Syifa Tupperware

Syifa Tupperware Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syifa Tupperware, Shah Alam.

We are serious about our brand. Yes. Seriously.
30/06/2020

We are serious about our brand. Yes. Seriously.

17/07/2019

Benarkah Suri Rumah Lebih Cepat Stres?

“Aik… Duduk rumah, jaga anak dan urus rumah tangga pun stress? Manjanya!”

Advertisements


“Alah… Mengada-ada saja tu. Bukan susah mana pun buat kerja rumah, apa yang stress sangat? Hati tisulah tu!”

Sekadar memetik beberapa contoh komen dan tanggapan segelintir kita apabila menyentuh isu suri rumah stres. Ya, kita mungkin boleh beranggapan apa sahaja. Pun, tetaplah yang empunya badan menanggungnya. Maklumlah, tidak kena batang hidung sendiri memang sedaplah berkata-kata.

Kenyataannya, hampir setiap hari ada sahaja hantaran (posting) daripada netizen (khususnya suri rumah) di media sosial (terutama facebook) yang sering menjadi tempat mereka berkongsi luahan perasaan mengenai tekanan urusan anak dan rumah tangga sendirian.

Ada juga beberapa ‘group dan fanpage khas’ yang sengaja diwujudkan untuk golongan ini berkongsi masalah berkaitan rumah tangga. Di ruang berkenaan, ada yang memberi nasihat, pandangan dan cadangan. Tidak terkecuali juga mengecam tindakan pengadu yang dikatakan sengaja ‘membuka aib pasangan’.

Misalnya, luahan perasaan wanita ini;

“Memanglah saya tak bekerja, duduk aje di rumah jaga anak dan urus rumah. Tetapi penatnya berganda, suami p**a lepas tangan. Anak bukan seorang, tetapi lima orang nak di uruskan semua seorang diri. Sampai nak makan pun terkejar-kejar, nak lelapkan mata memang susah. Sampai malam, kerja rumah masih belum habis. Setiap hari kepenatan, tak ada masa untuk diri sendiri. Stress betul!”

Ya, tekanan perasaan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa disedari, tetapi benarkah suri rumah sepenuh masa lebih mudah berasa tertekan? Mengapa?
Mengikut penyelidikan dan pandangan psikologi Islam, individu yang cenderung mengalami tekanan dikenal pasti mengalami ketegangan fizikal dan psikologi dalam tempoh masa panjang.

Jika keadaan ini dibiarkan, boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali keadaan dengan baik. Antara faktor utama stres termasuk diri sendiri, pengaruh keluarga selain faktor persekitaran.

Menurut seorang kaunselor psikologi dan penulis inspiratif, Prateek Vats, ada beberapa gejala tekanan yang boleh dikesan. Antaranya;

Perasaan tidak berharga atau keputusasaan
Kemarahan dan marah terhadap isu-isu kecil
Kehilangan minat dalam bersosial
Gangguan tidur
Rasa bosan dan letih
Terbabit dalam pertelingkahan dengan ahli keluarga
Rasa seperti menangis bila-bila masa sahaja
Tekanan juga boleh mempengaruhi secara psikologi dan fisiologi.

Gejala fisiologi;-

• Sakit kepala

• Perut tidak selesa

• Keletihan

• Kegelisahan

• Denyutan jantung cepat

Gejala psikologi;-

• Kemarahan

• Kesedihan

• Masalah dalam membuat keputusan dan tumpuan

• Masalah ingatan / Ketidakmampuan

• Rasa tidak selamat

Terdapat ujian tertentu untuk mendiagnosis tekanan, seperti soal selidik, temu janji bersemuka, ujian biokimia dan fisiologi. Sekarang persoalannya, bagaimana mengawal tekanan?

Tekanan boleh dikendalikan dengan menjadualkan semua kerja peribadi dan profesional anda. Begitu juga jika anda perlu beristirehat, berehat dan keluar untuk bersiar-siar. Perkara penting lain adalah melakukan senaman dan mempunyai diet berkhasiat yang betul.

Sebarkan masa anda untuk setiap aktiviti dengan sewajarnya. Jika boleh, dapatkan bantuan dari mana-mana kaunselor berpengalaman untuk mengurus tekanan dan kehidupan anda.

Apa kata suri rumah;-

Dieha Ahmad

“Saya pernah diejek “goyang kaki” bila jadi suri rumah sepenuh masa. Diamkan saja, malas nak melayan. Inilah saya. Tak dinafikan, pada awalnya saya rasa cepat stress, lebih lagi apabila ada ank kecil yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Bila masa mahu kemas rumah, nak jemur kain, memasak, lipat pakaian. Rasa macam kena buat semua benda dalam satu masa je!

