khairuummah.NP

khairuummah.NP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from khairuummah.NP, Religious Bookstore, NO 7-1, LIGHTGREY Jalan HOSPITAL, Jalan Kusta, KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA, Sungai Buloh.

Menjalankan program jual dan beli wakaf al quran yang dimana al quran tersebut akan diberikan kepada anak-anak tahfiz, anak-anak yatim asnaf, masjid dan surau yang memerlukan.

Adakah memungkiri janji akan menjadikan kita seorang yang munafik?آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذ...
11/08/2022

Adakah memungkiri janji akan menjadikan kita seorang yang munafik?

آيَةُ المُنَافِقِ ثَلاَثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda orang munafik itu ada tiga, (1) jika berbicara berdusta; (2) jika berjanji maka tidak menepati; dan (3) jika diberi amanah, dia berkhianat.” (HR. Bukhari no. 33 dan Muslim no. 59)
Antara ciri-ciri orang munafik ialah memungkiri janji dan tidak menepati apa yang diucap. Sebilangan orang sangat mudah membuat janji, namun tidak mahu berusaha untuk menepati janjinya.
Ciri-ciri seorang mukmin adalah sentiasa berusaha menepati janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda orang yang mempunyai ciri kemunafikan.
Oleh itu, kita seharusnya melaksanakan janji yang telah kita telah ucapkan. Jika kita selalu memungkiri janji, kita akan s**ar mendapat kepercayaan daripada orang lain dan Allah SWT memuliakan orang yang dalam dirinya memiliki sifat menepati janji dengan memberinya ganjaran pahala.

Apakah kepentingan masa didalam Kepentingan kehidupan manusia?Didalam surah Al-Asr, Allah telah bersumpah atas nama masa...
10/08/2022

Apakah kepentingan masa didalam Kepentingan kehidupan manusia?

Didalam surah Al-Asr, Allah telah bersumpah atas nama masa. Ini menunjukkan kepentingan masa didalam kehidupan manusia yang tidak akan berhenti sehingga Allah berkehendak.
Masa adalah perkara yang selalu manusia inginkan seperti ingin kembali diwaktu yang lalu untuk menebus kesalahan di waktu yang lalu atau ke masa hadapan kerana tidak ingin melewat masa masa s**ar yang sekarang.
Seharusnya, kita sebagai muslimin dan muslimat perlu menghargai masa dan mengisi masa dengan perkara yang bermakna atau berfaedah seperti mengisi masa bersama keluarga, membuat amal ibadat Bersama keluarga.

Apakah Kelebihan sujud dari sudut kesihatan?Sujud ialah perbuatan yang selalu kita lakukan ketika solat. Banyak kelebiha...
09/08/2022

Apakah Kelebihan sujud dari sudut kesihatan?

Sujud ialah perbuatan yang selalu kita lakukan ketika solat. Banyak kelebihan yang kita perolehi daripada sudut kesihatan dan tidak hanya mengikut perintah Allah Ketika solat?
Dari segi kesihatan, sujud membantu membetulkan struktur tulang belakang dan dapat menghirdarkan diri mengalami masalah tulang mahupun sendi. Tambahan lagi, apabila kamu melakukan dua pergerakan ini dalam tempoh masa yang lama, ia dapat memberi kesan yang bagus kepada diri untuk jangka masa yang panjang.
Terlalu banyak nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita, dan salah satunya nikmat kesihatan dalam rukuk dan sujud. Cuma kita saja yang tidak sedar akan nikmat kesihatan tersebut, diharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

Apakah kekuatan Bismillah?Bismillah ialah kalimat pertama didalam Al-Quran dan apabila melakukan sesuatu aktiviti ataupe...
08/08/2022

Apakah kekuatan Bismillah?
Bismillah ialah kalimat pertama didalam Al-Quran dan apabila melakukan sesuatu aktiviti atau
perkara kita dianjurkan untuk membaca bismillah terlebih dahulu.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut
nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am,
ayat 118). Dari sini kita dapat melihat yang setiap perkara yang kita lakukan,kita disarankan untuk
membaca bismillah.
Oleh itu, kita mestilah membiasakan diri untuk memulakan hari atau sesuatu perkara dengan
bismillah. Untuk kebaikan kita bersama untuk mengejar dunia dan akhirat.

Bagaimana kita boleh membalas kebaikan seseorang?Kebaikan yang dibuat kepada seseorang itu sudah semestinya perlu dilaku...
04/08/2022

Bagaimana kita boleh membalas kebaikan seseorang?

