17/07/2022
Pemasangan kertas aluminium di bawah atap genting
Kami yang dalam bidang menyelesaikan masalah panas di premis pelanggan, adalah penting untuk kami untuk menyelesaikan masalah panas dari puncanya.
Misalnya untuk kes ini. Kami ditugaskan untuk menyelesaikan masalah panas di rumah semi-D satu tingkat. Video di bawah menerangkan bumbung jenis atap genting yang mana silingnya dipasang dekat dengan atap genting mengikut kecuraman bumbung.
Kami telah mengambil peluang ini untuk merekod suhu permukaan bahagian siling sebelum dan selepas pemasangan kertas aluminium.
Kenapa kami tekankan suhu permukaan dan bukan suhu persekitaran? Ini adalah kadang-kala masa yang kami berada di sesuatu premis adalah hanya untuk tugas sahaja dan bukan selepas itu. Sebab premis itu bukan milik kami dan kadang-kala ia adalah rumah yang sudah diduduki oleh penghuni.
Menguji suhu persekitaran memerlukan pengukuran sebelum dan selepas pemasangan dan kadang-kala tidak dapat ditunjukkan pada masa yang sama barulah tepat kerana akan ada orang yang akan mempertikaikan adakah suhu selepas pemasangan ketika cuaca redup.
Sebenarnya apabila suhu permukaan sekiranya anda berjaya dikurangkan, maka anda akan berjaya juga mengurangkan suhu persekitaran kerana kedua-duanya saling berkait.
Haba akan masuk dan meresap ke dalam rumah melalui 3 cara iaitu radiation, convection dan conduction. Terlalu panjang untuk dihuraikan di sini. Sekiranya bersempatan akan buat penerangan di post lain.
Video di bawah menerangkan perbezaan suhu permukaan tanpa penebat haba dan bahagian lain yang telah dipasang dengan kertas aluminum. Harap bermanfaat.