16/09/2021
Selamat hari libur sempena Hari Malaysia. Min dipelawa oleh kenalan lama untuk santapan pagi bersamanya di sebuah kedai mamak tawakal. Dalam keghairahan Min merobek lapisan roti canai untuk dicalik dengan sambal bilis tiba2 Min diajukan soalan darinya. Berbaloi ke jual baju bundle 2 atau 5 hinggit nie dengan penat pergi sana sini. Min cakap rokok SAAT aku yang kau hisap tu hasil dari jual baju bundle lah. Lalu dia terkesima serta membutang mata dengan bulatnya. Sambung hujah Min lagi, Kenapa kita nak gelabah sangat tentang duit. Ketika berusia 4 bulan dalam rahim ibu kita, seorang malaikat telah diutuskan untuk meniup roh dan diperintahkan juga untuk menetapkan empat perkara, iaitu rezeki, ajal, amal dan takdir (kecelakaan atau kebahagiaan) kita. man jadda wajada ( siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan berhasil ). Ikhtiar doa tawakal. Insha Allah ada hasilnya. Sikit banyak itu belakang cerita. Yang pasti selalu bersyukur pasti ditambahkan lagi rezeki nanti. Min nak sambung lagi bab seterusnya tapi disebabkan Min perati tiada hembusan asap keluar dari mulut atau hidungnya tapi bara rokok sudah sampai puting, jadi min pun minta undur diri dulu darinya untuk ke pejabat pos laju selesaikan urusan pengeposan baju bundle Min. Terima kasih semua selalu support Min. Syurga buat kalian semua❤️