Kebaikan yang dibuat kepada seseorang itu sudah semestinya perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharap sebarang balasan melainkan memohon ganjaran daripada Allah tetapi kita seharusnya membalas kebaikan tersebut.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk membalas kebaikan ialah dengan mendoakan dan membalas dengan sebaik-baik balasan. Contohnya, sekiranya seseorang tidak dapat membalas kebaikan dengan memberikan apa yang terbaik kepadanya maka dibolehkan juga untuk berdoa kepadanya.
Sebagai mana Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesiapa menghulurkan bantuan kepadamu suatu kebaikan, maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya." (Riwayat at-Tabrani). Hadis itu memberikan kita jalan bagaimana cara kita untuk membalas kebaikan orang lain iaitu melalui doa.

Bagaimana cara memperoleh ilmu dengan lebih berkat?"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahk...
03/08/2022

Bagaimana cara memperoleh ilmu dengan lebih berkat?

"Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR Muslim, no. 2699).
Sebelum menuntut ilmu kita harus memperbetulkan niat terlebih dulu kerana apabila kita berniat mencari ilmu kerana Allah maka Allah akan mempermudahkan untuk kita urusan untuk mendapatkan ilmu tersebut dan ilmu yang kita perolehi menjadi berkat.
Kita haruslah menuntut ilmu dalam pelbagai bidang sekalipun kerana ianya juga berguna untuk kita didunia dan diakhirat. sabda Nabi SAW juga menyatakan “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslimin” (Hadis riwayat al-Imam Ibnu Majjah).

Adakah yang kita s**a, terbaik untuk kita?Allah menjadikan manusia hidup secara berpasang-pasangan dan semua telah ditet...
02/08/2022

Adakah yang kita s**a, terbaik untuk kita?

Allah menjadikan manusia hidup secara berpasang-pasangan dan semua telah ditetapkan sejak azali
lagi . Ia sudah ditulis di luth mahfuz. Hal-hal lain juga telah ditetapkan seperti ajal,maut, rezeki dan
lain-lain.
Tidak semua perkara yang kita miliki atau kita s**ai akan sentiasa menjadi milik kita kerana mungkin
kita diuji oleh Allah S.W.T. Allah maha mengetahui apa yang terbaik dan tidak baik buat hambanya.
Mungkin kita pernah berada di titik terendah dan s**ar yang pernah kita hadapi. Tetapi percayalah
Allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menanggungnya.

Wujudkah “Couple” secara islamik?Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi le...
29/07/2022

Wujudkah “Couple” secara islamik?

Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi lebih sempurna. Namun, adab-adab ketika bercinta perlu dijaga supaya tidak membawa perkara yang dilarang dalam islam. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengatakan bahawa bercinta itu adalah haram.
Islam tidak pernah mengajarkan para pengikutnya untuk “couple” dan tidak ada istilah “couple islamik” kerana jika pasangan yang mahram melakukan sesuatu hubungan pastinya akan berlaku hal -hal yang terlarang seperti bersentuhan sesama lawan jenis, berpandangan sehingga menimbulkan syahwat dan lain.lain
Penyelesaian bagi dua insan yang saling mencintai ialah segerakan pernikahan yang halal dan Rasulullah S.A.W. menganjurkan pernikahan kepada generasi muda terutamanya kerana Baginda tahu tentang cabaran generasi muda dalam mengekang nafsu syahwat adalah tidak mudah.

Mengapa pentingnya menghargai waktu?"Buang-buang waktu lebih teruk dari kematian. Kerana buang-buang waktu memutuskan ka...
28/07/2022

Mengapa pentingnya menghargai waktu?

"Buang-buang waktu lebih teruk dari kematian. Kerana buang-buang waktu memutuskan kamu dari ALLAH dan alam akhirat. Sedangkan kematian hanya memutuskan kamu dari dunia dan penduduk dunia “ (IBNU QAYYIM, AL-FAWAID)
Waktu adalah masa yang harus diisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Jika tidak ianya akan terbuang begitu saja dan Waktu yang sudah berjalan tidak akan bisa di hentikan atau di ulang dari awal. Setiap kejadian atau peristiwa yang telah dilalui akan menjadi sebuah kenangan dan tidak dapat diulangi kembali.
Sikap menghargai waktu harus dipupuk sejak kecil lagi supaya perkara yang dilakukan sentiasa bermanfaat waktu yang sudah berjalan tidak akan bisa di hentikan atau di ulang dari awal. Setiap kejadian atau peristiwa yang telah dilalui akan menjadi sebuah kenangan dan tidak dapat diulangi kembali.

Address

NO 7-1, LIGHTGREY Jalan HOSPITAL, Jalan Kusta, KAMPUNG JAYA INDUSTRIAL AREA
Sungai Buloh
47000

Telephone

+60175244008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when khairuummah.NP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share