08/12/2022
Kepada semua pelanggan telur itik dan telur masin kami.
Kami memohon jutaan maaf kerana tidak dapat menenuhi permintaan pasaran sekarang disebabkan kos makanan itik yang naik sehingga melebihi 50% serta kos penyelenggaraan yang tak mungkin turun.
Dukacita kami ingin memaklum bahawa kami terpaksa undur diri dari arena penternakan itik demi menyambung kelangsungan hidup kami.
Kami mulakan ternakan itik ini dengan modal sendiri, tiada bantuan dari mana2 agensi, pertubuhan mahupun perseorangan. Hanya setakat ini sahaja kemampuan kami. Semoga ada penternak lain yang boleh meneruskan perjuangan dalam bidang penternakkan itik ini secara komersial.
Terima kasih semua.