Akademi Permodalan Ar-Rahn

Akademi Permodalan Kelantan Berhad - Menyediakan latihan:
📌Gold Appraiser Training Ar-Rahn PKB
📌Ar-Rahn Operational Management PKB
Yang diiktiraf oleh Universiti Utara Malaysia dan NGO lain.

19/05/2026

📚✨ SEPANJANG PROGRAM BENGKEL SOP AR-RAHN NARATHIWAT ✨📚

Sekitar perjalanan dan pengisian Bengkel SOP Ar-Rahn yang dianjurkan oleh Akademi Permodalan Kelantan Berhad khas buat para Penolong Pengurus Cawangan. Program ini berlangsung di Narathiwat dengan pelbagai sesi perkongsian, latihan serta perbincangan bagi memperkukuhkan pemahaman dan pelaksanaan SOP dalam pengurusan Ar-Rahn.

Selain menjadi medium penambahbaikan operasi kerja, program ini juga membuka ruang mengeratkan ukhuwah, semangat kerja berpasukan serta perkongsian pengalaman antara peserta. Semoga segala ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat dipraktikkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kecemerlangan organisasi pada masa akan datang. 🤝✨

Permodalan Kelantan Berhad
Ar-Rahn





✨ [ MAJLIS PENUTUP BENGKEL SOP AR-RAHN ] ✨16 Mei 2026 | Dewan The Tanyong HotelMajlis penutup Bengkel SOP Ar-Rahn telah ...
19/05/2026

✨ [ MAJLIS PENUTUP BENGKEL SOP AR-RAHN ] ✨

16 Mei 2026 | Dewan The Tanyong Hotel

Majlis penutup Bengkel SOP Ar-Rahn telah disempurnakan oleh Dato’ Sr Hj Zamri bin Hj Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

Turut berlangsung sesi penyampaian cenderamata oleh Pengurus Besar PKB, Encik Hassan Shukri bin Hussein sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan atas sokongan serta komitmen yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung. 🎁✨

Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan sistem kerja, peningkatan mutu perkhidmatan serta memperkasakan lagi pengurusan Ar-Rahn ke arah yang lebih cemerlang dan sistematik. 🤝📚

[ LATIHAN DALAM KUMPULAN LDK (SOP) AR-RAHN ]16 Mei 2026, Sesi terakhir bengkel SOP Ar-Rahn adalah dengan sesi latihan da...
19/05/2026

[ LATIHAN DALAM KUMPULAN LDK (SOP) AR-RAHN ]

16 Mei 2026, Sesi terakhir bengkel SOP Ar-Rahn adalah dengan sesi latihan dalam kumpulan.

Selain itu, sesi ini dapat mengumpulkan maklumat berkaitan penambahbaikan dalam cawangan Ar-Rahn dan dalam modus operandi kerja.

Sesi ini harus diteruskan lagi bagi meningkatkan silaturrahim dan produktif dalam bekerja.

Permodalan Kelantan Berhad
Ar-Rahn

[ PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ]Jumaat, 15 Mei 2026 - Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran...
19/05/2026

[ PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ]

Jumaat, 15 Mei 2026 - Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Permodalan Kelantan Berhad telah berlangsung di Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya Narathiwat.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Ali dan Pengurus Bersar KoPKB Encik Muhammad Nafis bin Zainudin mewakili syarikat Permodalan Kelantan Berhad. Turut dihadiri bersama Pengurusan PKB & Penolong Pengurus Cawangan Ar-Rahn.

Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan serta usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan nilai kebajikan antara institusi serta masyarakat setempat.

Permodalan Kelantan Berhad
Ar-Rahn

[ BENGKEL PEMATUHAN SOP AR-RAHN 2026]13-16 Mei 2026, The Tanyong Narathiwat - Akademi Permodalan Kelantan Berhad telah m...
19/05/2026

[ BENGKEL PEMATUHAN SOP AR-RAHN 2026]

13-16 Mei 2026, The Tanyong Narathiwat - Akademi Permodalan Kelantan Berhad telah mengadakan Bengkel Pematuhan SOP Ar-Rahn bagi semua Penolong Pengurus Cawangan Ar-Rahn semenanjung Malaysia.

Bengkel ini dirasmikan oleh Encik Hassan Shukri bin Hussein, Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad.

Bengkel ini juga diadakan bagi memantapkan lagi pengurusan dalam cawangan dengan mengikut piawaian yang ditetapkan demi keberlangsungan dan kemajuan Ar-Rahn.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Pengurusan serta Ketua Unit berkaitan SOP.

Semoga kursus yang diadakan dapat menjadikan anggota cawangan lebih teliti dan menjadikan Ar-Rahn terbaik di seantero dunia.

Turut dihadiri bersama Penolong Pengurus Ar-Rahn:
Permodalan Kelantan Berhad
Koperasi Permodalan Kelantan Berhad

KURSUS AOM AR-RAHN OPERATIONAL MANAGEMENT 7-12 Zulkaedah 1447 / 27-30 April 2026Bertempat di Ibis Style Hotel, Kota Bhar...
15/05/2026

KURSUS AOM
AR-RAHN OPERATIONAL MANAGEMENT

7-12 Zulkaedah 1447 / 27-30 April 2026
Bertempat di Ibis Style Hotel, Kota Bharu, Kelantan

Turut dihadiri daripada KoPKB, KRK.

09/03/2026

Saksikan secara langsung Mimbar Ilmiah Penghayatan Nuzul Quran & Lailatul Qadar secara langsung di facebook Ar-Rahn.

Rasulullah SAW bersabda : "Apabila kalian berjalan melewati taman² syurga maka duduklah bersama mereka ".
Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apa yg dimaksudkan dgn taman² syurga itu ?
Jawab Baginda: "Taman² Syurga itu ialah halaqah zikir (majlis ilmu)"
Hadis riwayat Ahmad & At Tirmidzi.

Saksikan secara FB live Ar-Rahn pada
9hb Mac 2026 , jam 2.30 petang.

10/02/2026

*Mimbar Ilmiah Ambang Ramadan 1447h*
*“Marhaban Ya Ramadan”*

Assalamualaikum wbt,

Adalah dimaklumkan bahawa program seperti berikut:

Hari: *Selasa*
Tarikh: *10 Februari 2026/ 22 SHAABAN 1447H*
Masa : *9:00 pagi - 10:00 pagi*
Tempat : *Surau Wisma PKB*
Penceramah:
*Al-Fadhil Ustaz Zainudin bin Che Ismail, Murabbi Yayasan Islam Kelantan)*

Semua dijemput memeriahkan majlis ilmu, mimbar ilmiah pada kali ini.
Sekian harap maklum. Terima kasih.

جزاك الله خيرا كثيرا

Address

Rmodalan Kelantan Berhad, Tingkat 8, Bangunan Kelantan Trade Centre, Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Permodalan Ar-Rahn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category