02/01/2021
CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL
Cuci muka pun ada caranya bukan main hentam saja! Insyallah kalau ikut cara yang betul kulit muka kita sentiasa sihat dan flawless 🥰
Okay jom Sis nak share tips ni.. semoga bermanfaat untuk korang semua okay 😘.
1. CUCI TANGAN
- Sebelum mula menyentuh atau mencuci wajah, pastikan basuh dulu tangan anda. Jika tangan anda kotor, tak guna lah anda mencuci wajah kerana kotoran seperti debu, habuk dan kuman masih ada di tangan..
2. BUANG KOTORAN PADA WAJAH
- Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan make up remover.
Jika make up tidak dicuci dengan betul, liang-liang pori akan tersumbat dan akan menyebabkan kulit yang bermasalah seperti jerawat dan berminyak..
3. PILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI
- Kenali kulit wajah anda. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi..
4. CUCI DENGAN AIR SUAM
- Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat menyingkirkan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunakan air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabkan saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan p**i..
5. JANGAN LAP DENGAN TUALA
- Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka. .
Nak cantik, kena lah rajin. Betul tak? Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri juga. Jangan lupa untuk mencuci wajah korang sekurang-kurang dua kali sehari bagi mengekalkan kesegaran kulit. Bila ada wajah yang bersih dan cantik, baru lah ada keyakinan yang tinggi untuk bertemu orang kann.❤️