BUNDA UMAR Bundle

BUNDA UMAR Bundle pakaian baju baby dan kids

08/07/2020
29/06/2020

terima kasih kamu org yg sudah beli dengan sis bunda πŸ™πŸ»πŸ‘πŸ».. semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat aamiin 🀲🏼🀲🏼..

26/06/2020

Ada banyak sebab kenapa pakaian bundle adalah opsyen terbaik kepada pakaian baru & ianya ada ciri-ciri istimewa yang tak diketahui oleh mereka yang tak layan bundle.

1. Pilihan untuk keluarga atau insan yang tidak berkemampuan, bukan semua kita layak & larat nak layan butik-butik, jadi pilihan ini adalah yang terbaik. Ia bukan sampah, ianya terpakai. Terpakai. Kena rajin memilih & sesuaikan ikut gaya. Kau dahlah s**a bergaya, duit p**a nak bayar astro, elektrik, air, kereta, rumah, sewa itu ini, macam-macamlah. Barang semua dah naik, hujan jer yang rasanya turun. Jadi, sebagai rakyat, kenalah berjimat.

2. Bundle menyediakan banyak pilihan, macam-macam bentuk, macam-macam rupa, walau saiz & warna boleh dikatakan bergantung 'nasib', faktor ini yang membuatkan pakaian kita tiada persamaan dengan orang lain kalau terserempak berjalan dimana-mana. Orang putih kata 'rare'. Kena rajin selak, selam & jenguk kedai-kedai bundle. Kalau malas, tu akan keluar ayat "Ala, baju bundle tak bestlah, tak banyak pilihan, buruk jer", kata sipolan dengan nada yakin πŸ˜€

3. Pakaiannya diimport dari Australia, Jepun & USA, jenama-jenama terkenal, rata-rata mencapai kualiti & piawai luar, jadi kualiti yang ditawarkan jauh lebih baik dibandingkan pakaian baru kini yang rata-ratanya juga menggunakan material berkualiti rendah tapi dijual harga tinggi. Pilihan di tangan masing-masing. Ada orang nak bergaya, nampak cantik tapi material tak boleh blah. Bundle sebaliknya. Kalau kena yang cepat koyak, apadahal, beli lagi sebab murah! πŸ˜€

4. Selain menawarkan harga termurah, bundle juga adalah lubuk kepada pengumpul seluar atau baju (sebagainya), kerana mereka mencari model/siri tertentu yang tiada lagi dikeluarkan oleh jenama tersebut. Kira cari barang vintaj, barang lama maksudnya ni. Untung sabut timbul, kadang pencarian mereka berbaloi kerana nilai pakaian tersebut boleh dijual semula kepada peminat lain sehingga belasan ribu. Ingat tipu ker? Siapa sangka beb. Memang ada murah tapi ada mahalnya bundle ni, kau kena terjebak baru kau tahu nanti πŸ˜€

5. Kalau kita s**a membaca & membuat kajian, negara dunia kelas pertama sudah lama mengamalkan prinsip kitarsemula. Apaguna handphone mahal tapi malas membaca. Bayangkan jika tiap pakaian tiada yang terpakai, semuanya baru, baru dan baru, bukankah proses pengeluaran & kuantiti pakaian di dunia ni akan jadi lambakan & kilang-kilang akan menghasilkan lebih banyak pencemaran dari bermula penebangan pokok sehinggalah proses penghantaran. Ia menjejaskan & membabitkan banyak aspek. Lambakan tahu? Jadi gunung nanti, tinggi bukan main. Kita kena jaga alam. Bila negara makin panas, kau salahkan El-Nino. Ada kaitan sikap kita sebenarnya.

6. Kalau semua orang memandang rendah penjual & pemakai pakaian bundle, siapa lagi nak jual & macam mana p**a yang memerlukan? Ada antara kita menyumbang pakaian pun taknak, kita berlagak p**a apa yang kita ada, jadinya bagaimana? Kita semua ada tanggungjawab, cuma kita nak mainkan peranan atau tidak saja. Selain ia adalah sumber perniagaan, adalah baik kita juga menjadi opsyen kepada orang lain. Selain tu dapat kenal orang-orang baru dalam dunia bundle. Kongsi cerita, tambah pengetahuan & erat silaturahim.

7. Ada banyak sebab lagi sehingga anda yang tak minat betul-betul cuba selami apa dalam lubuk hati si peminat bundle. Ianya istimewa.

πŸ˜€

Cc:JBR Bundle

Share2 gais..ilmu..
BUNDA UMAR Bundle

feedback from customer
25/06/2020

feedback from customer

top and bottom anak buah pakai untuk umur 7-9tahun    .. kalau nak tngok blh terus whatsapp sis atau blh walk in area ba...
25/06/2020

top and bottom anak buah pakai untuk umur 7-9tahun .. kalau nak tngok blh terus whatsapp sis atau blh walk in area batu 7 tngok dan pilih sendiri πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» range harga dari RM1-5 sahaja..

bale baru sampai gaisss panas-panas lagi !!!!!! jgn lupa join live sekejap lagi baju baby 0-24M
22/06/2020

bale baru sampai gaisss panas-panas lagi !!!!!! jgn lupa join live sekejap lagi baju baby 0-24M

17/06/2020

assalammualaikum warga sandakan. yg sudah like and share page saya ni terima kasi banyak2 in sya allah saya akan bagi free gift lagi untuk sapa2 yg join saya punya next live nnti dalam minggu ini.. jgn lupa share bnyk2 dan kasi like dulu πŸ˜‰πŸ˜‰..

Address

Sandakan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BUNDA UMAR Bundle posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share