“Mindset saya macam itu dan lama-kelamaan, saya tak boleh nak beri ‘kerjasama’ kepada diri sendiri. Akhirnya, syaa jadi stress dan pernah menangis tanpa sebab. Tapi, kemudiannya saya sedar, saya ubah apa yang saya “mindset” selama ni. Saya mula dengan anak-anak. Saya libatkan mereka dalam kerja yang saya buat. Misalnya, bila saya nak jemur baju, saya tugaskan dia sepit baju yang dijemur dan tugas tu jadi mudah sebab pada masa sama jadi hiburan untuk kami berkomunikasi dengan bersahaja.

“Memandangkan anak memag melekat 24j am, setiap kerja memang ada “peminat” kecil yang akan ikut. Pada masa sama, komunikasi bersama anak berkembang dan saya boleh buat kerja rumah dengan tenang. Anak juga akan faham bila ibu buat kerja, mereka join sekali dan tunggu ibu siap buat kerja barulah ibu akan “main” bersama. Waktu solat akan jadi masa “rehat” bersama anak. Masa itulah, rasa boleh cool down dan anak pun akan diam kat sebelah bila ibu solat. Keadaan itu bagaikan terapi buat saya.

“Apabila jadi suri rumah, memang akan menghadap kerja yang sama. Saya selitkan sesuatu, saya online (misalnya fb, watpad, baca berita), buat mini garden, tanam pokok bunga, buat kek/puding. Semestinya ada peminat kecil ikut serta. Stress akan hilang sikit-sikit. Biasalah, bila si kecil buat perangai. Stresslah juga tapi sekejap saja sebab sudah tahu macam mana nak overcome balik.

“Saya akan cari me time sendiri. Minum secawan kopi jam 12 tengah malam juga buat saya relax. Anak sudah masuk tidur, kerja rumah akan diteruskan setiap hari. Bila penat, rehat. Jangan paksa diri. Kena ada tenaga utk diri sendiri dan keluarga. Alhamdulillah, syukur suami saya sentiasa beri kerjasama dan sokongan. Bila tengok saya penat, dia sangat ringan tulang membantu termasuk memasak atau kemas rumah. Paling best, mandikan dan suapkan anak.”

Rashidah Jamaludin

“Saya mempunyai 2 cahaya mata Auni Safiyah, 2 tahun dan Amni Fatima,11bulan. Setiap seorang ada ragam berbeza.. Rutin harian saya memang mencabar.

“Biasanya saya cepat stress bila waktu Amni nak menyusu, Auni p**a merengek buat hal. Time ni sangat stress, usia dia dan adiknya beza setahun saja. Jadi, dia juga nak perhatian saya. Ini sangat mencabar buat saya. Waktu nak memasak pun boleh buat saya jadi stress sebab anak mahu berdukung. Agak payah nak buat kerja harian kerana anak selalu nak berdukung. Nak sidai baju pun berdukung, memang stress dan penat sangat.

“Suri rumah sepenuh masa seperti saya banyak berfikir sebab semua benda kena buat. Lepas siap satu kerja, sambung buat kerja seterusnya. Bila kerja tergendala, aduh… Susah hati. Anak-anak p**a masih kecil dan nak membesar, rumah bersepah dan buat macam-macam onar itu perkara biasa.

“Kakak s**a sakat adik, bila kita leka buat kerja ada saja yang terjadi. Biasanya, si kecillah s**a menangis disakat kakaknya. Riuh rumah dibuatnya. Bila masa untuk diri sendiri? Apabila suami balik kerja dan bantu jagakan anak, dapatlah saya berehat sekejap.”

Wan Nur Albaniah Wan Ghazali

“Betul ke suri rumah lebih cepat stress?” 100% betul! Saya dengan gembiranya bersetuju. Orang kata seronoklah suri rumah ni, dapat duduk rumah “duduk saja, goyang kaki”, menghabiskan duit suami. Orang tidak tahu, kita 24 jam tak berhenti kerja. Nampak senang, tapi tiada istilah “beristeri rehat”. Tuhan aje tahu rasa penat yang tak hilang. Kerja rumah yang tak berhabisan.

