12/11/2025
Considering funding B40 families to undergo training sessions for their autistic children? You can explore with Persatuan MyAutism Kebangsaan which will also provide an official receipt for tax relief 😊 Check out the shared post for further details 👌
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kami memohon sumbangan daripada pihak individu, syarikat, korporat untuk membantu keluarga anak autism yang ingin menyertai sesi perkongsian autism yang akan diadakan pada 15 dan 16 November ini.
Anda boleh meletakkan sebanyak mana sumbangan yang anda mahu.
Sesi selama 2 hari itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang pada kedua-dua hari. Dan selalunya ada sesi kelas tambahan pada hari kedua sehingga pukul 11 malam.
Terdapat seramai 72 keluarga membuat peromohonan subsidi pengurangan mahupun pelepasan untuk penyertaan ke sesi ini.
Selama ini kami akan cuba sebaik mungkin untuk cover subsidi mengikut kemampuan kami, tetapi atas permintaan yang terlampau banyak, jadi, buat kali pertama, kami ingin memohon sokongan bantuan daripada orang awam.
Setiap sumbangan akan dibuat kepada Persatuan My Autism Kebangsaan dan penyumbang akan diberi resit rasmi bagi yang ingin memohon pelepasan cukai.
Setiap sumbangan akan diberikan detail keluarga mana yang mereka bantu sponsor dan setiap lebihan sumbangan akan di forward kepada keluarga seterusnya yang layak.
100% transparency.
Antara isi kandungan sesi adalah
✅️Pemahaman saintifik tentang autisme
✅️Memahami apa yang dialami, dirasai oleh anak autism yang menyebabkan mereka berkelakuan lain dari kanak-kanak biasa seperti s**a air, s**a panjat², mengibas tangan, pandang tepi atau atas, main air liur, main najis dan lain-lain.
✅️Teknik untuk mengurus dan mengawal tantrum, meltdown, perangai dan kelakuan anak autism bila di rumah atau di tempat awam.
✅️Teknik berkesan untuk membantu mengurangkan sensory overload & sensory seeker.
✅️Teknik mengajar dan menguruskan anak autism agar mereka dapat berkelakuan setara umur mereka.
✅️Ketahui SUPERPOWER yang ada pada anak autism & teknik tonjolkan SUPERPOWER mereka.
✅️Teknik atasi masalah speech delay (tip dan teknik agar anak boleh berkomunikasi dengan baik).
✅️Teknik mengatasi masalah anak picky eater (atas permintaan ibu bapa).
✅️Teknik membuat anak autism mendengar arahan dan kata-kata.
✅️Pembahagian masa & kerja sekaligus target berapa lama boleh settle masalah anak.
✅️Motivasi kepada ibu bapa & ahli keluarga.
Sesi ini amat berbeza daripada mana-mana yang lain, dari segi penyampaian dan teknik-teknik yang diberikan. Dan setiap explaination akan diberikan fakta dari segi sains, psikologi dan logik, yang mana boleh difahami oleh segenap lapisan masyarakat dan latarbelakang.
Anda boleh melihat testimoni di https://myautism.org.my/testimoni
dari keluarga yang telah sertai program ini yang mendapat perubahan seawal SATU hari.
Bayaran adalah RM850 untuk satu keluarga selama dua hari dan minimum 12 jam itu. Tetapi bagi setiap keluarga, bayaran mereka adalah tertakluk kepada permohonan mereka berdasarkan declaration kewangan mereka melalui slip gaji atau dokumen berkaitan yang mereka hantar.
Untuk lebihan sumbangan, ia akan diberikan pada keluarga seterusnya yang mana akan diberikan detail tentang mereka kepada penyumbang.
Sumbangan boleh dibuat secara terus di https://donate.myautism.org.my/ melalui payment gateway toyyibPay
Atau
PERSATUAN MY AUTISM KEBANGSAAN
RHB 26455300010978
Kami boleh produce resit untuk tuan/puan claim tax purposes.