First Beauty Trading

First Beauty Trading SSM 002649324-A

Menjual pelbagai jenis produk kecantikan dan kesihatan, luaran dan dalaman untuk lelaki dan wanita.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp kami di 019-8371103

Mak tu,Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.Mak tu,Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal ka...
11/05/2024

Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak s**a apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Kredit : Zana Izana

13/08/2020

Wajah Baru, RACUN Yang Sama. Helah repack produk haram tumpas

Perhatian rakyat Malaysia, sampai bila kita harus ditipu?

Badan Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) telah membongkar satu helah licik produk pelangsingan badan yang telah diharamkan sebelum ini

Produk yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine ini telah menukar nama dan rekabentuk luaran produk tetapi sebenarnya masih mengandungi racun yang sama.

HSA dalam kenyataan rasmi pada 6 Ogos 2020 telah mengingatkan masyarakat untuk menghentikan pengambilan produk beracun ini serta merta.

Sebelum ini, produk ini dipasarkan sebagai Chocho Fit sebeluk diharamkan penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Nama produk terkini yang dipasarkan adalah Coco Curv. Taktik repacking ini adalah taktik biasa yang dilakukan oleh pengeluar produk tidak bertanggungjawab.

Kesan pengambilan produk ini boleh menyebabkan jantung berdebar, risiko strok dan serangan jantung. Lebih membimbangkan ia menyebabkan risiko gangguan emosi dan keinginan untuk bunuh diri.

Sumber
Kenyataan Akhbar HSA Singapore 6/8/2020
(HSA ALERT: ‘COCO CURV’ & ‘CHOCO FIT’ FOUND TO CONTAIN BANNED SUBSTANCE)

https://www.hsa.gov.sg/announcements/press-release/hsa-alert-cococurv-chocofit-hamercandy

Address

SARAWAK, ON
Kota Samaharan
94300

Telephone

+60198371103

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when First Beauty Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to First Beauty Trading:

Share