“Rasa stress itu sedikit waktu anak seorang. Apabila anak sudah bertambah, stress pun turut ikut sama bertambah. Saya pernah mengikuti saringan kesihatan mental yang dijalankan ‘Facebook: Kementerian Kesihatan Malaysia’. Hasilnya kemurungan saya di tahap yang teruk dan tahap kerisauan saya di tahap yang sangat teruk. Walaupun ia hanya keputusan saringan, saya segera ambil tindakan segera dengan melakukan aktiviti aktiviti yang tidak menambahkan lagi stress saya.

“Stress itu bermula apabila anak saya yang kecil tidak tidur malam, manakala anak saya yang berumur 3 tahun tidak tidur siang. Waktu tidur saya? Hilang. Saya pernah bekerja dalam masa yang sama menjadi ibu di rumah, ia tidak sama dengan 24 jam menjadi suri rumah. Tidak ada masa untuk sendiri, tiada masa untuk kehidupan sosial. Saya mengabdikan diri sepenuhnya untuk anak dan suami.

“Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan meluahkan rasa tekanan saya kepada suami dan Alhamdulillah suami memahami. Suami bawa saya berjalan, beri saya ganjaran setiap bulan dan sentiasa berpesan jika melakukan kerja berat tangguhkan saja kerja itu dan biarkan dia buat.

“Kami juga sedang berusaha untuk membetulkan masa tidur anak yang kedua. Tekanan perasaan, stress yang berpanjangan adalah tidak elok dibiarkan berterusan. Luahkan apa yang terpendam. Bagi, saya suami sudah memberi galakan yang bagus untuk tidak terlalu memikirkan dan sama-sama membantu dalam menguruskan rumah tangga dan anakk.

“Selain itu amalkanlah zikir yang boleh menenangkan hati kita dan jangan lupa sentiasa panjatkan doa agar kita semua memperoleh darjat yang tinggi di sisiNya. Selalukan berdoa agar suami , anak anak berlembut hati dan keluarga kecil kita semua sentiasa menjadi keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.”

Sape nak kawen tahun depan tu dah bleh pikir2 dah !
17/07/2019

Sape nak kawen tahun depan tu dah bleh pikir2 dah !

Hot item sekaranggg !!! Cantik kan akak akak mak mak semua...Whatsapp kalau nak order yerrr0132493422 - syifa
13/07/2019

Hot item sekaranggg !!! Cantik kan akak akak mak mak semua...

Whatsapp kalau nak order yerrr
0132493422 - syifa

Iron lady dalam dunia bisnes...Pemilik Dnars Skincare dan rumahnya di Tumpat Kelantan.Al-Fatihah buat arwah...
13/07/2019

Iron lady dalam dunia bisnes...Pemilik Dnars Skincare dan rumahnya di Tumpat Kelantan.

Al-Fatihah buat arwah...

Usaha dan titik peluh Faziani Rohban, Pengasas Dnars Skincare yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan produk kecantikan selama 20 tahun akhirnya mendata...

Peminat Tupperware Sekalian !!https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=g4u5iXD8LlUSantapan untuk bulan ni..mintak...
13/07/2019

Peminat Tupperware Sekalian !!

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=g4u5iXD8LlU

Santapan untuk bulan ni..mintak la hubby belanja,cakap kalau nak masak lagi sedap kena ada barang tupperware..😂😂😂

Time for more brand new things in a brand new month! You'll be getting the best of both worlds with our brand new catalog starting with the first ever dual-u...

10/07/2019

SAPE MINAT KOMPOSER YG BANYAK LAGU BERHANTU NI ! NAH LAGU² CIPTAAN KOMPOSER SAARI AMRI:

