Ebook Hunt

Ebook Hunt Writer - Sell Ebook - Webstore Ebook

Berhenti kerja atau Bermula fasa baru?Berhenti kerja tetap - ya tetapi benda lain masih sama. Anggap ia sebagai satu per...
29/12/2025

Berhenti kerja atau Bermula fasa baru?

Berhenti kerja tetap - ya tetapi benda lain masih sama.
Anggap ia sebagai satu peralihan.
Kita cuma mengubah haluan.
Adanya mindset begini, minda dan badan kita 'bekerja' seperti biasa, cuma kita buat tugasan yang berbeza.

Kita masih belajar tambah ilmu, upgrade kemahiran, berinteraksi dengan orang sekeliling cuma haluan dan matlamat yang berbeza berbanding sebelum bersara.

Badan kekal sihat, minda kekal positif, semangat tak luntur.

Nak lagi tip macam mana membuat persediaan persaraan?

Baca ebook hasil tulisan Dato' Dr Azizon Othman - Bersara Dengan Bergaya. Ada 3 siri.

Dapatkan kat sini ye Siri 1:-
https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2273

Persediaan persaraan mesti dibuat awal dan ia memerlukan persediaan yang rapi. Ia makan masa.

Jangan berlengah.





Cikgu faham sangat masalah ni ๐Ÿ‘‡ Pelajar faham, tapi tak bercakap.  Walaupun dah tetapkan peraturan kena cakap English de...
26/12/2025

Cikgu faham sangat masalah ni ๐Ÿ‘‡

Pelajar faham, tapi tak bercakap. Walaupun dah tetapkan peraturan kena cakap English dengan cikgu, tetap juga mereka balas menggunakan Bahasa Melayu.

Cikgu buat macam-macam aktiviti untuk mereka s**a dan selesa berbahasa Inggeris. Namun, yang dah pandai tu la yang aktif masuk semua program tu.

Yang belum pandai, yang masih tiada keyakinan, yang selalu โ€˜melarikan diriโ€™ setiap kali nampak cikgu English โ€“ kumpulan ni tak boleh diabaikan dan pastinya bilangan mereka ramai.

Cikgu nak mereka ada habit bercakap. Lama-lama mereka kurang rasa malu dengar suara sendiri berbahasa Inggeris dan keyakinan diri meningkat.

Ebook 30-Day Speaking Challenge boleh terus digunakan dalam kelas atau semasa sesi intervensi:
๐Ÿ“ŒDaily speaking task (1โ€“3 minit)
๐Ÿ“ŒSesuai ikut CEFR (A1โ€“C1)
๐Ÿ“ŒAda prompt, guidance & self-check
๐Ÿ“ŒMudah dijadikan aktiviti individu / pair / group
๐Ÿ“ŒJimat masa planning.
๐Ÿ“ŒTingkatkan kemahiran bercakap pelajar.
๐Ÿ“ŒNampak progress pelajar secara konsisten.

Seterusnya, latih mereka untuk SPM Speaking Assessment akan lebih mudah.

Dapatkan di sini:
www.noradhiyabooks.com





"Tengok ni, mama.."Anak tunjuk gambar di telefon bimbitnya.Kawan-kawan ber selfie, buat video tiktok...esoknya exam kimi...
13/11/2025

"Tengok ni, mama.."
Anak tunjuk gambar di telefon bimbitnya.
Kawan-kawan ber selfie, buat video tiktok...esoknya exam kimia tapi boleh ligat beraksi di media sosial.

"Their minimum is my maximum... saya kena pulun belajar sedangkan mereka senang je. Keluar lepak-lepak, ambik gambar sana sini, post kat media sosial."

"Dah otak saya lemah, kena letak effort berganda berbanding mereka, kan..."
Betul ke otak lemah?
Atau cara belajar salah?

Mungkin anak guna kaedah belajar yang โ€˜low-impactโ€™ dan membosankan menyebabkan dia letih dan tidak bersemangat. Yang senang jadi susah.

Dedahkan kepada anak Teknik SuperStudy agar anak lebih memahami potensi belajar yang ada dalam diri mereka.

Buku ini adalah intipati kepada beberapa teknik dan strategi belajar yang unik dan berimpak tinggi dengan 5 langkah mudah tetapi POWERful!

Bila amalkan cara belajar yang betul, anak akan kata - Belajar itu seronok!

Dapatkan kat sini
https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EH2089 #

An old album which is linked to this book has a collection of about 580 beautiful and colourful postage stamps of Malays...
09/11/2025

An old album which is linked to this book has a collection of about 580 beautiful and colourful postage stamps of Malaysia and 29 other countries.

The stamps were collected at the Prime Minister's Office when Tun Dr Mahathir Mohamad was the Prime Minister, from July 1981 to October 2003.

The stamps in the album evoke pleasant memories which include and encompass his commitment towards upholding numerous disciplines in his political life.

The stamps also evoke memories about remarks and comments made by Tun Dr Mahathir on the leadership of several countries. The United States of America, the Federation of Russia and the People's Republic of China are chosen as his remarks and comments are very pertinent and relevant to the current geopolitical environment of the world.

