Cafe Novel

Cafe Novel Jual buku. Terbit buku.

Promo rm10 sebuah.
26/12/2025

Promo rm10 sebuah.

Ready file. RM16
22/11/2025

Ready file. RM16

19/11/2025

TEASER 7 BUKAN HAK MILIK

“Tak sangka p**a saya yang cik kerja di sini.”
Aza paling muka menyampah. Dalam banyak-banyak kedai, kenapalah di sini juga Leith bertemu dengannya.
“Kau nak apa datang sini? Kau nampak kan pintu keluar tu? Blahlah!” Mujur juga majikannya, Kak Zahira tidak ada di sini. Hanya dia seorang sahaja yang membuka kedai bunga hari ini. Kebetulan Alya juga bercuti kerana mahu menghantar ibu wanita itu ke hospital.
“Ada nampak saya datang macam nak main-main ke kat sini? Lagi satu, saya boleh buat aduan tau? Bila-bila masa saja awak boleh kena buang kerja! S**a hati awak nak halau saya p**a. ”
Menyirap terus hatinya. Aza mencebik sebelum menghempas buku resit atas meja. Nasiblah juga tiada pelanggan saat itu.
“Habis tu, kau nak apa datang sini?” Atas bawah matanya menganalisa pakaian Leith. Santai dengan kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku yang dipadankan dengan seluar chinos longgar berwarna hitam.
“Boleh tak awak cakap lebih elok dari ni? Saya ni pelanggan kat sini.”
Ah, tak kuasa betul dia nak berbaik dengan lelaki ini. Sudahlah kejadian lampau yang menjadi penyebab pada putusnya pertunangan Kak Alisa dengan lelaki itu kembali segar menghantui dirinya sejak kebelakangan ini.
“Eh, aku ke kau dulu yang buat hal? Kalau kau tak buat hal hari tu, taklah aku angin dengan kau!”
Aza bingkas kemas segala resit atas meja kaunter dan bergegas turun dari kerusi. Dia sudah terfikir mahu menghalau Leith keluar dari situ.
“Awak nak pergi mana?” Leith pantas menyekat laluan keluarnya dari kaunter menyebabkan jarak mereka menjadi begitu dekat. Kepalanya yang didongak memandang Leith membuatkan lehernya menjadi sakit.
“Kau nak buat apa ni? Dalam kedai ni ada CCTV!”
Sempat dicapai sebatang pen sebelum dihala ke arah dada lelaki itu. Ditolak kuat sehingga memaksa Leith berundur.
“Saya datang secara baik. Awak tu yang cuba nak halau saya.” Memang patut pun dihalau. Dia tidak mahu berurusan dengan lelaki itu.
“Aku tak belasah kau pun dah cu…”
Ting Tong!
Bicara Aza terhenti serta-merta. Matanya dialih ke pintu utama. Seketika, bibirnya tertelan liur kesat.
Kak Zahira!
Lekas kakinya dibawa menapak mendapatkan majikannya itu sebelum mengukir senyum. Ada baiknya dia meminta Kak Zahira yang melayan permintaan Leith saat ini.
“Selamat petang Kak Zahira. Bukan hari ni akak kata nak settle urusan luar ke?”
Bibirnya masih ditarik senyuman. Di masa sama berharap benar dirinya agar wanita itu menggantikan dirinya melayani lelaki itu di sana.
“Dah settle. Tapi akak datang ni sekadar nak singgah sekejap. Tadi adik akak kata nak datang kedai. Nak hantar…”
“Sis!”
Belum sempat menghabiskan ayat, sosok Leith sudah bergerak mendekati mereka yang masih berada di depan pintu masuk.
“Eh, dik! Awalnya sampai. Kak Zahira ingatkan adik tak sampai lagi.”
Aza bingung. Sekejap perhatiannya singgah pada wajah Kak Zahira dan seketika kemudian beralih p**a pada wajah Leith.
Dia baru menyedari persamaan wajah kedua-duanya. Mata bulat dan hidung mancung Kak Zahira persis seperti Leith. Ah, kecilnya dunia! Patutkah dia berhenti sahaja ketika ini?
Checkmate!
Kali ini betul-betul checkmate.

