BooxGaraj

BooxGaraj Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BooxGaraj, Book shop, Kuala Rompin.

BooxGaraj adalah laman web yang menjual buku-buku bacaan dan pengajian ilmiah, Islamik, motivasi, pembelajaran bahasa arab, bahan bacaan kotemporari serta perniagaan.

HARI Isnin bagai dinanti. Inilah ketika bersejarah di dalam kehidupan manusia lantaran lahirnya seorang utusan Ilahi. Me...
23/07/2022

HARI Isnin bagai dinanti. Inilah ketika bersejarah di dalam kehidupan manusia lantaran lahirnya seorang utusan Ilahi. Membawa rahmat dan hidayah kepada jiwa yang mahu mengerti serta memahami. Gembira dunia menyambut setelah berabad dibelenggu kegelapan yang tiada disinari cahaya nurani. Itulah Nabi Muhammad SAW, Rasul utusanNya penutup bagi sekalian wahyu Rabbani.

Jika dikisahkan berbagai kisah dan cerita, nescaya kisah Rasulullah SAW akan mendahului segalanya. Mengapa tidak? Bukankah seluruh jiwa raga dan segala harta benda telah Baginda korbankan demi Allah Yang Esa, lantas memandu umat manusia ke arah redhaNya dan terhindar dari kemurkaanNya serta azab sengsara api neraka.

Semoga keistimewaan Hari Isnin akan terus membawa berbagai keberkatan serta kemanfaatan kepada kita sebagai ummatnya dalam mengharungi kehidupan secara hambaNya yang bertaqwa, insya Allah.

Buku Panduan Amalan Doa Harian Siri Seminggu

Diari Ahad dipenuhi dengan berbagai cerita. Dari kisah Qarun yang ditenggelamkan kerana tamakkan harta hingga pengorbana...
25/06/2022

Diari Ahad dipenuhi dengan berbagai cerita. Dari kisah Qarun yang ditenggelamkan kerana tamakkan harta hingga pengorbanan Masyitah yang rela direnggut maut dan direbus lantaran mempertahankan cinta. Cinta kepada Yang Esa. Selain itu, ia merupakan hari yang mulia kepada kaum Nasrani yang derhaka kerana berani mengubah suai wahyu Allah Yang Maha Perkasa mengikut hawa nafsu dan serakah jiwa.

https://www.booxgaraj.com/2022/06/memori-ahad-nostalgia-hari-rahsia.html

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf. Setiap sifat-sifat hati diterangkan ...
01/08/2021

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf. Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah. Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

https://www.booxgaraj.com/2019/12/qalbun-salim-syarah-penawar-bagi-hati.html

BooxGaraj: Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati

Taharah (bersuci) adalah perkara asas dalam ajaran fekah dan ibadah. Mengapa? Kerana bersuci bukan hanya bermaksud membe...
01/08/2021

Taharah (bersuci) adalah perkara asas dalam ajaran fekah dan ibadah. Mengapa? Kerana bersuci bukan hanya bermaksud membersihkan fizikal sahaja tetapi juga penyucian batin, jiwa dan hati. Dan salah satu ajaran bersuci (taharah) yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai sebahagian perintah solat yang juga sebagai salah satu syarat solat adalah berwuduk.

Buku ini merungkaikan persoalan anda tentang rahsia, mukjizat dan fadilat wuduk. Bukan hanya berhubung kait dengan amalan solat, malah merangkumi kesan dan impaknya terhadap hati (nurani) dan raga (fizikal) kita setiap hari.

Bagaimanakah wuduk itu dapat memberi cahaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat? Jawapannya di dalam buku ini, yang akan menyingkap dengan terperinci dan menakjubkan untuk kita semua. Insya Allah misteri itulah yang kita ingin ketahui!

https://www.booxgaraj.com/2021/07/cahaya-cahaya-air-wuduk.html

BooxGaraj: Cahaya-Cahaya Air Wuduk

Rumah suci umat Islam yang paling mulia dan banyak menyimpan keberkatan dan kemuliaan, terdiri dari masjidil Haram di Ma...
31/07/2021

Rumah suci umat Islam yang paling mulia dan banyak menyimpan keberkatan dan kemuliaan, terdiri dari masjidil Haram di Makkah, masjidil Nabawi di Madinah dan masjidil Aqsha di Baitul maqdis.