For this, there are a number of commentaries on the three countries in this book. Of the three countries, Tun Dr Mahathir's remarks and comments on the United States are more stinging and penetrating.

Get the ebook here ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA3678 #

Hampir 100 peserta hadir...Malaysia-Indonesia-Singapura.Menariknya webinar semalam, selain coaching mingguan yang dikend...
04/11/2025

Hampir 100 peserta hadir...
Malaysia-Indonesia-Singapura.

Menariknya webinar semalam, selain coaching mingguan yang dikendalikan oleh Tn MS Hasrul Roslan , ada taklimat ringkas tukar tesis jadi buku yang disampaikan oleh Dr Nabilaa.

Bayangkan tesis-tesis anda diolah, dibukukan dan dijual ...

Tak perlu susah-susah fikir idea nak tulis apa...

Cuba tengok poster di bawah ๐Ÿ‘‡
Atau mudahnya, daftar terus la...

Rise and Shine ๐Ÿ’ž


Susah betul nak kejut Aiman solat subuh. Terpaksa kejut berkali-kali. Liat sungguh. Kalau mak tak sabar, memang dah bisn...
28/07/2025

Susah betul nak kejut Aiman solat subuh. Terpaksa kejut berkali-kali. Liat sungguh. Kalau mak tak sabar, memang dah bisng satu rumah setiap pagi.

Mak Ayah,

---> Ambil berat apa yang anak makan. Makanan yang halal akan membentuk jiwa yang bersih โ€“ hati anak mudah lembut dan senang menerima nasihat.

Kata Ibnu Qayyim, hati manusia seperti tanah โ€” jika diberi makanan yang baik, ia akan subur dan membuahkan amal soleh.

---> Sediakan persekitaran yang halal untuk anak.
Sumber rezeki yang halal, menjaga aurat, menjauhi perkara yang haram akan membina suasana rumah yang diberkati dan bersih dari maksiat, menjadikan rumah itu tenang dan penuh rahmat.

Jika anak dibesarkan dalam persekitaran yang syubhat atau haram โ€” walau sedikit:
---> Hatinya jadi keras
---> Sukar dengar nasihat
---> Berat untuk solat
---> Cepat melawan atau memberontak.

Nak tip didik anak gaya hidup halal?
Dapatkan ebook terbaharu oleh Dr Siti Syahirah Saffinee.

Di sini:-
https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2582

Apa yang anda selalu fikir fasal diri anda setiap hari?"Aku ni memang tak pandai."Ayat yang selalu Hana ulang setiap har...
23/07/2025

Apa yang anda selalu fikir fasal diri anda setiap hari?

"Aku ni memang tak pandai."

Ayat yang selalu Hana ulang setiap hari dari sejak sekolah menengah.
Bila dapat markah rendah โ€” dia fikir dia bodoh.
Bila kawan lagi cepat faham โ€” dia rasa rendah diri.
Bila cikgu tegur sikit โ€” dia terus rasa down.
Itu internal dialogue dia setiap hari. Apa yang Hana fikir fasal dirinya.

Kesannya, susah nak percaya bila dipuji.
Rasa tak layak bila peluang datang.

Apa yang kita fikir tentang diri kita adalah cerita yang kita ulang setiap hari. Kalau ia menyakitkan dan menyekat kita untuk gembira, tiba masa untuk kita tukar skripnya.

Aku tak pandai ---- Aku sedang belajar.
Aku lemah ---- Aku penat, tapi aku masih cuba.

Cerita apa yang anda cipta dalam fikiran setiap hari?
Jom ubah skrip sama-sama.

Dapatkan tip di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA3645 #



Exam KAFA tak lama lagi...Ibu ayah risau anak belum mahir bahasa arab?Tak perlu susah hati kerana ebook ini boleh memban...
22/07/2025

Exam KAFA tak lama lagi...
Ibu ayah risau anak belum mahir bahasa arab?

Tak perlu susah hati kerana ebook ini boleh membantu anak berkomunikasi dalam bahasa arab.

Penulisan yang mudah difahami pasti akan membantu anak s**a belajar Bahasa Arab.

Boleh tengok preview ebook disini, ye.

https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2557

Happy Reading!

Penuaan.Ia satu proses semulajdi yang pasti dilalui oleh semua orang. Namun, kita taknak jadi tua sebelum usianya, 'kan?...
22/07/2025

Penuaan.
Ia satu proses semulajdi yang pasti dilalui oleh semua orang.

Namun, kita taknak jadi tua sebelum usianya, 'kan?
Ada dinyatakan bahawa 70% proses penuaan datang daripada gaya hidup kita.
Betapa pentingnya amalan gaya hdup yang sihat.

Pasti anda ingin tahu gaya hidup yang macamana akan melambatkan proses penuaan.

Dapatkan ebook ini di link di bawah. Baca, hayati dan tukar gaya hidup kita agar dapat kita lalui proses penuaan dengan tenang dan santai.

https://www.noradhiyabooks.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=ED2567

Happy Reading!

Address

Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ebook Hunt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ebook Hunt:

Share

Category