16/10/2017
Assalam.. apa khabar semua! Korang sihat ke? Sis nak berkongsi tips kali ni. Semoga tips ni membawa manfaat bersama. Sis nak berkongsi "5 Cara Mendapatkan Ketenangan Hidup"
1) |Senyum Selepas Bangun Tidur|
Kajian membuktikan, mereka yang senyum pada waktu pagi memberikan ketenangan pada otot muka dan ia secara langsung memberikan kesan positif dan bahagia kepada kita
2) |Masukkan RM1 ke Tabung Derma setiap Pagi |
Cara ini membuatkan kita terfikir bahawa ramai lagi insan yang kurang bernasib baik dan kita menjadi pembantu mereka. Mereka yang memberi adalah lebih mulia
3) | Memaafkan Orang Lain dan Meminta Maaf |
Orang yg sentiasa begini akan sentiasa lebih tenang hidupnya kerana sentiasa berlapang dada.
4) | Bersangka Baik |
Mereka yang sentiasa bersangkan baik akan hilang rasa resah akan kehebatan dan kesenangan orang lain. Mereka tiada rasa dengki dan sentiasa s**a akan kesenangan org lain
5) | Tidak Mengeluh Malah Sentiasa Positif |
Ujian yang datang bukanlah satu malapetaka tetapi kasih sayang Tuhan pada kita dan ia menaikkan taraf hidup ini ke level lebih tinggi.