19/11/2025

TEASER 6 BUKAN HAK MILIK

“Aku dah agak! Kau ni memang bodoh betullah, Aza! Kau tahu tak kenapa aku setuju bila kau bertunang dengan Khai? Budak tu kaya! Mak bapak budak tu kerja besar! Kau ni gila betullah!”
Aza sempat jauhkan telefon dari telinga. Kalau depan mata ni dia yakin tubuhnya sudah ditampar emak.
“Khai tak cakap kat mak sebab apa Orang nak putuskan tunang dengan dia?” Bengang juga hati Aza. Khai memang jahat betul. Depan orang, pijak semut pun tak mati.
“Nak cakap apanya? Dia bagitahu yang kau dah p**angkan cincin merisik dan cincin tunang. Kau sengaja nak malukan aku kan? Dah merata aku hebahkan pasal majlis kahwin kau tu tahu tak!”
Aza pejam mata. Apalah yang mak hadap sangat dengan menantu kaya seperti Khai. Dia lebih rela menjadi bujang sampai ke tua sekalipun jika hanya ada seorang sahaja lelaki seperti Khai di dunia ini.
“Tarikh kahwin pun belum tahu lagi mak. Takkanlah mak dah pergi heboh kat semua orang p**a?” Nak marah tapi dia tahu ia bakal berkesudahan dengan sesuatu yang lebih teruk lagi.
“Eh, s**a hati akulah. Dah memang aku nak Khai jadi menantu aku. Benda baik, kenalah hebahkan. Ni lagi satu, aku tak kira kau dengan Khai dah putus ke apa… aku tetap nak dia jadi menantu aku!”
“Mak!”
Tak terasa dia sudah pun meninggikan suara. Kenapalah dengan mak ni? Yang hendak berkahwin adalah dirinya. Nanti yang menghadap perangai buruk dan jahat Khai, dirinya juga. Bukan orang luar.
“Kau tak payah nak jerit-jerit di telinga aku! Aku tak kira Aza… menantu aku mesti yang kaya raya sahaja. Kalau setakat bawa balik Honda ke…proton ke… aku tak nak! Mana muka aku nak letak kalau kau kahwin dengan jantan tak ada duit?”
Allah…
Mengucap terus Aza. Patutlah kakak-kakaknya semua kahwin dengan orang ada-ada. Tapi ketiga-tiga kakaknya memang patut pun kahwin dengan orang berada sebab kesemuanya juga kerja hebat-hebat. Hanya dirinya sahaja yang tidak mendapat pekerjaan tetap setelah tamat belajar di universiti.
“Orang tak jadi kahwin dengan Khai, mak.” Panjang hembusan nafasnya selepas itu.
“Bodoh! Sial! Kau gila ke Aza? Kau tunggu kejap, aku nak call Khai. Malam ni juga aku nak kau pergi jumpa dia. Minta balik cincin tu!”
“Mak… Orang tak…”
“Kau nak jadi anak derhaka ke? Kau tak sayang aku? Kau memang nak tengok hidup aku jahanam kan? Kau nak tengok aku jadi meroyan? Itu yang kau nak?”
Aza kemam bibir. Kalaulah semudah seperti disebut emak, sudah tentu dia akan terus berada di sisi Khai tetapi situasi yang telah berlaku antara dia dan Khai sudah pun berubah.
Tidak mungkin dia mahu menerima semula Khai setelah apa yang dilakukan lelaki itu.

