Tumuneq

Tumuneq Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tumuneq, 1st floor, lot 9024, jalan demak,, Kuching.

12/10/2024

Hai parents. Saya perlukan 10 orang untuk khidmat konsultansi secara percuma. Lihat komen.

09/10/2024
Sebagai ibu dan ayah yang baru pertama kali menimbang cahaya mata, pastinya banyak  perkara yang ingin disiapkan untuk m...
11/08/2024

Sebagai ibu dan ayah yang baru pertama kali menimbang cahaya mata, pastinya banyak perkara yang ingin disiapkan untuk menyambut kehadiran permata hati. Sehubungan dengan itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bayi baru lahir untuk menjadi panduan anda.
Barang Keperluan Bayi Baru Lahir
1. Baju bayi
Sebaiknya sediakan beberapa baju lengan panjang yang mempunyai butang bahagian hadapan untuk memudahkan anda memakaikannya. Hal ini kerana, bayi yang baru lahir masih ada tali pusat.
2. Pampers bayi
Sediakan pampers yang sesuai dengan saiz bayi baru lahir. Terdapat pelbagai jenama pampers newborn yang anda boleh pilih antaranya ialah Mamypoko, Drypers, Huggies, Petpet dan sebagainya.
Dalam Islam, uri bayi yang dilahirkan haruslah dibasuh dan ditanam. Tetapi adakah anda tahu cara basuh uri yang betul serta kaedah untuk menanamnya?
Cara basuh uri bayi: Bahan yang diperlukan
Tujuan utama membasuh uri ini adalah untuk menghilangkan baunya sebelum ditanam.
Ini kerana jika ia tidak dibasuh, darah yang berada bersama uri berkemungkinan besar akan menarik perhatian haiwan. Kesannya tempat uri ditanam mungkin akan dikorek haiwan.
Bahan utama
Uri
Garam kasar
Asam jawa
Kain putih
1. Sediakan bahan basuh uri
Pastikan semua bahan dan perkakasan yang diperlukan sudah tersedia. Ini bagi memudahkan proses membasuh plasenta ini dan mengelakkan si bapa kelam kabut.
Tanam uri bayi
Langkah seterusnya adalah proses menanam uri. Tiada pantang larang tanam uri atau waktu sesuai tanam uri yang ditetapkan. Namun, ditekankan untuk anda tahu mahu tanam uri di mana.
Disarankan untuk anda memilih tanah yang lembut bagi memudahkan proses mencangkul lubang.
Kedalaman lubang sekurang-kurangnya 0.5 meter, lebih dalam adalah lebih baik. Ini dapat mengelakkan binatang liar daripada dapat menghidu bau plasenta.
Masukkan bungkusan uri yang diikat kemas ke dalam lubang. Timbuskan dan ratakan permukaan tanah.
Bagi mengelakkan kemungkinan lubang dikorek binatang liar, tindihkan tempat plasenta ditanam dengan batu besar. Selesai.
barang kelengkapan PERSEDIAAN JADI AYAH boleh didapati di kedai BabyStore Borneo

Sebagai ibu dan ayah yang baru pertama kali menimbang cahaya mata, pastinya banyak  perkara yang ingin disiapkan untuk m...
10/08/2024

Tumuneq bersiaran di Hari Wanita Sarawak.
18/03/2023

Tumuneq bersiaran di Hari Wanita Sarawak.

29/05/2021

CARA MENGURUS URI MENURUT AGAMA ISLAM
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'. Oleh kerana uri tersebut keluar dari f***j isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain p**a.
Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.

Dah Buat persediaan utk menyambut kelahiran bayi anda.  Set Urus uri wajid ada.  Ada baik ya uri bayi diuruskan oleh aya...
25/11/2020

Dah Buat persediaan utk menyambut kelahiran bayi anda. Set Urus uri wajid ada. Ada baik ya uri bayi diuruskan oleh ayah sendiri.

Cara Penanaman Uri tiada ikatan lansung dengan cara kita membesar si comel ini.
18/10/2020

Cara Penanaman Uri tiada ikatan lansung dengan cara kita membesar si comel ini.

09/10/2020

Mari sama-sama kita semak, ada tak kepercayaan ini dalam keluarga atau orang dekat sekeliling kita.
Ibu bapa mesti gembira
tatkala anak yang amat di nanti-nanti selamat dilahirkan ke atas muka bumi ini. Kelahiran anak yang diamanahkan oleh Allah SWT itu merupakan simbol kasih sayang antara pasangan.

