Huffaz Planner

Huffaz Planner Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wasahlan :)
-
Pakar Sistematik Jadual
Hafazan dan Muraja'ah.
-
OPEN FOR

Assalamualaikum Wbt.رمضان كريم 🌙Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari se...
02/04/2022

Assalamualaikum Wbt.

رمضان كريم 🌙

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Semoga kebaikan bulan ini, Allah limpahkan dan permudahkan ibadah untuk kita semua.
‎آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن 🤲🏻🤍

13/02/2022

Ingat hafazan, ingat juga pengulangan.

Sebenarnya dengan pengulangan yang betullah al-Quran akan ingat.

Dengan pengulanganlah kita akan hafal al-Quran.

Hafal tanpa jaga pengulangan bukan lagi namanya hafal sebabnya tidak capai maksud kehendak hafal itu sendiri.

Kerana dengan pengulangan maksud hafal dapat dicapai.

Untuk mahir pengulangan p**a mesti disertai dengan sabar.

Tanpa sabar p**a, pengulangan yang betul tidak dapat dicapai.

Perkara ini memang perlu ulang banyak kali.

Sekali terang memang tidak akan faham juga.

Kerana itu untuk memahamkan semua penghafal al-Quran tentang perkara ini perlukan pengulangan penerangan demi penerangan.

Ulangan > Sabar > Hafal

Umar hafiz

27/09/2021

"Susah betul rasanya nak menjaga al-Quran. Kekadang dapat mengulang 1 hari 5 juzuk, tetapi kekadang 1 hari 1 juzuk saja. Lagi-lagi bila dah masuk dunia pekerjaan, nak mencari masa mengulang sahaja jihad betul rasanya"

"Kau beruntung sudah pernah menghafaz al-Quran. Aku ini, belum mula lagi menghafaz al-Quran. Bagaimana aku hendak memulakan hafazan?" 🥲

"Tak semestinya orang yang pernah menghafaz al-Quran akan menjadi orang yang betul-betul bertuah, atiqah. Buat apa menghafaz jika tiada satu pun ayat yang kau telah hafaz itu, kau faham dan amalkan juga intipatinya. Kau beruntung kerana kau berdampingan dengan orang yang berjuang memahami kandungan al-Quran, kerana bila mengkaji tentang ayat al-Quran, secara tak langsung kau akan terbiasa dan terhafaz ayat yang kau belajar itu" 😌

"Cabaran kau lain, cabaran aku lain. Tapi matlamat kita sama, sama-sama nak mendekati dan bersahabat dengan al-Quran. Semoga Allah beri kemudahan pada kau untuk menghafaz dan memahami al-Quran. Doakan aku dipermudahkan untuk menghafaz dan memahami al-Quran juga." 😊

🌼 Bersahabatlah dan ambillah inspirasi daripada cerita-cerita orang yang sedang berjihad untuk memahami al-Quran.

🌼 Cerita-cerita mereka menginspirasikan dan memberikan kita semangat untuk terus bersabar dan kuat untuk menjadi ahli al-Quran.

🌼 Rasa terisi jiwa bila membaca anekdot "Aku dan Al-Quran". Cerita benar tentang perjalanan orang yang berjuang untuk menjadi ahli al-Quran. Dulu rasa tak bersemangat kini kembali bertenaga.

Untuk order Novel Aku dan Al-Quran, klik link di bio / whatsapp 01110966158

Sekuat mana usaha yang kita beri untuk al-Quran, sekuat itu jugalah al-Quran akan beri kepada kita.Usah biarkan hari-har...
09/09/2021

Sekuat mana usaha yang kita beri untuk al-Quran, sekuat itu jugalah al-Quran akan beri kepada kita.

Usah biarkan hari-hari kita berlalu tanpa membaca ayat-ayat al-Quran. Carilah masa untuk mendampingi al-Quran, jika tidak dicari kalian tidak akan menemuinya.

Di bawah ini, saya kongsikan dari buku tulisan Dr. Majdi Al-Hilali di dalam karyanya كيف ننتفع بالقرآن . Beliau memberi panduan mudah dan praktikal bagi membantu kita mengurus fokus terhadap al-Quran.

Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran.

-Nuraini Shahbuddin

Satu amalan yang amat digalakkan bagi kita sebagai umat Islam untuk melaksanakannnya pada bulan Muharram adalah puasa su...
17/08/2021

Satu amalan yang amat digalakkan bagi kita sebagai umat Islam untuk melaksanakannnya pada bulan Muharram adalah puasa sunat pada 9 Muharram dan 10 Muharram.

Ia juga disebut sebagai puasa Hari Tasu'a dan puasa Hari Asyura'.

Jom sama-sama kita amalkan puasa ini kerana besar fadhilatnya. In shaa Allah.

Feedback Buku Nota Tajwid. Alhamdulillah, moga bermanfaat buat para pengguna.
12/07/2021

Feedback Buku Nota Tajwid. Alhamdulillah, moga bermanfaat buat para pengguna.

Salam sayyidul ayyam.Jom checklist sunnah hari Jumaat!Jangan lupa baca surah al-Kahfi, bersedekah & perbanyakkan selawat...
25/06/2021

Salam sayyidul ayyam.

Jom checklist sunnah hari Jumaat!
Jangan lupa baca surah al-Kahfi, bersedekah & perbanyakkan selawat!

اللهم صل على سيدنا محمد 🍁

Assalamualaikum WBT.Jom sama-sama tingkatkan ibadah dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi di sepuluh te...
03/05/2021

Assalamualaikum WBT.

Jom sama-sama tingkatkan ibadah dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi di sepuluh terakhir bulan Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang istimewa. Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita dapat dilaksankan dengan sempurna di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini dan semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Amin.

Checklist يوم الجمعة،Salam سيد الأيام 😊
23/04/2021

Checklist يوم الجمعة،
Salam سيد الأيام 😊

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.Salam Ramadhan Al-Mubarak.  Sama-sama berusaha melipat gandakan pahala ibadah di bulan p...
13/04/2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Sama-sama berusaha melipat gandakan pahala ibadah di bulan puasa. Semoga Ramadhan kali ini menjadi asbab hubungan kita dengan Al-Quran sangat luar biasa.

اللهم آمين يا مجيب 🤲🏻
t.me/huffazplanner

COUNTDOWN RAMADHAN 1442H/2021MAlhamdulillah, berbaki 5 hari lagi untuk kita persiapkan diri menuju bulan Ramadhan al-Mub...
08/04/2021

COUNTDOWN RAMADHAN 1442H/2021M

Alhamdulillah, berbaki 5 hari lagi untuk kita persiapkan diri menuju bulan Ramadhan al-Mubarak. Jom ulangkaji bab puasa!

Rukun-Rukun Puasa:-
1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa :-
1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

Semoga bermanfaat!
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.

Address

Kg Galok, Chetok, 17060 Pasir Mas, Kelantan
Kampong Tanah Merah
17060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Huffaz Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share