29/05/2026
[Siapakah Bani Israel Di Tanah Melayu Dan Nusantara dan Bagaimana Allah Mengumpulkan Bani Israel Di Akhir Zaman]
Ada satu persoalan yang saya kena jawab. Saya tidak boleh berikan jawapan berdasarkan pendapat saya sendiri 100%. Saya kena jawab dalam kerangka yang Allah jawab dalam Al-Quran. Jadi saya campur terus. Nak faham kena baca semua penulisan saya sebelum-sebelum ini.
Ini soalannya. Soalan ini telah ditanya kepada saya secara peribadi dan saya ringkaskan supaya lebih mudah difahami. Ada beberapa pertanyaan serentak dalam soalan itu.
Soalan:
Siapa sebenarnya Bani Israel yang ada di Tanah Melayu dan Nusantara ini? Jika mereka adalah kaum yang akan dihukum, bagaimana mereka akan dikumpulkan?
Jawapan:
Dalam soalan ini ada beberapa poin yang saya keluarkan.
1. Siapa sebenarnya Bani Israel?
2. Siapa Bani Israel di Nusantara?
3. Adakah mereka akan dihukum?
4. Bagaimana mereka dikumpulkan sebelum dihukum?
Memandangkan persoalan ini datang daripada pembaca yang memang sudah membaca penulisan-penulisan saya, lalu timbul beberapa persoalan, maka saya akan jawab terus secara bercampur antara pendapat dengan dalil. Jika ada yang tidak jelas dengan jawapan saya, nanti tanya di ruangan komen.
Pertanyaan pertama ialah: siapa sebenarnya Bani Israel?
Soalan ini memang topik pop**ar. Jika kita cari sahaja, kita akan dapat banyak jawapan sejarah, sama ada sejarah yang benar atau sejarah rekaan. Jadi, apabila soalan ini ditanya, saya rasa dia mahukan satu jawapan yang boleh mencantumkan semua pengetahuan yang dia sudah ada. Maka saya akan jawab secara logik sahaja.
Bani Israel ini ialah sebuah kaum yang wujud di bumi seperti kaum lain. Kita biasa dengan Bani Adam, kaum Hud, kaum Soleh, kaum Syuaib dan lain-lain lagi dalam Al-Quran. Maka, Bani Israel juga begitu. Ia satu kump**an besar daripada keturunan Nabi Yaakub, yang mana ayahnya ialah Nabi Ishak dan salah seorang anaknya ialah Nabi Yusuf.
Era Nabi Yaakub ini sudah lama, iaitu sebelum zaman Firaun yang mengejar Nabi Musa. Jadi, ia kisah yang sudah bermula ribuan tahun sebelum Masihi lagi.
Bayangkanlah bagaimana generasi manusia akan berubah dalam tempoh tiga atau empat ribu tahun. Tambahan p**a, mereka 12 keturunan, bukan satu keturunan sahaja. Contohnya, kita ada moyang Cina, tiba-tiba ada anak yang gelap dan ada anak yang putih. Inikan p**a daripada suku berbeza dan tinggal di geografi berbeza. Dalam tiga hingga empat ribu tahun ini, budaya, agama, bahasa, warna kulit dan adat resam akan berubah dengan ketara.
Jadi, jika mahu mencari Bani Israel, kita kena cari apa yang Allah sebut dalam Al-Quran. Allah sudah kata dalam Surah al-Isra’ ayat 104.
Allah Subhanahu Wa Ta‘ala berfirman:
وَقُلۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِۦ لِبَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ ٱسۡكُنُواْ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ جِئۡنَا بِكُمۡ لَفِيفًا
wa qulnaa mim ba‘dihii libaniii isrooo-iilaskunul-ardho fa izaa jaaa-a wa‘dul-aakhiroti ji-naa bikum lafiifaa
Terjemahan biasa Abdullah Muhammad Basmeih adalah seperti berikut:
“Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun dibinasakan: ‘Tinggallah kamu di negeri itu, kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu ke Padang Mahsyar dengan bercampur-aduk.’”
(QS. al-Isra’ 17:104)
Perhatikan teks Arab betul-betul dan lihat p**a terjemahan BAZ:
Lalu Kami berfirman kepada Bani Israel selepasnya: “Tinggallah kamu di tanah itu. Maka apabila datang janji yang terakhir, Kami akan membawa kamu semua dalam keadaan bercampur-baur.”
Surah al-Isra’ 17:104
Kemudian, anda juga jangan terpengaruh dengan Yahudi di Negara Haram Israel. Mereka belum tentu Bani Israel. Mereka hanya mengaku sebagai Bani Israel dan mahu menubuhkan negara Israel.
Siapa Bani Israel di Nusantara?
Di Nusantara ini sudah ada banyak bangsa sebelum Bani Israel datang. Ada keturunan Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Bani Mā’ as-Samā’ī dan lain-lain yang saya tidak pasti. Sama ada mereka berasal dari sini lalu berhijrah ke kluster tengah, atau berasal dari kluster tengah lalu berhijrah ke sini.
Bani Israel ini dibawa atas perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Namun, bukan semua Bani Israel sampai. Sebab itu nabi-nabi Bani Israel ramai. Antara sebab ramainya mereka adalah untuk menyambung misi Bani Israel ke tanah yang dijanjikan di mashriq. Ada yang sampai kerana nabi, ada juga yang belum sampai.
Namun, Allah tetap membawa sebahagian mereka sampai ke sini. Tengok balik ayat 104 Surah al-Isra’. Allah akan himpunkan mereka untuk dihukum di tanah ini.
Lalu, anda janganlah terkejut jika ada yang sampai kerana dibawa oleh British dari India. Ada yang dibawa British dari China. Mereka juga Bani Israel.
