Penerbit MARDI

Penerbit MARDI Peneraju Buku-Buku Pertanian Malaysia

https://linktr.ee/penerbitmardi Penerbitan MARDI bermula sejak tahun 1971.

Penerbitan MARDI terdiri daripada penerbitan berkala dan tidak berkala. Penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, laporan tahunan MARDI, buletin, majalah, siri panduan usahawan dan newsletter. Penerbitan jurnal, Buletin Teknologi MARDI, Newsletter Scientia dan IMEJ Komunikasi MARDI diterbitkan secara dalam talian, manakala penerbitan berkala yang lain dicetak. Penerbitan tida

k berkala pula seperti manual teknologi, laporan MARDI, buku ilmiah, buku mewah, buku am dan lain-lain. BELI - BACA - PINJAM

Pembelian buku:
Bercetak: http://ebookshop.mardi.gov.my/
Digital/ebook: e-sentral.com/p/penerbitmardi

Pinjaman buku digital/ebook (Perpustakaan Digital MARDI): mardi.elib.com.my

Penerbit MARDI telah mengadakan promosi dan jualan buku sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2026 yang berla...
09/05/2026

Penerbit MARDI telah mengadakan promosi dan jualan buku sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2026 yang berlangsung di Perpustakaan Harun Al-Rasyid, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).

Program ini membuka peluang kepada warga IPGKPT dan pengunjung untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan serta penerbitan pertanian terkini keluaran MARDI. Selain mempromosikan budaya membaca dan perkongsian ilmu, program ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan penerbitan berasaskan teknologi dan inovasi pertanian kepada masyarakat.

Pada masa yang sama, Penerbit MARDI turut menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak IPGKPT bagi memperkukuh jaringan perkongsian ilmu dan penerbitan pada masa hadapan. Menariknya, Penerbit MARDI juga telah diundang untuk terlibat dalam projek peluasan akan datang memandangkan institusi ini turut memberi penekanan kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Terima kasih atas sambutan dan sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkasa penyebaran ilmu, inovasi dan teknologi pertanian kepada masyarakat.

TEMUI PENERBIT MARDI sempena PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIATema: Lestari Aksara, Bit & Bait๐Ÿ“… 9 Mei 202...
08/05/2026

TEMUI PENERBIT MARDI sempena PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA
Tema: Lestari Aksara, Bit & Bait

๐Ÿ“… 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 9:00 pagi โ€“ 4:00 petang
๐Ÿ“ Perpustakaan Harun Al-Rasyid, IPGKPT

๐Ÿ“š JUALAN BUKU
โ–ช๏ธ Karangkraf
โ–ช๏ธ Penerbit MARDI
โ–ช๏ธ JT Publishing
โ–ช๏ธ Biblio Press
โ–ช๏ธ Ilham Books

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Datang membaca, berkarya, berhibur dan raikan budaya ilmu bersama-sama!

Jumpa anda di sana!


08/05/2026
07/05/2026

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk menghadiri Kolokium MARDI Siri 5/2026, sama ada secara fizikal mahupun melalui platform online. Kehadiran dan sokongan anda amat kami hargai.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memberi manfaat dalam bidang masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para penceramah, Prof. Dr. Tarita Biver, para urus setia dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga kita dapat bertemu lagi dalam siri kolokium yang akan datang.

Terima kasih atas sokongan anda! Sekalung penghargaan kepada semua yang telah membuat pembelian buku Penerbit MARDI sepa...
30/04/2026

Terima kasih atas sokongan anda!

Sekalung penghargaan kepada semua yang telah membuat pembelian buku Penerbit MARDI sepanjang Latihan Amali Retort Makanan Siri 1, 2 dan 3 yang berlangsung pada 28, 29 & 30 April 2026 (Selasaโ€“Khamis) di Pusat FT, Ibu Pejabat MARDI.

Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam usaha kami menyebarkan ilmu serta memperkasa pengetahuan dalam bidang teknologi makanan. Semoga setiap buku yang dimiliki memberi manfaat berpanjangan kepada anda semua.