19/11/2025

TEASER 5 BUKAN HAK MILIK

Aza picit dahi. Saat ini kepalanya seolah-olah seperti sedang berpusing. Beberapa hari lepas, dia bergaduh dengan Khai dan bekas tunang Kak Alisa.
Masalah yang bertimpa membuatkan dia seakan-akan hilang arah. Halnya dengan Khai masih belum selesai dan kini timbul p**a masalah lain.
“Aza! Buka pagar ni!”
Dang, dang!
Tangan yang masih memicit kepala terus kaku. Alahai, apa lagi yang dikehendaki oleh Khai. Bukankah dia sudah meminta masa dan ruang untuk diri sendiri?
Sudah diberitahu pada lelaki itu yang dia mahu bersendirian tanpa gangguan. Sementelah, Rina juga masih lagi ditahan di hospital.
“Aza! Saya nak jumpa awak. Please!”
Ah, apa lagi yang mahu dikatakan lelaki itu? Padanya dia menyendiri kerana mahu bersiap untuk memutuskan pertunangan dengan lelaki itu.
“Kau balik!”
Sudahnya, demi tidak mahu mengundang pandangan serong jiran terpaksalah Aza keluar menemui lelaki itu.
“Saya minta maaf Aza. Saya nak kita bincang sekarang. Buka pagar ni.”
Aza tiba-tiba bengang. Khai sudah pun curang di belakangnya tetapi kenapa lelaki ini bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka?
“Kau tahu tak apa kau dah buat? Kau tidur dengan kawan akulah, bodoh!” Ik*t hati mahu saja dia tampar Khai tetapi bimbang jika ada yang memerhati di kiri dan kanan rumahnya.
“Saya minta maaf, Aza. Saya tahu salah sendiri.”
Lembut pengakuan Khai tetapi untuk apa kelembutan itu jika sekadar mahu menutupi salah yang telah dilakukan?
“Pergi mampuslah, Khai! Mujur kita tak kahwin lagi tahu tak?”
“Aza…” Khai cuba menangkap jemarinya di celah pagar namun laju juga dia mengundur. Tidak mahu kulitnya dicemari dengan sesuatu yang menjijikkan.
“Kau boleh tak bercakap tanpa pegang tangan aku? Bodoh betullah!” Sakit hati Aza masih menggunung. Inilah masalah Khai, asal ada peluang s**a sangat menyentuhnya.
“Saya minta satu lagi peluang. Kali ini janji akan ubah sikap.”
Huh!
Dengusan kasarnya terluah.
“Peluang? Kau ingat aku ni bodoh ke, Khai? Tu… anak dalam perut Rina siapa nak tanggungjawab? Bodoh betul!”
Peluang apa lagi yang dimahukan Khai? Dia pun tidaklah sebodoh itu mahu menerima.
“Saya minta maaf. Betul-betul minta maaf pada awak Aza.”
“Mula kau buat benda terk*tuk tu aku dah tak ada hati dengan kau Khai! Lagipun aku nak kita putus tunang!”
“Aza!”
Khai lekas menghalang tangannya ketika cincin di jarinya sudah diberi pada lelaki itu.
“Kau nak apa lagi? Bukti ada di tangan aku sekarang ni. Ke kau nak aku tunjuk semua video dan gambar tu pada keluarga kau?”
Mustahillah Khai berani menunjuk sikap sebenar di hadapan keluarga sendiri. Selama ini pun hanya dirinya sahaja yang dilabel jahat dan tidak sedar diri kerana kononnya mahu menempel kekayaan dan tuah pada lelaki sehebat Khai.
Mula dulu memang dia tidak pernah ambil pusing tetapi setelah mengetahui sikap sebenar Khai, dia dulu-dulu bersyukur. Syukur kerana tidak termasuk ke dalam perangkap lelaki itu.
“Tolong Aza…kali ni saja. Saya minta tolong awak. Jangan putuskan pertunangan kita. Saya janji akan ik*t apa saya permintaan awak!”
Aza mendengus perlahan. Nak kata dia sedih sekarang ini pun tidak juga. Sakit hatinya lebih menguasai diri. Dahlah tidak segan mahu meminta pertolongan darinya. Jangan harap!
“Aku dah cakap tak nak kan? Kau pekak ke?” Geram p**a Aza. Tanpa kata, dia bergegas masuk semula ke dalam rumah. Tak kuasa mahu melayan karenah Khai!

19/11/2025

TEASER 4 BUKAN HAK MILIK

Bang!
Mata Aza membulat. Hati yang sarat dengan amarah meluap seolah-olah mahu dihambur ketika itu juga.
“Encik buta ke?”
Wajah tegang Aza jelas terpancar melalui riak yang ditunjuk saat ini. Lebih menyakitkan hati kala sosok lelaki tinggi lampai di hadapannya itu bertindak seolah-olah tanpa rasa bersalah.
“Oh, maaf! Aku tak sengaja!”
“Tak sengaja bapa kau! Kau dah nampak kereta aku kat tepi kereta kau kan?” Hilang semua budi bahasanya. Saat ini dia hanya mahu meluah rasa marah yang menggunung dalam dadanya.
“Cik janganlah main nama bapa p**a kat sini. Kalau cik ada masalah lain sekalipun janganlah babitkan orang lain yang tak bersalah.”
Kecil besar mata Aza. Tak bersalah? Pintu keretanya sudah berbekas pun, lelaki ini masih tidak mahu mengaku.
“Tak bersalah? Setan ke yang buat kereta aku berbekas macam ni? Ke kau memang sengaja? Aku tak kira, aku nak kau ganti sekarang juga!”
Isu tentang ganti sebenarnya bukanlah jadi keutamaan kala ini tetapi, Aza sedar yang amarahnya tidak mahu surut. Jadi dia perlu melepaskan rasa sakit di hatinya.
“Bagi nombor akaun cik. Saya transfer sekarang.”
“Tak payah bayar! Aku tak kebulur duit orang macam kau!”
Aza masih belum berpuas hati. Kalaulah boleh dia melayangkan penumbuk di wajah itu, mungkin hatinya terasa lebih puas.
“Saya tak tahu p**a cik ni jenis orang yang baik hati.”
Matanya terus dijeling. Dah kenapa tiba-tiba bercakap sopan dengannya p**a sekarang ni?
“Kau tak payahlah cakap baik-baik dengan aku sekarang ni. Setakat duit berapa sen kau tu aku tak terliur!”
Masih dalam mode panas hati, Aza lancar sahaja melontar serangan. Sudahlah di dalam hospital tadi dia baru saja mengetahui penipuan yang dilakukan tunangnya, di sini dia terpaksa p**a menghadapi perangai ‘beruk’ lain di tempat parkir kereta.
“Kalau cik marah sekalipun, janganlah berkasar sangat. Cik patut sedar diri cik tu perempuan.”
Menyinga terus wajah Aza. Tangannya diramas. Terasa seolah-olah mahu memberi hadiah penumbuk pada lelaki di depannya ini.
“Aku perempuan sekalipun kau ada hak ke nak rosakkan kereta aku ni? Kau dah nampak kereta aku tepi kereta kau. Lagi nak berlagak.”
“Cik… rasanya tadi saya dah niat nak bayar ganti rugi untuk cik kan? Kenapa cik nak kena ulang benda yang sama ya? Apa yang cik marah sangat kat saya ni? Okey, kalau cik masih tak puas hati bawa balik kereta saya ni. Kereta cik ni saya bawa repair kat bengkel.”
“Gila! Kau ingat aku tak tahu tu taktik kau nak jahanamkan kereta aku? Tengok muka pun kau pun tahu lah!”
“Cik… makan boleh sebarang makan tapi cakap tak boleh sebarang. Ke cik sebenarnya dah lupa siapa saya? Cik lupa apa yang cik dah buat dulu pada saya?”
Aza terdiam. Termangu-mangu kala bicara lelaki itu seolah-olah seperti mengenali dirinya.
“Kau cakap macam ni, kau kenal aku ke? Kita pernah jumpa ke?”
Riak Aza masih tegang. Walaupun dari cara lelaki ini bercakap seakan-akan mereka pernah bertemu dulu tetapi, sikit pun tiada dalam ingatannya tentang sosok ini.
“Saya Leith. Bekas tunang Alisa! Pengantin lelaki tak jadi pada kakak sepupu awak sendiri! Orang yang awak pernah fitnah dulu!”
Gulp!
Aza telan liur. Kesat. Kenapa kecil sangat dunia ini?

