragat semakin jelas bila kita semakin kerap mendiamkan diri.CANTIK SEUMUR HIDUP[belian di nkagereverse.com]
04/02/2026

Jeragat semakin jelas bila kita semakin kerap mendiamkan diri.

CANTIK SEUMUR HIDUP
[belian di nkagereverse.com]

Terlalu lama terdedah kepada penghawa dingin mengurangkan kelembapan kulit muka sehingga menyebabkan kekeringan, jadi se...
03/02/2026

Terlalu lama terdedah kepada penghawa dingin mengurangkan kelembapan kulit muka sehingga menyebabkan kekeringan, jadi serum NK Age Reverse membantu mengembalikan hidrasi kulit muka sihat.

02/02/2026

Kenali insan di sebalik terciptanya produk skin care bertaraf antarabangsa.
Mencipta satu formula Skincare yang paling bagus memerlukan kepakaran, makmal bertaraf dunia dan kajian bertahun-tahun.
Kulit wanita Malaysia sudah tentu tidak sama dengan kulit wanita yang berada di eropah.
Persekitaran, cuaca dan pemakanan memainkan peranan.
Sebab itulaj kita lebih cenderung memilih skincare hasil kajian yang lebih fahami dengan life style wanita di Malaysia.

Address

Melaka

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baik Tengok - Malaysia Blogger Mall posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Baik Tengok - Malaysia Blogger Mall:

Share