Rumah suci masjidil Haram terletak di tengah-tengah kota suci Makkah, merupakan masjid tertua di muka bumi ini. Kelahirannya bersamaan dengan wujudnya Ka'bah, tempat melakukan tawaf umat Islam di seluruh dunia. Masjidin Nabawi merupakan masjid Nabi, memiliki seribu kali kebaikan jika beramal ibadah di dalamnya. Bumi, pasir, bebatuan dan tiang-tiang yang ada di sekitarnya menjadi saksi perjuangan Rasulullah SAW membina sebuah tamadun manusia yang hebat dan tinggi. Begitu juga dengan masjid Aqsha tempat mulia dan suci kerana menjadi lokasi solat kebanyakan para nabi masa silam.

Rangkaian rumah suci, masjidil Haram, masjidin Nabawi dan masjid al Aqsha ini menjadi tempat ibadah memiliki ganjaran paling tinggi dan mulia, bagi insan yang beramal mengharap rahmat dan redhaNya.

https://www.booxgaraj.com/2021/07/sejarah-keutamaan-tiga-rumah-suci.html

BooxGaraj: Sejarah & Keutamaan Tiga Rumah Suci: Masjid Haram, Nabawi, Al-Aqsa

Berpurdah atau berhijab menutupi seluruh badan termasuk wajah bagi kaum wanita, adalah wajib hukumnya menurut Syariat Is...
31/07/2021

Berpurdah atau berhijab menutupi seluruh badan termasuk wajah bagi kaum wanita, adalah wajib hukumnya menurut Syariat Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi-Nya, untuk diamalkan oleh segenap wanita muslimah yang sudah baligh.

Sudah tentu, setiap yang diwajibkan oleh Allah kepada hambanya pasti akan membawa keselamatan bagi mereka yang mengamalkannya, baik di dunia mahu pun di akhirat. Sebaliknya, bagi mereka yang tidak mahu mengamalkan apa yang diwajibkan oleh Allah kepadanya, tentu akan mendapat kecelakaan di dunia dan akan diseksa di akhirat kelak.

https://www.booxgaraj.com/2021/07/wanita-wajib-berpurdah-muka-tangan.html

BooxGaraj: Wanita Wajib Berpurdah: Muka & Tangan Wanita Adalah Aurat Di Hadapan Lelaki Ajnabi

Sabda Rasulallah s.a.w.:"Aku tinggalkan kepada umatKu dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tid...
29/07/2021

Sabda Rasulallah s.a.w.:

"Aku tinggalkan kepada umatKu dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan As-Sunnah."

Daripada beribu-ribu ayat yang terkandung di dalam Al-Quran, inilah satu-satunya ayat yang dinamakan Ayat Kursi. Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia. Bersamaan dengan kemuliaan dan kehebatan ayat ini, Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Barangsiapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dihiasi dan dilindungi oleh Allah s.w.t. sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

https://www.booxgaraj.com/2019/09/al-quran-disebalik-ayatul-kursi.html


BooxGaraj: Al-Quran Disebalik Ayatul Kursi

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja serta pengisian pengajaran di dalam kuliah pengarang dan juga merupakan deretan...
27/07/2021

Buku ini merupakan himpunan kertas kerja serta pengisian pengajaran di dalam kuliah pengarang dan juga merupakan deretan daripada buku pertama beliau iaitu Menangkis Makhluk Halus yang mana telah mendapat sambutan.

Antara kandungan buku ini:

Amalan Benteng Diri dan Keluarga
Amalan Benteng Daripada Kejahatan (Manusia)
Amalan Benteng Daripada Kejahatan (Iblis dan Syaitan)
Amalan Benteng (Tempat Kediaman dan Harta Benda)
Amalan Benteng Diri Daripada (Binatang Buas)
Ayat-ayat Pembakar Jin
Kajian Kes

https://www.booxgaraj.com/2021/07/70-amalan-benteng-daripada-manusia-dan.html

BooxGaraj: 70 Amalan Benteng Daripada Manusia Dan Jin

Bagaimana nak memulakan Perniagaan Kedai Runcit?1.0 Kenapa bisnes kedai runcit?Orang yang bertanggungjawab memperkenalka...
26/07/2021

Bagaimana nak memulakan Perniagaan Kedai Runcit?