Madah Berhelah - Ziana Zain
Tika Naik Tika Jatuh - Ziana Zain
Kemelut Di Muara Kasih - Ziana Zain
Setiaku Di Sini - Ziana Zain
Kekal - Ziana Zain
Penantian - Black Rose
Kau Satu-Satunya - Ukays
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays
Sebak - U.K's
Rhythm Si Jantung Hati - U.K's
Kembali Mencari - Ukays
Kekasihku Di Menara - U.K's
Untuk Apa - U.K's
Kerana Perpatah Lukaku Berdarah - Ukays
Sesak - U.K's
Permata Hati - U.K's
Seksa - Ukays
Pahit Akan Manis Akhirnya - U.K's
Nyanyian Jiwa - Ukays
Membara - Ukays
Tergamak Kau - Ukays
Di Luar Keampuanku - U.K's
Nafas Orang Kota - U.K's
Bila Purnama Mengambang - U.K's
Cinta Kita Hanya Tinggal Irama - Ukays
Tak Mati Selepas Mati - Ukays
Berkat Kasihmu - Ukays
Duit - Ukays
Kata Kata Mak Aku - Ukays
Benar Benar, Sungguh Sungguh - Ukays
Satu Lilin Sehening Malam - Ukays
Tak Kesampaian Cintaku - Ukays
Sendu - Ukays
Butakah Cinta - Spring
Mengintai Dari Tirai Kamar - Exists
Terpaksa - Exists
Diammu Gunung Berapi - Exists
Masih Terserlah Ayumu - Exists
Tunduk Mengalah - Data
Impian Abadi - Lestari
Tiada Akhirnya - Lestari
Kembalilah Kasih - Lestari
Bukalah Hatimu - Umbrella
Ramalanku Benar Belaka - Umbrella
Maruah - Umbrella
Kebenaran Akan Terbukti - Umbrella
Segugus Impian - Umbrella
Ragam Bercinta - Umbrella
Ku Masih Berharap - Umbrella
Cuci Tangan - Umbrella
Tak Mungkin Kembali - Umbrella
Panah Asmara - Umbrella
Cendekiawan Tak Mungkin Mencintai Seniman - Umbrella
Hanya Kau Segalanya - Stings
Cinta Suci - Stings
Perkenankan Impianku - EYE
Serasi - EYE
Pasti - Mega
Pergi - Mega
Luka Seribu Rindu - Fotograf
Sesat Dalam Rindu - Damasutra
Sendu Di Hatimu Rindu Di Jiwaku - Arrow
Ku Mengalah Sajalah - Arrow
Terasing Dalam Sepi - Slam
Gerimis Mengundang - Slam
Malamku Kesiangan - Slam
Satu Jalan Satu Pegangan - Slam
Kita Terpaksa Bermusuhan - Slam
Kembali Terjalin - Slam
Kembali Merindu - Slam
Manisnya Rindu - Slam
Satukan Hati Kita - Slam
Nur Kasih - Slam
Satu Cinta Yang Tak Setia - Screen
Tak Mungkin Berpaling - Slam
Kau Dipaksa Aku Terpaksa - Scan
Yang Kalut Di Fikirkan - Scan
Cendikiawan Tak Mungkin Menyintai Seniman - Scan
Getar Masih Terasa - Leon
Tersiksa Lagi Batinku - Sweet Child
Kau Guriskan Perasaan - Sweet Child
Yang Terlarang Itu Godaan - Child
Lena Diulit Intan - Wings
Meniti Suratan - May
Suci - May
Selamat Tinggal Cinta - Arena
Terlanjur Mencintaimu - Fair
Kemuncak Pengharapan - Final List
Hirisan Pertama Terpahat Selamanya - Final List
Kasih Dirundung Mega - Gravity
Punca - Dayana
Merindu Tanpa Kata - Kapilla
Itulah Caraku - Laksamana
Kita Adalah Sama - Laksamana
Aku Adalah Mentarimu - Laksamana
Luka Di Kemudian - Laksamana
Setelah Mencermin Diri - Laksamana
Dua Jiwa Satu Hati - Legacy
Senyum Seribu Tanda - Legacy
Kekasihku Diambil Orang - Lemon-T
Kerana Janji - Lemon-T
Rimba Bebanan - Medicine
Cinta Berbaur Rindu - Memo Memo
Antara Kita - Paksi
Menyesal - Qiara
Pergi Jauh-Jauh - Swing
Kenangan Di Taman Cinta - Teja
Buktikan Cintamu Padaku - Versi
Warkah Buat Kekasih - Ways
Sesal - UG14
Kasih Terlihat - Amir Ukays
Kencana - Amir Ukays
Hanya Setitik Kasih - Rahmat
Ku Lepaskan Rindu - Rahmat
Rela - Achik Spin
Bara - Awie
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan
Cinta Tak Kenal Siapa - Aris Ariwatan
Lahirmu Untuk Dia - Aris Ariwatan
Hajat - Haida
Manis Masa Bercinta - Haida
Rambulan Kesiangan - Razzi Rahman
Setelah Aku Kau Miliki - Shima
Kau Telah Dalam Anganku - Azie
Pelamin Anganku Musnah - Azie
Zahir Tak Terucap - Nash
Ku Tak Akan Bersuara - Nike Ardilla
Duri Terlindung - Nike Ardilla
Sembilu - Ella
Pasrah - Erra Fazira
Terpaksa Melangkah - Erra Fazira
Bukan Aku Tak Sanggup - Nurul
Rahmat Di Sebalik Duka - Ramlah Ram
Curang - Ramlah Ram
Gambaran Cinta - Inka Christie
Ditakdirkan Ku Terbaring - Inka Christie
Ditakdir Kita Bersama - Mac Ruhayu
Kesamaran - Zulkif
Kisah Yang Sudah - Zulkif
Kesan - Zur Eda

