15/11/2024
terimakaseh tuan Ustaz Lariba
ZAKAT SIMPANAN
Kita ingat simpanan untuk zakat dikira simpanan dalam bank saja.
Salah tu.
Kadang-kadan kita ingat simpanan ada RM15000 tak kena zakat sebab tak cukup nisab. Ada simpanan emas tulin RM18000 ingat tak cukup nisab.
Salah tu.
Kena campur nilai simpanan dalam bank dan nilai emas untuk tentukan cukup nisab simpanan. Kan jadi RM33000 tu. Dah cukup nisab pun kan?
Boleh rujuk carta di bawah untuk formula kiraan jumlah simpanan.
Emas pun masuk, termasuk emas simpanan di syarikat2 seperti Public Gold, KAB Gold, GB Gold dll.
Baki Ewallet seperti Touch n Go adalah sebahagian dari simpanan juga.
Jangan lupa campur nilai matawang crypto.
Ai? Termasuk Tabung Haji (TH) ka?
Ya… untuk kira cukup nisab saja. Bila nak kira zakat kena bayar, jangan kira simpanan TH sebab zakat TH sudah dibayar oleh TH.
Daripada jumlah simpanan, bandingkan jumlah nisab negeri. Kalau jumlah simpnan lebih dari nisab, wajib zakat.
Kenapa saham bukan zakat pelaburan?
Sebab ada beza kategori trader dan pelabur.
Untuk kategori trader yang jual beli saham bukan untuk pelaburan, nilai saham dikira sebagai simpanan.
Untuj kategori pelabur yang beli saham sebab fundamental, pelaburan lebih 6 bulan dan hanya ambil dividen, nilai saham dikira sebagai pelaburan, dividen dikira sebagai simpanan.
Jangan p**a kita try kurangkan simpanan supaya tak kena zakat. Salah tu!
Zakat bersihkan harta halal. Bila kita tunaikan zakat, hati akan tenang Insha Allah…
Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 103 berikut:
خُذْ مِنْ اَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْۗ اِنَّ صَلٰوتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْۗ وَاللّٰهُ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
Artinya: Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Nantikan bengkel zakat Lariba bukan Disember akan datang.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah…😬
Nota Lariba: Kadar nisab di bawah adalah untuk tahun 2023.