20/08/2021
DUA SIFAT AJAIB ORANG MUKMIN โ๏ธ
Sabda Nabi Muhammad SAW :
ุนูุฌูุจูุง ููุฃูู
ูุฑู ุงููู
ูุคูู
ูููุ ุฅูููู ุฃูู
ูุฑููู ููููููู ุฎูููุฑูุ ููููููุณู ุฐูุงูู ููุฃูุญูุฏู ุฅููููุง ููููู
ูุคูู
ูููุ ุฅููู ุฃูุตูุงุจูุชููู ุณูุฑููุงุกู ุดูููุฑูุ ููููุงูู ุฎูููุฑูุง ููููุ ููุฅููู ุฃูุตูุงุจูุชููู ุถูุฑููุงุกูุ ุตูุจูุฑู ููููุงูู ุฎูููุฑูุง ูููู
Maksudnya: โSangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.โ
(HR Muslim, hadis sahih)
Dunia ini umpama roda. Ada masa kita di atas, dan ada masa kita berada di bawah. Ketika kita berada di atas, berpangkat, berkuasa, dikurniakan segala nikmat dan sebagainya. Maka, besarkan kesyukuran kepada-Nya, hargai orang sekeliling dan terus menggunakan nikmat dengan baik.
Namun akan ada suatu masa kita di bawah. Mungkin kita diuji dengan apa yang kita sayang sehingga kita terduduk tak berdaya. Lalu kita sedar bahawa tiada kebahagiaan melainkan jalan sabar dan redha menerima ketetapan dan keputusan Allah SWT.
Didik diri besarkan hati, gandakan kesabaran, dan belajar berdamai dengan takdir. InshaAllah, pasti ada pelangi akan menghiasi awan setelah hujan membasahi bumi.
Kerana itulah sifat ajaib orang beriman, apabila dikurniakan nikmat dia bersyukur dan apabila dikurniakan kesusahan, dia bersabar. Subhanallah ๐น
UAH
โ๏ธT.me/TipsRezekiDuniaAkhirat