19/11/2025

TEASER 3 BUKAN HAK MILIK

“Kau kenal ke?”
Leith menggeleng ketika ditanya Haider. Seketika pandangan mata Leith dialih ke tempat lain. Jujurnya, dia kenal sosok yang sedang bertengkar itu.
“Kau tengok tak berkelip dari tadi.”
Leith diam namun sesekali matanya masih lagi memandang ke arah dua sosok di hujung koridor sana.
“Pelanduk dua serupa kot. Perempuan tu macam aku kenal tapi dah lama tak jumpa.”
Akhirnya Leith mengaku.
Mendengar pengakuan itu, Haider tersenyum lebar.
“Apa kau ni? Senyuman kau tu semacam betul.” Leith yang perasan perubahan riak sepupunya itu bertanya pelik.
“Auntie Nana tak payah risau dah kalau minat kau dah berubah pada perempuan. Confirm lepas ni dia takkan tanya apa-apa lagi dah tentang kau.” Haider berkata selamba seraya menepuk bahu Leith.
“Gila! Kau ingat aku ni s**a lelaki?” Sakit p**a hati Leith. Tidak mempunyai kekasih walaupun sudah berumur tiga puluh tahun bukan bermakna dia menjadi penyokong kaum pelangi yang dilaknat Tuhan itu.
Jujurnya, hanya mama sahaja yang tahu dia pernah hampir berkahwin enam tahun dahulu dan tiada sesiapa di kalangan saudara maranya yang tahu tentang itu.
“Well, Auntie Nana yang fikir macam tu. Bukan aku!”
Leith mendengus. Dia tahu bahawa Puan Nana yang juga mamanya sengaja mencetuskan kebimbangan seperti itu kerana tidak mahu saudara mara lain beranggapan bukan-bukan tentang dirinya.
“Kalau tak tahu jangan cakap main hembus. Karang kau hilang gigi.” Penumbuknya ditunjuk depan Haider. Sayangnya, Haider menyambut ugutan manjanya itu dengan gelak mengejek.
“Tapi aku masih musykil dengan kau. Siapa yang kau tunggu sampai sekarang ni? Nak kata Auntie Nana tak kenalkan calon isteri yang lawa-lawa tapi semua kau tolak. Ke dulu kau pernah patah hati?”
Tiba-tiba sahaja Haider bertukar pada mode serius. Bahu Leith dipaut sambil menunggu jawapan.
Lekas Leith mengalihkan tangan sepupunya itu. Rimas! Lagi p**a dia tidak s**a disentuh orang walaupun sepupunya sendiri.
“Soalan kau tu mengundang. Jadi aku takkan jawab.” Jawapan selamat yang tak patut pun dia jawab. Dia juga tahu bahawa Haider merupakan mata-mata mama. Silap hari bulan, rahsianya bocor di tangan Puan Nana.
“Jawablah. Bolehlah aku beritahu Auntie… tak adalah asyik aku kena tanya macam-macam dengan Auntie.”
Leith mendengus kasar. Dia agak dah. Memang Haider adalah informer mama.