10/07/2019

6 Perangai ‘Pelik’ Ibu Mengandung Yang Suami Kena Layan Dengan Sabar, Nombor 6 Paling Takleh Terima.

1. TAK S**A MASUK DAPUR
Kalau sebelum ini s**a masak tetapi ketika mengandung rasa tak s**a masuk dapur p**a. Ini adalah kebiasaan bagi ibu mengandung. Bukannya apa, bila tengah sarat mengandung tu kaki pun dah makin sakit dan kurang tenaga untuk memasak bagai. Jadi, si suami pun kena faham dengan keadaan isteri ya!

2. MALAS BERDANDAN
Malas berdandan adalah situasi normal dalam kalangan wanita mengandung. Tambah p**a menurut orang tua katanya kalau mengandungkan anak lelaki lagi si ibu malas nak berdandan. Bila dah mengandung ni nak padankan warna tudung, nak matchy matchy pun dah malas dah.

3. TAK S**A BUNYI BISING
Memang perangai ketika pembawakan bayi agak berlainan dengan zaman bujang dahulu. Kalau ketika bujang s**a berjalan pusing shopping mall, ketika mengandung ni kalau boleh nak duduk di rumah sahaja. Bukan itu sahaja, dengar bunyi Whatsapp masuk pun malas nak layan.

4. KADANG-KADANG TAK S**A BERKEPIT
Ada juga dalam kalangan ibu mengandung yang sebenarnya tak gemar berkepit dengan suami dan ada yang makin manja jadinya kan? Hal ini kerana mungkin si ibu ingin meluangkan masa secara sendiri dan sedang mengambil masa membiasakan diri dengan situasi pembawakan budak.

5. TAK S**A WANGIAN
Ini antara situasi yang paling ramai ibu hamil alami betul tak? Kalau si suami sembur minyak wangi pasti anda akan mengatakan bahawa minyak wangi tersebut sangat busuk. Sebaliknya, ibu hamil lebih menggemari bau seperti bau minyak petrol, cat dan bau kertas.

6. MALAS NAK MANDI
Adakah anda berada dalam kategori ini? Mungkin tidak semua tetapi ibu yang sedang hamil ini bila dah datang ‘mood’ malas, sampai pukul 1 petang pun masih belum mandi. Mungkin kerana pergerakan yang agak terhad dan lambat, sebab itulah rasa malas nak mandi.

Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda: Hari-hari pasti kita perlu makan, jika berpuasa pun...hanya disiang hari. ...
10/07/2019

Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda: Hari-hari pasti kita perlu makan, jika berpuasa pun...hanya disiang hari. Pastinya kita memerlukan makanan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makanan memberi tenaga dan kekuatan untuk tubuh badan.

Makanan berkhasiat amat penting disamping pengambilan yang sesuai di masa yang betul agar seimbang untuk memperoleh kesihatan yang baik.

Kanak-kanak tidak seperti dulu yang memakan apa sahaja pemberian ibunya. Kanak-kanak sekarang begitu cerewet dalam memilih makanan. Kadangkala begitu susah untuk memujuk mereka untuk makan. Mereka lebih menggemari makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat.

Iklan di media masa begitu memainkan peranan yang penting dalam meracuni pemikiran anak-anak dalam menarik minat mereka.

Mereka begitu terpengaruh dengan makanan ringan dan segera yang kurang berkhasiat kerana pengiklanan yang menarik dan disertai p**a dengan hadiah permainan percuma. Rasanya juga lebih sedap kerana penggunaan bahan perisa yang berlebihan.

Read more: Kreativiti Menggubah Makanan Untuk Anak Anda - Relaks Minda http://www.relaksminda.com/2013/04/kreativiti-menggubah-makanan-untuk-anak.html?m=0
Follow us: on Twitter | RelaksMinda on Facebook

Pertama kali boleh simpan di dalam peti sejuk dan peti beku sekali.Ala2 freezermate + snowflake la gitew🤗Kaler pun somel...
01/07/2019

Pertama kali boleh simpan di dalam peti sejuk dan peti beku sekali.
Ala2 freezermate + snowflake la gitew🤗
Kaler pun somell sgtkan. Cepat2 dapatkannya sekarang.

Www.wasap.my/0132493422

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syifa Tupperware posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share