1.0 Kenapa bisnes kedai runcit?

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan kedai runcit ni adalah abang ipar saya. Beberapa tahun selepas berkahwin dengan kakak saya, dia berhenti kerja dan mulakan bisnes kedai runcit ditapak rumahnya. Mudah je. Cuma ubahsuai rumah serba sedikit, sediakan rak untuk letak barang dan masukkan barang jualan. Jadilah kedai runcit.

Bila ada masa, saya akan buat part time kat kedai tu. Kalau diikutkan, berapalah sangat upah yang dia boleh bayar, tetapi pada saya, apa yang lagi penting pada waktu bukanlah berapa upahnya, sebaliknya apa pengalamannya yang boleh saya belajar. Oh waktu ni saya masih lagi bersekolah menengah.

Ada banyak sangat model bisnes kat luar sana yang anda boleh pilih untuk buat duit. Pernah tak anda pertimbangkan untuk buat bisnes lain? Dan jika anda tetap memilih untuk buat bisnes kedai runcit, pernah tak anda terfikir, kenapa mesti bisnes kedai runcit?

Saya pasti, setiap orang pasti ada sebab tersendiri kenapa memilih kedai runcit sebagai bisnes pilihan. Sama macam saya sendiri. Saya percaya, untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan, saya perlu bermula dengan langkah pertama yang lebih kecil sebelum terus melangkah ke bidang perniagaan yang lebih besar. Kedai runcit ini, saya anggapkan ia sebagai base ataupun foundation sebelum saya mengorak langkah lebih jauh lagi. and the best part is, kat sinilah bermulanya sekolah bisnes untuk saya. Pengalaman secara hands on dan bukannya teori dari buku teks semata-mata.

Bukanlah niat saya untuk katakan yang bisnes kedai runcit ni tak bagus, atau ada bisnes lain yang lagi baik berbanding bisnes kedai runcit. Saya nak kongsikan kepada anda beberapa konsep bisnes yang saya pelajari lepas saya dah bukak kedai runcit.

Konsep bisnes trading. Saya dapati, selepas satu ketika saya berniaga, bila barang-barang dalam kedai dah makin bertambah, dan pelanggan pun makin ramai, masa tu la saya mula jumpa, ada banyak usahawan trading yang masuk ke kedai saya. Mereka menawarkan peluang untuk membuat usahasama bagi mendapatkan lebih banyak hasil daripada perniagaan dan pelanggan sedia ada.

Ada macam-macam usahawan trading yang pernah saya jumpa. Ada yang bawak produk makanan, minuman, ais krim, madu, sos cili, mainan, pisau cukur, sticker dan banyak lagi. Mereka ni semua menerjah masuk ke kedai tanpa diundang. Usahawan trading sedikit berbeza dengan usahawan runcit, yang mana kebanyakkan usahawan trading ni, mereka tak mempunyai premis perniagaan mereka sendiri.

Kerja mereka hanyalah memberi supply produk kepada kedai-kedai runcit yang mereka rasakan sesuai untuk menjual produk mereka. Kos mereka ialah kos pengangkutan. Usahawan trading yang paling jauh yang pernah berurusan dengan saya datang dari Penang. Bayangkan, saya berada di Meru, Klang dan supplier ni p**a berada di Penang. Berapa jauh tu kalau nak datang? Biasanya dia akan datang ke kedai setiap 90 hari dan akan berurusan secara bill to bill.

Ha… apa benda bill to bill ni? Masih minat nak bukak kedai runcit? Teruskan pembacaan ya.