19/11/2025

TEASER 2 BUKAN HAK MILIK

“Khai? Buat apa kat sini?”
Bulat mata Aza melihat sosok tunangnya yang sedang berdiri di tepi katil Rina.
“Aza…” Bagai kelu lidah kala memandangnya, tubuh Khai mengeras. Statik tanpa bergerak.
“Kau dah sampai Aza?” Rina selamba bertanya kepadanya sementara dia masih lagi memandang Khai yang terus terdiam.
“Macam mana Khai boleh datang melawat kau kat sini?” Seingatnya Khai dan Rina tidak kenal satu sama lain. Bertemu pun tidak pernah.
“Oh, aku lupa nak bagitahu kau. Aku kenal Khai masa aku pernah kerja sekejap di kedai Printing bakal suami kau ni tahun lepas.”
Aza ketap gigi. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang disorok keduanya.
“Khai… keluar kejap. Saya nak tanya sesuatu pada awak.”
Melihat sikap bisu Khai membuatkan lebih banyak andaian buruk yang bermain dalam kepalanya saat ini.
“Aza… aku tahu kau tak percaya tapi…”
“Aku tak cakap dengan kau Rina. Aku minta Khai ik*t aku keluar. Susah sangat ke?”
Suaranya tegas namun tetap diperlahankan. Sudahnya, hanya pada saat dia merenung tajam ke arah Khai, lelaki itu terus keluar tanpa berkata apa-apa.
“Awak kenal Rina tapi tak pernah sekalipun awak cakap pada saya?” Tiba di luar, Aza terus hambur pertanyaan. Memang patut dia sangsi kerana sudah berkali-kali dia menunjukkan gambar kawan serumahnya pada Khai sebelum ini. Malah, gambar yang diletak dalam Facebook juga dilihat Khai tetapi tiada langsung komen lelaki itu tentang Rina.
“Saya tak tahu p**a yang awak dengan Khai kenal.” Aza berusaha menenangkan diri sendiri. Patutlah awal pagi tadi Khai ada menghantar mesej bertanya apa aktivitinya pada hari ini.
“Saya dengan Rina memang dah kenal. Start tahun lepas lagi. Saya minta maaf sebab tak beritahu awak pasal tu.”
Khai bersuara lembut. Memang sikap tunangnya seperti ini. Lembut dan penuh perhatian.
“Okey, saya faham bab tu tapi macam mana awak boleh datang melawat dia p**a? Dan awak tak beritahu saya pun yang awak nak datang jenguk dia.” Aza masih bersabar. Seboleh mungkin dia mahu menyimpan amarah.
“Saya tak nak awak salah faham Aza. Saya datang ni pun awak dah syak bukan-bukan pada saya. Lagilah kalau saya beritahu awak yang saya nak datang melawat Rina kat sini.”
Aza ketap gigi. Memanglah dia marah tapi sekurang-kurangnya dia tahu lebih awal. Kenapa perlu menipu seperti ini? Kenapa perlu bertemu secara sembunyi di belakangnya? Atau memang ada sesuatu yang cuba disorok keduanya?
“Saya tak kisahlah kalau awak nak jumpa dia ke apa tapi perlu ke awak datang jumpa dia tanpa pengetahuan saya? Awak datang jumpa dia di belakang saya tau?”
Bengang betul Aza. Saat ini, dia terasa begitu bodoh.
“Kami kawan, Aza…”
“Saya tak percaya. Bak sini telefon awak. Saya nak tengok.”
Sekelip mata telefon di tangan Khai sudah berpindah di tangannya.
“Aza!”
Aza berundur dan segera menyorokkan telefon lelaki itu di dalam beg.

