29/12/2025
Ramai yang tak tahu Kenapa jahitan tangan lagi premium berbanding jahitan mesin, "sama je jahit jugak"
Tak tuan puan,
Saya selalu cakap macam ni, jahitan mesin ni setiap jahitan lets say jahitan sebelah atas, jahitannya semua gunakan benang yang sama, sama juga jahitan di sebelah bawah, semuanya benang yg sama juga. Dia sangkut benang di setiap lubang jahitan tu. Boleh bayangkan tak?
Selalunya barang kulit jahitan mesin akan terbuka di bahagian lipatan tengah seperti dompet bifold. Bukanlah pakai baru 6 bulan dah terbuka. Selalunya dalam masa 2 ke 3 tahun barulah dia terbuka. Ada juga yg ambil masa 5 tahun utk terbuka kalau dijaga dengan elok.
Tapi bila dah terbuka, dia akan meleret sedikit demi sedikit sampailah terbukak wallet kita tu
Bagi jahitan tangan, benang akan di silang dan di ikat di setiap lubang, menjadikan jahitan sebelah atas mempunyai 2 benang yang berbeza di setiap lubang.
Jika kita pakai 2 benang yg berbeza warna, merah dan biru contohnya, jahitan atas bg jahitan mesin semua berwarna biru dan di bawah semua berwarna merah
Jahitan tangan p**a akan ada merah dan biru berselang seli di bahagian atas dan bawah. Haaaa, faham tak?
Ini menjadikan jahitan tangan ni sangat kuat dan berkualiti.
Tak ramai yang kisah pasal jahitan tangan ni tapi bg yg kisah dan faham, mereka sangat menghargai barangan kulit mereka apatah lagi wallet dan beg yang di bawa kemana-mana setiap hari. Ia mampu membawa 1001 cerita yang boleh di kenang suatu hari nanti.
Apabila tiba waktu untuk dikenang, kan seronok kita tengok setiap jahitannya masih berada dalam keadaan baik, betul tak? 🙃