2.0 Bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading?

Ya. Adakalanya mereka ni memang menyusahkan. Mereka masuk ke kedai anda berlagak sebagai seorang pelanggan. Tiba-tiba selang dua atau tiga hari, mereka akan datang semula, dan kali ni mereka datang dengan membawa katalog dan juga sample produk yang mereka jual. Sesetengah mereka, ada yang kurang ajar dan tak peka dengan suasana sekeliling. Kita tengah sibuk layan pelanggan, dia pun sibuk nak dapatkan perhatian kita. Jadi kat sini, saya kira sedikit sebanyak anda perlu tahu bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading ni.

Macam yang saya sebutkan sebelum ni, usahawan trading ni lazimnya mereka tak ada premis perniagaan sendiri. Dari segi stok barangan, kebanyakkannya mereka hanya simpan dirumah, ataupun hanya akan dapatkan dikilang bila mereka nak supply barang. Senang kan kerja mereka ni? Katakanlah mereka dapat deal dengan 10 kedai, jadi dalam satu-satu masa, dia hanya fokus untuk supply barang je ke 10 kedai ni. Tak perlu susah payah nak upah pekerja, jaga kedai dan sebagainya. Cukup masa, mereka hanya collect payment untuk barangan yang mereka supply semata-mata.

Usahawan trading bukan pelanggan anda. Walaupun mereka pernah beli barang dalam kedai anda, STOP layan mereka seperti anda layan pelanggan anda. Mereka ni adalah orang bisnes, yang mengharapkan untuk buat untung daripada pelanggan anda. Tak perlu nak terlalu berlembut dengan mereka macam anda layan pelanggan anda, sebaliknya layan je diorang ni macam anda sedang layan seorang promoter, salesmen dan sebagainya. TEGAS tetapi masih maintain budi bahasa.

Mereka ni memang macam-macam kerenah. Pada asasnya, mereka nak masukkan barang mereka dalam kedai kita, tetapi dari segi pembayaran mereka nak cepat. Macamlah dia seorang je yang nak cepat buat duit. Dalam hal ini, sebagai pemilik kedai runcit, ada sekurang-kurangnya 4 kaedah pembayaran kepada usahawan trading jika anda setuju bekerjasama dengan mereka.

1. Cash term : Ambik barang, kemudian bayar time tu jugak.

2. Credit term 30/45/90 hari : Hanya perlu bayar kepada usahawan trading tu tadi selepas 30/45/90 hari bayaran full sama ada semua barang terjual atau sebaliknya

3. Bill to bill : Kali pertama masuk barang, tak perlu bayar apa-apa, usahawan trading tu tadi hanya akan bukak bill. Bila nak restock barang, baru bayar bill yang pertama dan barang yang baru dapat tadi akan bukak bill sahaja.

4. Consignment : Hanya bayar bila ada barang yang terjual. Tak perlu bayar apa-apa selagi barang tak dijual.

Antara 4 ni mana satu yang patut anda pilih? Ikut kesesuaian. Kalau malas nak fikir-fikir, offer je consignment. Kalau usahawan trading tu tak mau, just say goodbye. Ko yang carik aku kan, bukan aku yang panggil ko datang ha ha.

3.0 Masa

Pada saya, tahun pertama adalah tahun untuk kita belajar. Tahun kedua, adalah tahun untuk kita betulkan mana-mana kelemahan yang kita buat pada tahun pertama supaya tak berulang lagi. Tahun ketiga adalah fasa untuk kita survive dalam bisnes ni. Ya, bisnes kedai runcit ni jugak perlukan kemahiran survival.

Jika anda menjangkakan bisnes ni akan terus balik modal dan terus untung gila-gila dalam masa kurang dari setahun, anda mungkin terpaksa fikirkan semula.

4.0 Modal

Ada ke yang cari info tentang buat bisnes kedai runcit tanpa perlu keluar modal langsung? Pendapat saya la kan, lebih baik anda berhenti mencari, dan buatlah benda lain selain bisnes ni. Nak buat bisnes memanglah perlu keluar modal.