19/11/2025

TEASER 1 BUKAN HAK MILIK

“Kau tak cakap pun yang kau mengandung.” Bukan mahu menempelek tetapi sekurang-kurangnya Aza tahu keadaan sebenar rakan serumahnya itu. Lebih lagi wanita itu sebatang kara di dunia ini.
“Kalau aku cakap pun, ada guna ke? Ke kau nak jaga budak dalam perut aku ni nanti?”
Aza menjeling. Sungguh dia tidak s**a apabila Rina mahu berkasar dengannya. Mereka sudah menjadi rakan serumah selama lima tahun dan sikap Rina masih lagi sama.
“Kurang-kurang kau cakaplah kat aku. Taklah aku terkejut bila keadaan dah jadi macam ni. Kau pun satu, janganlah ik*t sangat perasaan baran kau tu. Aku tanya baik-baik kan tadi? Yang kau jawab kasar kenapa?” Bengkak juga hati Aza. Asyik orang tu sahaja yang minta difahami. Dirinya p**a macam mana? Takkan mahu makan hati berulan jantung p**a?
“Ah, cakap kat kau buat apa? Selama ni pun aku tak pernah jaga tepi kain kau kan?”
Aduhai, Rina pun. Lekas Aza tarik nafas kasar. Geram betul dia dengan Rina. Mujurlah wanita itu sedang berbadan dua. Mungkinlah k*t emosi ibu mengandung ni lain sikit. Dia cuba bersikap positif.
“Lima tahu dah k*t kita tingal serumah. Jahat aku pun taklah kejam sangat sampai sanggup biarkan kau mati katak seorang diri.” Dia tahu latar belakang Rina. Wanita ini dibesarkan oleh seorang nenek yang sudah meninggal sejak empat tahun lalu. Dugaan hidup Rina terlalu teruk dan dia tahu pun setelah menemani Rina p**ang ke kampung sewaktu keberadaan arwah nenek Rina masih hidup lagi.
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau memang nak tengok aku mati katak ke? Aku tahulah aku banyak dosa tapi tak payah k*t cakap benda bodoh macam tu.”
Aza simpul senyum tanpa menjawab. Dia dengan Rina memang ada hate-love relationship. Nak kata saling membenci tu, tidak tetapi orang luar mungkin menganggap hubungan mereka berdua tidak sefahaman.
Cuma, itulah… walaupun kerap berbeza pendapat dan bertikam lidah namun, hubungan mereka juga tidak sampai ke tahap saling membenci.
Jujurnya, dia juga selesa berbicara dengan Rina dengan santai seperti kebiasaannya. Salah satu kenapa dia selesa ketika tinggal bersama dengan Rina apabila wanita itu sendiri tidak pernah berkira. Bahkan, rajin tulang dan mungkin faktor paling besar yang membuatkan dia selesa tinggal serumah dengan Rina kerana kisah hidup wanita itu.
“Aku tak nak tahu pasal perut kau tu. Aku datang sebab aku tahu yang kau dah tak ada siapa.”
Lambat-lambat ayat itu dia ucap. Sebenarnya dia bersimpati pada Rina.
“Aku tak perlukan simpati kaulah. Lagipun, aku tak mati lagi.”
Aza terdiam. Cabul betul mulut Rina tetapi hendak diapakan. Memang itulah diri teman serumahnya ini sejak dulu.
“Aku tak nak ada penyesalan sebab tak melawat sebelum kau mati.” Dalam lembut, Aza kenakan semula Rina.
Dia nampak riak wanita itu yang seakan-akan terkejut tetapi, matanya lekas dialih ke tempat lain. Pura-pura tidak melihat perubahan riak Rina saat itu.
“Aza…”
Tiba-tiba sahaja Rina menyebut namanya. Tanpa berpaling, tangannya secara spontan mencapai sebiji limau madu yang diminta Rina atas almari tepi katil, lalu dikupas.
“Apa?”
“Kau benci aku tak?”
“Hah?”

SINOPSIS BUKAN HAK MILIKAza hanya mahu hidup tenang tanpa bayangan sesiapa. Namun ketenangan itu tidak pernah menjadi mi...
12/11/2025

SINOPSIS BUKAN HAK MILIK

Aza hanya mahu hidup tenang tanpa bayangan sesiapa. Namun ketenangan itu tidak pernah menjadi miliknya. Lebih lagi setelah dia dikhianati oleh Rina. Seseorang yang sudah dianggap sebagai saudara.

Dalam diam, erti persahabatan Rina pada Aza bertukar menjadi obsesi. Atas dasar simpati dan sayang sebagai seorang sahabat, Aza dikawal oleh Rina.

“Aku sayang kau sebagai kawan aku, Aza. Kau satu-satunya yang sanggup berkawan dengan aku dan terima segala baik buruk aku selama ni.” -Rina

Enam tahun lalu juga, sesuatu telah berlaku menyebabkan pertemuan antara Leith dan Aza. Ada ‘hutang’ yang mahu dituntut oleh lelaki itu. Namun di sebalik kebencian yang dilontar Leith, tersembunyi rasa cinta yang tak pernah lelaki itu sedari.

“Kita akan bertemu semula dan masa tu aku akan ajar kau apa itu maruah!” -Leith

Lantas, tiga jiwa… tiga perasaan ini saling bertembung. Antara dendam, penyesalan, cinta dan obsesi yang akhirnya membawa pada hilangnya pertimbangan dan kewarasan akal.