Terima kasih sekali lagi dan semoga kita berjumpa lagi di program akan datang! ๐ŸŒฑ๐Ÿ“–

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 semakin hampir tiba ๐Ÿ“š๐Ÿ“–๐Ÿ“† Sebulan dari sekarang. Ayuh, sama-sama kita ha...
30/04/2026

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 semakin hampir tiba ๐Ÿ“š๐Ÿ“–

๐Ÿ“† Sebulan dari sekarang. Ayuh, sama-sama kita hadir dan merayakan buku di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) nanti.

Tarikh: 29 Mei - 7 Jun 2026
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Jumpa di sana!

Hari kedua di IPBBC 2026 terus meriah dengan sambutan menggalakkan di reruai jualan buku Penerbit MARDI ๐Ÿ“šโœจPelbagai bahan...
29/04/2026

Hari kedua di IPBBC 2026 terus meriah dengan sambutan menggalakkan di reruai jualan buku Penerbit MARDI ๐Ÿ“šโœจ

Pelbagai bahan terbitan berkaitan pertanian, teknologi makanan, inovasi dan penyelidikan terus mendapat perhatian para pengunjung sepanjang persidangan berlangsung. Terima kasih kepada semua yang singgah, menyokong dan mendapatkan koleksi terbitan kami.

Jangan lepaskan peluang memiliki bahan rujukan berkualiti daripada Penerbit MARDI! ๐ŸŒฑ๐Ÿ“–



PROMOSI DAN JUALAN PENERBITAN MARDI DI IPBBC 2026Penerbit MARDI terus memperkukuh usaha pengembangan ilmu melalui penyer...
28/04/2026

PROMOSI DAN JUALAN PENERBITAN MARDI DI IPBBC 2026

Penerbit MARDI terus memperkukuh usaha pengembangan ilmu melalui penyertaan aktif dalam The 7th International Plant Breeding and Biotechnology Conference (IPBBC 2026) yang berlangsung di Noble Resort Hotel, Melaka.

Sepanjang persidangan ini, Penerbit MARDI telah melaksanakan aktiviti promosi dan jualan pelbagai bahan terbitan meliputi buku teknikal, manual pertanian serta penerbitan ilmiah terkini. Inisiatif ini bertujuan memperluas capaian maklumat kepada penyelidik, ahli akademik dan pemain industri.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara. Rata-rata menunjukkan minat terhadap kandungan berasaskan penyelidikan yang praktikal serta relevan dengan keperluan semasa sektor agromakanan.

Selain jualan, sesi interaksi bersama pengunjung turut dimanfaatkan untuk memperkenalkan peranan Penerbit MARDI sebagai peneraju penyebaran ilmu pertanian. Maklum balas yang diterima akan dijadikan asas penambahbaikan penerbitan pada masa hadapan.

Penyertaan ini selari dengan komitmen MARDI dalam memperkasa pemindahan teknologi dan pengetahuan ke arah pembangunan sektor pertanian yang mampan dan berdaya tahan.



Temui Penerbit MARDI sempena โ€œThe 7th International Plant Breeding and Biotechnology Conference (IPBBC) 2026โ€Tarikh: 28 ...
27/04/2026

Temui Penerbit MARDI sempena โ€œThe 7th International Plant Breeding and Biotechnology Conference (IPBBC) 2026โ€

Tarikh: 28 - 29 April 2026
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Noble Resort Hotel, Melaka

Pelbagai koleksi buku ilmiah, rujukan pertanian, teknologi makanan, inovasi serta penerbitan terkini menanti anda! Mana lagi? Melaka lerโ€ฆ.!๐Ÿ“š๐Ÿ“–


16/04/2026

Cuba teka ketua video yang mana satu ๐Ÿคญ


13/04/2026

Malaysia turut merasai kesan krisis tenaga global yang sedang melanda dunia. Dalam situasi ini, pendekatan yang bijak dan kerjasama antara kerajaan, industri serta rakyat amat penting untuk kita terus kekal kukuh.

Pada masa sama, bekalan makanan negara masih mencukupi. Namun, usaha untuk memperkukuh pengeluaran makanan tempatan perlu terus dipergiat supaya kita lebih bersedia dan berdaya tahan menghadapi cabaran global pada masa hadapan.





Address

Blok A6, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM
Serdang
43400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389536921

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbit MARDI:

Share

Category