Ada yang sampai kerana perdagangan sejak era Melaka sampailah era Persekutuan Malaysia.
Ada juga yang sampai kerana menjadi pelarian, khususnya dari Rohingya. Ada yang merantau dari India, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan sebagainya. Mereka juga sebahagian daripada Bani Israel.
Jangan lupa yang datang dari Nusantara juga. Ada yang dari Indonesia seperti Pulau Jawa dan Sumatera. Mereka juga sebahagian daripada Bani Israel.
Jangan lupa yang terbaru, ada orang warganegara Israel yang turut berkumpul di selatan Thailand. Adakah itu kebetulan?
Tidak.
Allah sudah kata Bani Israel akan dikumpulkan walaupun dalam keadaan bercampur-baur.
Siapa yang aturkan mereka dikumpulkan?
Allah.
Allah sudah kata, apabila sampai janji akhir, Dia akan kumpulkan dan hukum.
Jadi, siapa Bani Israel?
Kita tidak tahu siapa secara pasti. Jika mahu mudah, kena tengok Tanah Muqaddasi Tuwa atau Lembah Bujang. Tengok tanah itu dan tengok sekelilingnya. Semua itu prospek.
Persoalan ketiga: adakah mereka akan dihukum?
Jawapan saya ialah ya, kerana itu janji Allah.
Hukumannya apa?
Serangan kedua dan terakhir sebagai hukuman yang memusnahkan, memalukan dan memuramkan wajah.
Ada yang selamat atau tidak?
Kena tengok sejarah bangsa terdahulu yang dimusnahkan. Ada yang selamat dan ada juga yang musnah total.
Namun, Bani Israel ini saya rasa ada yang selamat. Sebabnya “Bani”, bukan “kaum” dan bukan “ashab”. Yang penting ialah rahmat Allah. Nak lawan takdir memang tidak boleh. Yang boleh ialah mengharapkan keampunan Allah dan diberikan peluang hidup pada era seterusnya.
Persoalan keempat: bagaimana mereka dikumpulkan?
Saya sudah jawab di atas. Jika Allah mahu kumpulkan, apa jua caranya, Dia akan kumpulkan.
Jadi, tidak perlu terkejut dan tidak perlu hairan kenapa semenjak serangan pertama sampai sekarang, tanah ini ada pelbagai jenis orang, warna, bahasa, budaya, adat resam dan kepercayaan. Semuanya Allah kumpulkan, beri peluang untuk bangkit dan kemudian hukum.
Penutup
Saya tidak tahu hendak tutup bagaimana. Beginilah saya cakap.
Jangan fokus bahawa Bani Israel itu Melayu semata-mata. Fokuskan kepada semua bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kepercayaan.
Tengok India, Cina dan Jawa. Ramai yang menyembah berhala, bukan? Perintah nombor satu dalam 10 Commandments apa? Jangan syirikkan Allah.
Tengok sistem perbankan, kewangan, digitalisasi dan yang seangkatan dengannya. Katakan tiada langsung riba dan ketidakadilan di dalamnya. Katakan semuanya suci bersih. Ia juga dalam 10 Commandments, bukan?
Ramai orang nampak beriman dan beragama, tetapi menjadikan selain Allah sebagai ilah. Mereka menjadikan duit, pangkat, parti, sistem, pemimpin, adat, bomoh, keramat, kuasa, pop**ariti dan keselamatan dunia sebagai tempat bergantung, seolah-olah semua itu lebih menentukan daripada Allah.
Kadar kemiskinan mutlak Malaysia pada tahun 2024 masih 5.1 peratus, bukan? Kenapa masih wujud orang miskin? Sistem zakat betulkah mesti diurus mengikut negeri? Rujuk balik perintah masjid.
Malaysia menghasilkan sekitar 17,000 tan sisa makanan sehari dan kira-kira 24 peratus daripadanya masih boleh dimakan. Ini bersamaan lebih kurang 4,080 tan makanan baik yang dibuang setiap hari. Apabila masuk bulan Ramadan, pembaziran menjadi lebih teruk. Ini juga melanggar perintah.
Perintah itu jelas: jangan mendekati zina. Maksudnya, bukan zina sahaja yang dilarang, bahkan jalan yang membawa kepadanya juga dilarang. Apa yang berlaku sekarang? LGBT berleluasa. Bahkan ada orang yang menyokong dan menjadi pembela.
Sama juga dengan larangan membunuh anak. Gugur kandungan berlaku dalam jumlah yang banyak. Orang sudah lupa kerana sudah biasa.
Perintah ini pun sama. Allah larang ikut sesuatu tanpa ilmu, tetapi ia dilanggar secara besar-besaran di media sosial. Dalam Al-Quran, Allah terang-terang kata tanah Bani Israel berada di mashriq, tetapi ramai benar yang ikut Yahudi dan tetap mahu menyokong tanah mereka di Jerusalem.
Dalam Al-Quran, Allah kata Muqaddasi Tuwa itu di lembah, tetapi ramai juga percaya kata Yahudi bahawa ia berada di gunung. Mereka ikut beramai-ramai atas alasan ulama muktabar.
Paling teruk ialah angkuh.
Sudahlah tidak tahu. Tidak sedar p**a bahawa diri tidak tahu. Kemudian berlagak cerdik dan mengatakan orang yang membawa isi Al-Quran p**a bodoh.
Itulah uluww.
Meninggi diri.
S**a ikut orang, bukan ikut perintah dalam Al-Quran.
Saya rasa saya sudah jawab semua soalan yang ditanya. Jika ada yang belum terjawab, nanti PM lagi.
BAZ