Lalu bagaimana segalanya bakal berakhir? Siapa yang harus mengalah? Atau ada yang rela berkorban diri?

Dalam dunia ni… boleh jadi cinta bukanlah penyembuh tetapi mungkin racun yang perlahan-lahan membunuh jiwa!

04/11/2025

🌹TERLUKA KERANA MENCINTAIMU UKAYNA ZAIN TEASER 4🌹

“Nah, tengoklah dulu. Aku tak paksa kau untuk s**a Lisa tapi aku percaya once kau dah kenal dia, kau akan jatuh sayang pada Lisa.”
Akhirnya, mahu dengan tidak sahaja Mi menyambut telefon yang masih disua sejak tadi. Saat matanya tertancap ke arah skrin, sekali lagi hatinya bagai tersimbah asid yang seolah-olah telah pun membakar seluruh jasadnya.
Menutup mata pun dia tahu memang benar dirinya juga akan jatuh sayang pada empunya sosok badan di dalam gambar yang ditunjuk Hatta itu. Malah, mungkin lebih teruk lagi dia dengan mudah jatuh cinta pada kecantikan dan keayuan wanita itu.
Seketika, bibirnya dikemam bersama senyum tipis yang sudah bertukar canggung. Sungguh, hatinya sedang luka parah saat ini. Terlalu terluka sehingga mencambah sesak di dada yang tiba-tiba muncul.
“Aku tahu yang kau pun akan s**akan dia, Mi. Sama macam aku s**akan dia.”
Mi tersenyum. Kekok.
Tanpa sedar tangannya sudah menggeletar. Menyedari perubahan dirinya, lekas diletak telefon Hatta di tangan lelaki itu.
Tidak dinafikan bahawa Lisa telah pun menang walaupun tanpa bertanding. Dia sedar diri. Dirinya serba-serbi kurang dari segenap aspek. Lihat saja pada kulitnya, hitam manis dan tidak seputih kekasih suaminya itu. Tubuhnya juga tidak tinggi dan hidungnya tidaklah semancung Lisa.
Ah, persepsi kali pertama saja sudah membuatkan dia kalah teruk. Patutlah Hatta begitu setia menunggu Lisa walaupun setelah empat tahun berlalu.
Dalam diam, jiwanya memberontak hebat. Amukan perasaan cemburu bergumpal dalam hati namun, diperosok jauh agar tidak disedari lelaki itu.
Mungkin takdirnya hanya mampu menjadi pencinta dalam diam kepada seorang suami. Bukan mengalah, tetapi sungguh… dia sudah pun kalah teruk sejak mula lagi.
“Well, Lisa cantik, kan? Kami plan nak kahwin lama dulu tapi perancangan Tuhan mungkin lebih baik. Lisa hilang entah ke mana. Penat aku cari, tapi tak jumpa dia. Tapi kau jangan salah faham p**a, Mi. Aku reda dengan perkahwinan kita ni. Lagipun, memang aku yang approach kau awal dulu. Aku tak akan sia-siakan kau. Percaya cakap aku, Mi.”
Redup pandangan mata Hatta tatkala mata itu menyapa matanya. Bibir ditarik, berat. Terasa payah benar mahu merasa gembira dengan lontaran bicara lelaki itu saat ini. Berdosakah dirinya kerana tidak berasa bahagia kala suami sendiri merasa bahagia?
Amat s**ar mengukir senyum kala hati sendiri sudah teruk terluka menahan perit. Namun pilihan apa yang dia ada? Hatta hadir ketika dirinya benar-benar memerlukan tempat pergantungan. Memerlukan tempat berteduh kerana waktu itu dia sudah tidak punya sesiapa melainkan keajaiban Tuhan yang akhirnya melorongkan dia dan Hatta ke alam perkahwinan.
Hatta tersenyum kepadanya. Telefon yang cerah bertukar gelap kala lelaki itu sudah menutup telefon. Namun, sebaik saja skirn berubah gelap nada dering lagu kegemaran Hatta bergema kuat.
Lisa!
Sempat dilihat sebaris nama itu sebelum disambut Hatta dan tubuh lelaki itu sudah pun berdiri menuju balkoni bilik.
“Sayang…” Kala pintu balkoni belum ditutup rapat oleh Hatta, panggilan yang terkeluar dari mulut suaminya itu sekali lagi mencalar emosi Mi. Sedang, selama perkahwinan mereka Hatta tidak pernah sekalipun memanggilnya dengan panggilan selayaknya antara suami dan isteri.
Bersama hembusan nafas kasar, tubuh diangkat menuju bilik air dan di situ, air matanya merembes laju. Air mata yang mengungkap segala rasa hatinya.
Pedih.
Perit.
Itu yang dirasakan saat ini.
Dan itu cerita lewat malam tadi sebelum pagi ini, jiwa Mi sendiri bagai meronta menjadi pemerhati dari jauh. Lalu dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengik*ti Facebook milik Lisa.
Tidak tahu kenapa hatinya begitu mendesak mahu mengik*ti perkembangan Lisa. Nak juga tahu apa istimewanya seorang Lisa yang begitu digilai Hatta sehingga sanggup menunggu bertahun lamanya.
Nah, Lisa letak statusnya pada umum. Tarikh hari ini? Eh! Gambar tepi Hatta, Lisa dah post dalam Facebook. ‘My sunshine, my sayang. Morning breakfast!’
Caption huruf besar yang membuatkan hatinya mendingin tiba-tiba. Sampai hati Hatta. Entahlah, walaupun Hatta sudah memaklumkan kepadanya mengenai kekasih hati Hatta itu, tetap juga Mi berasa ditipu.