Kalau bukan modal dalam bentuk wang ringgit, modal dalam bentuk masa, usaha, tenaga dan sebagainya. Setiap perniagaan memang inilah modalnya. Bisnes kedai runcit ni, modalnya saya kongsi bersama adik beradik. Memang pelan asal saya, untuk jadikan bisnes ni sebagai bisnes keluarga. Manalah tau, boleh jadi macam kenalan saya yang berbangsa cina tu. Mereka pun mula dari bisnes kedai runcit kecil-kecilan, dan sekarang ni bisnes mereka dah jadi lagi besar.

Tahun kedua bisnes ni berjalan, saya la CEO untuk kedai tu hehe. Cukup setahun, saya serahkan pengurusan kedai kepada adik beradik saya yang lain. Biar setiap orang merasa, macam mana rasanya nak uruskan perniagaan runcit.

Baca juga: Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?

5.0 Siapa pelanggan anda?

Bisnes ni, saya ambil alih dari abang ipar saya. Jadi secara teknikalnya, saya sebenarnya mengambil alih perniagaan yang sememangnya dah pun memiliki pelanggan sedia ada. Ok katakanlah anda ingin membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri dan ini merupakan kedai yang baru, yang tak ada siapa yang tahu. Langkah awal sepatutnya adalah anda kenal pasti terlebih dahulu siapa pelanggan anda sebelum anda bukak kedai anda.

Jika anda tinggal dikawasan komuniti orang cina, dan anda p**a adalah orang Melayu, silap haribulan kedai anda akan mampus dulu sebelum anda berjaya jual barang. Bukan nak cerita tentang perkauman, tetapi realitinya memang begini. Sebab tu saya highlight kat sini, anda perlu kenal siapa pelanggan anda. Orang melayu tak ada masalah untuk berbelanja di kedai cina, tetapi sangat jarang, untuk orang cina datang berbelanja di kedai melayu. Ok kalau setakat untuk transaksi RM10 kebawah, tak ada masalah untuk mereka berbelanja di kedai runcit melayu. TETAPI, kalau nilai transaksi RM50 dan keatas… selalunya mereka lebih s**a berbelanja di kedai kaum mereka sendiri atau pergi ke pasaraya besar.

Aspek kenali pelanggan adalah perkara penting untuk survival perniagaan anda. Kebiasaannya, kita mengharapkan untuk berlakunya repeat sales dalam perniagaan kita. Pelanggan yang sama akan beli produk yang sama dan perkara ini akan berulang setiap hari, setiap minggu, malahan setiap bulan. Kuncinya ialah REPEAT SALES.

6.0 Margin keuntungan bisnes kedai runcit

Setiap produk margin keuntungan dia berbeza-beza. Barang basah lain, manakala barang kering p**a lain. Adakah anda ingin menjual barang basah dan kering atau anda ingin fokus untuk jual barang-barang kering sahaja? Saya hanya fokus barang-barang kering. Ada jugak support dengan produk minuman, makanan ringan, permainan kanak-kanak, topup, ais krim dan sebagainya.

Bila orang tanya, untung ke bukak kedai runcit ni? Saya jawab, untung dia sen sen je. Kadang-kadang, ada produk-produk tertentu, cuma cover kos sahaja. Tak ambik untung pun. Kiranya macam berniaga ala-ala sahabat nabi, Abdur Rahman Bin Auf, jual dengan harga kos dan ambik untung dengan menjual produk lain. ha ha

Kalau produk dalam kategori barang kawalan p**ak, memang buat sakit hati je jual. Dah la modalnya tinggi, lepas tu untung dia setakat 10 sen dan ada jugak yang bawah dari tu. Nasib baiklah barangan kawalan ni kebanyakkannya repeat sales dia tinggi.

7.0 Produk yang sama tapi macam-macam jenama?

Susu dalam tin misalnya. Kan ada banyak jenama. Perlu ke nak jual semua jenama?

Awal-awal meniaga dulu memang saya buat macam ni. Setiap jenama saya jual. Selepas 2 minggu, saya perhatikan, jenama apa yang paling cepat habis dan untuk restock seterusnya, saya cuma jual jenama yang cepat habis tu sahaja. Rugi je jual macam-macam jenama tapi pelanggan tak beli. Kita bukan pasaraya.

