27/07/2022
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Retromania .
Saya percaya ramai di kalangan kita yang merindui himpunan RETROMANIA, Tapi apakan daya, Pendemik Covid 19 telah melanda dunia selama 2 tahun iaitu tahun 2020 dan 2021 dan selama 2 tahun itu lah Retromania tidak dapat dijalankan.
Alhamdulillah pada tahun ini, kerajaan telah mengistiharkan negara ke fasa Endemik dan sehubungan itu telah membenarkan untuk sesiapa juga utk menganjurkan himpunan atau majilis dalam sekalar besar. Retromania tidak melepaskan peluang dgn memohon pada pihak MPKL seawal bulan Mac 2022 utk mengadakan semula himpunan besar motorsikal Retro untuk kali ke 10 di Dataran Morib, Banting. Penantian berbulan2 sejak bulan 3 akhirnya terjawab pada bulan Julai tempohari dengan berita hampa telah diterima, dimana anak bulan tidak kelihatan di Dataran Morib diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
Pada Tahun ini 2022, kita tidak dapat berhari Raya retro di Morib, tapi jangan lah kalian hampa, kerana Alhamdulillah, anak bulan telah kelihatan di Shah Alam,kita akan berkumpul dan beraya disana. Insyallah jika tiada aral melintang, kita akan berhari Raya Retro di Dataran Stadium Shah Alam pada tarikh 12~13 November 2022.
Sebarkan Khabar gembira ini HARI RAYA RETRO pada semua Saudara Retro kita di seluruh pelusuk alam semesta..!!
walaupun tak seperti dulu...
KITA AKAN KEMBALI BERSAMA dengan 1 semangat !!
"Passion with Retro Machine"