04/11/2025

🌹TERLUKA KERANA MENCINTAIMU UKAYNA ZAIN TEASER 3🌹

Semalam, sebelum masuk tidur Hatta bertanya sama ada dia hendak bertemu dengan Lisa atau sebaliknya dan Mi hanya diam tanpa berkata apa-apa.
Gila! Bayangkan saja, belum berhadapan dengan Lisa tetapi hatinya sudah terlalu sakit bagaimana p**a andaikata mereka bertemu?
“Aku tak nak kau rasa tersisih Mi. Aku nak kau orang pertama yang tahu tentang Lisa. Sebab tu, aku beritahu kau tentang dia.”
Mendengar bicara Hatta semalam, Mi hanya mampu mengemam bibir. Semakin dalam p**a luka yang tersiat di hatinya. Saat itu, dia terfikir mahu menjerit memarahi suaminya agar melihat dirinya. Cukup-cukuplah menunggu Lisa. Ah, sayangnya dia tahu dirinya tidak pernah ada keberanian untuk itu. Dia terlalu pengecut mahu meluah isi hati sendiri.
“Kau tahu kan Mi… kau orangnya yang tak pernah judge aku selama ni. Even masa aku cakap nak tunggu Lisa dulu pun kau tak pernah marah. Sebab tu, aku dah anggap kau seperti bestfriend aku. Kawan yang paling baik pernah aku ada.”
Dia telan liur kelat. Bodohkah Hatta? Atau cinta matikah Hatta pada Lisa sedangkan terang-terangan dia menunjuk petanda bahawa dirinya sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu sedari awal mereka bergelar suami isteri.
Ik*t rasa memang sudah dicarut lelaki itu tetapi, kelak adakah hatinya akan puas? Tidak. Tidak sama sekali. Hatta itu belahan jiwanya sejak mereka diijab kabul. Mana mungkin Mi sanggup melukakan hati Hatta.
“Aku… aku tak apa k*t Hatta. Tak jumpa dia pun aku tak kisah.” Entahlah, walaupun hati sedang menahan desakan hendak bertemu dengan Lisa tetapi, dia tetap tidak percaya pada hati sendiri. Risau berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Sedang jiwanya saat ini telah pun bersimpul rasa perit.
Cuba beritahu dirinya? Adakah mana-mana wanita yang sanggup bertemu dengan kekasih hati suami sendiri? Lebih merumitkan keadaan, wanita itu cinta pertama suaminya p**a. Arghh! Mahu benar Mi menjerit kuat!
“Kalau macam tu, aku boleh share Facebook dia. In case kalau kau nak kenal-kenal dia ke?”
Mi terkedu. Ungkapan Hatta benar-benar mencarik hatinya. Lalu menjadi kepingan yang akhirnya terlalu s**ar untuk dicantum semula.
“Hatta, aku…”
“Nah. Kau tengoklah Facebook aku ni. Ini Lisa.” Hatta bersuara tanpa mempedulikan bicaranya sambil menyua telefon bimbit jenama Honor keluaran terbaru milik lelaki itu kepadanya.
“Tak apa, Hatta. Aku…”
“Mi… aku tak nak kau fikir bukan-bukan. Percaya cakap aku. Lisa baik. Baik sangat. Aku belum pernah jumpa mana-mana perempuan sebaik dan sesopan dia.”
Gulp!
Liurnya berubah kelat kala ditelan. Ah, dia betul-betul tidak menyangka bahawa sebesar itu rasa cinta Hatta pada Lisa. Malah, tergamak benar ‘merendahkan’ dirinya sebagai isteri di sisi lelaki itu. Tergamak juga memuji wanita lain di depannya.

Address

Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cafe Novel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cafe Novel:

Share