Anak ini juga merupakan pengikat cinta
antara suami dan isteri. Ia juga adalah sebuah tanda kegembiraan hidup berkeluarga yang tidak terperi.
Namun, di sebalik kegembiraan dan kebahagian, ada p**a amanah baru yang perlu dipikul oleh kedua-dua ibu dan bapa

Tanggungjawab tersebut adalah menguruskan uri bayi.
Masalahnya sekarang,
Terdapat di kalangan kita yang masih mencuci atau membasuh uri dan tanam dengan cara yang tidak sesuai dengan Islam terutama bagi masyarakat Melayu.

Antara amalan yang masih lagi dilakukan dari dulu ketika menguruskan uri bayi adalah dengan cara menanamnya bersama benda asing yang tidak masuk akal.

Benda asing yang selalu digunakan untuk ditanam bersama uri adalah :

Pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
Paku dan benda-benda tajam kerana dikatakan kononnya dapat mengelakkan uri tersebut dari didekati oleh ‘benda-benda halus’.
Kepingan duit syiling dengan harapan supaya hidup bayi itu anti akan menjadi senang dan kaya raya.
Kain serban untuk uri bayi lelaki dan kain telekung untuk uri bayi perempuan dengan harapan besar nanti boleh menjadi seorang yang alim.

Anggapan anak menjadi cemerlang dalam pelajaran
Itu belum lagi bercerita tentang lokasi dan keadaan semasa sedang ingin menanam uri tersebut.

Lokasi tanam uri bayi juga memainkan peranan yang penting.
Memang penting dalam memilih tempat untuk tanam uri,
yang lebih pentinag adalah cukup sekadar kawasan itu dalam keadaan baik, bersih dan selamat.

Contoh lokasi yang sesuai adalah di perkarangan masjid, surau dan tempat lain yang elok tetapi lain p**a dengan pendapat segelintir daripada masyarakat kita ini.

Bagi mereka antara perkara yang perlu di ambil perhatian adalah seperti :

Perlu tanam uri tersebut dekat dengan pokok kelapa supaya nanti anak itu akan membesar dengan tinggi dan kuat bagaikan juara sama seperti pokok kelapa tersebut
Menyalakan unggun api ataupun lilin berhampiran dengan tempat ditanam uri itu selama 7 malam berturut-turut kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.
Semasa tanam uri tidak boleh berbuat bising kononnya nanti uri yang pernah menjadi kembar kepada si bayi semasa di dalam kandungan dulu itu akan ikut balik hingga ke rumah.
Perlu tanam pada waktu pagi ataupun petang kerana jika di tanam pada waktu tengahari maka bayi yang berada di rumah itu akan berasa sangat panas.
Uri anak perempuan perlu ditanam depan rumah supaya cepat bernikah.
Uri anak lelaki kena tanam di bawah rumah supaya nanti besar selalu balik jenguk mak ayah.

Anggapan anak cepat besar dan tinggi macam pokok kelapa
Itulah serba sedikit contoh yang masih lagi dipraktikkan oleh sesetengah orang di dalam masyarakat kita terutama di dalam kaum Melayu.

Sepatutnya sebagai umat Islam,
kita perlu bijak membezakan antara adab menanam uri dengan betul berlandaskan Islam semata-mata tanpa perlu mengikut kepercayaan orang dulu-dulu yang sememangnya boleh membawa kepada penyimpangan akidah.

Apa yang diperlukan ketika membasuh uri?
Cara sebenar untuk mambasuh uri ini mudah sahaja. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mencucinya sehingga bersih dengan air sebelum dibungkus ketat menggunakan kain putih kemudian di tanam di tempat yang jauh dari binatang seperti dalam perkarangan masjid, surau mahupun di dalam perkarangan rumah sendiri.
Kepercayaan sebenar dalam pengurusan uri.
Sebagai umat Islam kita patut yakin dan sedar yang segalanya telahpun ditentukan oleh Allah SWT. Hanya pada Allah SWT yang patut kita percaya dan yakin.

Jika mahukan sesuatu hajat maka bermohonlah pada Nya , bukannya dengan cara menaruh harapan dan kepercayaan ke atas uri tidak bernyawa yang sama sekali tidak dapat memberikan apa-apa setelah bayi selamat dilahirkan.

INGATLAH ! Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya itu adalah amalan khurafat. Janganlah ada di antara kita yang turut mengikutnya kerana ternyata ianya hanyalah satu perbuatan yang sia-sia sahaja.

Sekadar perkongsian dan memperingati sesama saudara Islam ,

Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan ...
05/10/2020

Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078

Address

1st Floor, Lot 9024, Jalan Demak,
Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tumuneq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share