08/10/2013
Jadikan peti sejuk anda lebih kemas, teratur dan tidak berbau dengan menggunakan TUPPERWARE. Kenapa kita mesti memilih tuppeware untuk menyimpan barang makanan kita?
Kerana produk Tupperware diperbuat daripada bahan yang selamat daripada toksik dan karsinogenik. Untuk pengetahuan kawan-kawan karsinogenik adalah sangat merbahaya kerana ianya pencetus kanser. Jadi produk tupperware sangat menitik beratkan hal ini untuk menjaga pengguna yang menggunakan produk mereka.
Penggunaan Warna untuk setiap produknya juga selamat kerana setiap warna yang digunakan semuanya berdaftar dalam Senarai Positif Perancis, Surat Perkeliling No 176 (yang paling ketat di dunia). Ia juga mematuhi Majlis Jawatankuasa Eropah Menteri-menteri Resolusi AP (89).
Produk tupperware juga adalah ENVIRONMENT FRIENDLY! Tupperware memainkan peranan dalam menyelamatkan Bumi dari pencemaran dan kemusnahan kerana ia adalah satu produk yang direka untuk digunakan dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, beg plastik dan botol, Styrofoam bekas dan botol PET tidak dibuat untuk kegunaan berulang-ulang, dan dengan itu ianya menambah kepada sampah selepas tidak digunakan.
Tambahan p**a semua produk Tupperware yang direka adalah untuk memberi inspirasi kepada pengguna. Tidak seperti produk plastik biasa, banyak produk Tupperware telah memenangi anugerah diseluruh dunia seperti Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk, Anugerah Reddot, Anugerah IF Seal dan banyak lagi. Dengan pelbagai kelebihan daripada Tupperware, anda layak berbangga menjadi salah seorang pengguna Tuppware!