Anda masih tak tau, siapa boleh jadi pembekal untuk perniagaan anda? Jemput baca perkongsian saya yang ini p**a:

Klik untuk baca: Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit

8.0 Produk terlarang

Ha ha produk dalam kategori ni paling BEST. Jual atas risiko masing-masing. Pastikan, kalau kena tangkap, anda ada cukup duit nak bayar denda, compound dan sebagainya. Ha ha

Produk terlarang ni macam rokok seludup, air ketum, mercun dan sebagainya. Kedai saya tak jual benda-benda ni. Produk terlarang ni, untung dia banyak dan repeat sales dia pun tinggi jugak. Tapi tu la… benda tak boleh jual.

9.0 Siapa yang akan bertanggungjawab untuk restock barang?

Bisnes ni tak boleh sendiri. Macam mana pun kena ada pembantu. Kalau anda ada modal besar, mungkin anda tak ada masalah untuk dapatkan supplier yang sanggup hantar barang sampai ke kedai. Tetapi, kalau modal anda kecik je, selalunya andalah yang kena keluar beli barang niaga.

Time anda keluar tu, siapa yang nak jaga kedai? Tak kan nak tutup kot.

10.0 Waktu urusniaga

Bukak seawal mungkin dan tutup paling lewat anda sanggup tunggu. Kerja dia penat jugak ok bukak kedai runcit ni

Sumber : sabreehussien.com

Gembong kriminal dan pelecehan seksual Oktar dijatuhi hukuman penjara, setelah diputuskan bersalah atas berbagai tuduhan...
26/07/2021

Gembong kriminal dan pelecehan seksual Oktar dijatuhi hukuman penjara, setelah diputuskan bersalah atas berbagai tuduhan, seperti mendirikan dan memimpin organisasi kriminal, spionase politik atau militer, dan membantu organisasi teroris Gulenist Terror Group (FETO).

Dia juga divonis bersalah atas pelecehan seksual terhadap anak di bawah umur, pelecehan seksual, perampasan kebebasan seseorang, penyiksaan, gangguan atas hak pendidikan, merekam data pribadi, dan membuat ancaman. Jaksa penuntut mengatakan, geng yang dipimpinnya telah terlibat dalam skema rekrutmen sejak akhir 1990-an, dan melibatkan pencucian otak terhadap para perempuan muda.

Organisasi tersebut menggunakan anggotanya yang tampan untuk menipu gadis dan wanita muda. Anggota tersebut memperkosa atau melecehkan wanita secara seksual, dan diperas terlebih dahulu oleh anggota yang berpura-pura bahwa hubungan intim mereka direkam dalam video. Mereka juga dicuci otak dengan dalih ajaran agama," kata jaksa dalam dakwaan.

Hasil diagnosis menunjukkan, Adnan Oktar alias Harun Yahya, terbukti mengidap gangguan kepribadian obsesif-kompulsif dan skizofrenia.

Keinsafan tatkala di penghujung usia mengandungi harapan bahawa betapapun besarnya dosa seseorang itu, ada ruang baginya...
26/07/2021

Keinsafan tatkala di penghujung usia mengandungi harapan bahawa betapapun besarnya dosa seseorang itu, ada ruang baginya untuk bertaubat walaupon sakaratul maut di depan mata.

Kesilapan dan kealfaan pada masa silam meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim. Jika segala maksiat dan dosa dilakukan melebihi kebaikan dan amalannya, maka balasan akhirat adalah seksaan yang sangat pedih. Noda dan titik hitam telah menyelubungi seluruh penjuru hati sehingga tertutup untuk menerima kebenaran dan bimbingan dari orang lain. Seandainya ini yang terjadi, manakala usia telah senja, maka ia tergolong insan yang sangat rugi.

Kembalilah kepada Allah dan bersujudlah kepadaNya dengan hati yang khusyuk dan taubat yang ikhlas. Semoga di penghujung usia masih memperoleh ampunan dan bimbingan daripadaNya.

https://www.booxgaraj.com/2019/08/keinsafan-di-penghujung-usia.html

BookGaraj: Keinsafan Di Penghujung Usia

Address

Kuala Rompin
26800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BooxGaraj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BooxGaraj:

Share

Category