20/10/2025
[ Mengenali Penulisan Ulama Kita ]
Kitab: al-Majmu' Syarah al-Muhazzab
Penulis: al-Imam Abu Zakaria Muhyuddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631h-676h)
Merupakan syarahan Imam Nawawi keatas kitab al-Muhazzab oleh Imam Syairazi. Kitab al-Muhazzab merupakan kitab yang terhasil daripada al-Ta'liqah karangan Imam Abi Tayyib al-Tabari yang merupakan ringkasan daripada Mukhtasar al-Muzani.
Imam Nawawi berkata: Aku telah menghimpunkan syarah ini dengan sangat terperinci sehingga mencapai tiga jilid besar pada penghujung Bab Haid. Namun, aku mendapati bahawa meneruskan penulisan dengan cara sebegini boleh menyebabkan pembacanya berasa jemu dan menjadi sebab kurangnya manfaat yang diperoleh daripadanya kerana terlalu panjang.
Penulisan Imam Nawawi bermula dari muqaddimah yang sangat penuh faedah kemudian bermula syarahan keatas kitab al-Muhazzab sehingga sampai kepada bab riba dan tidak sempat melengkapkannya. Kemudian Imam Subki meneruskan dengan sempat menambah sebanyak 3 jilid.
Imam Nawawi berkata: Aku akan menyebut dalam kitab ini mazhab para salaf daripada kalangan sahabat, tabi‘in, dan generasi selepas mereka daripada fuqaha di pelbagai negeri beserta dalil-dalilnya daripada al-Kitab, al-Sunnah, ijmak, dan qiyas.
- Cara penulisan Imam Nawawi lebih kepada cara Fiqh Muqaran. Beliau menulis kitab ini selepas beliau menulis kitab Minhaj al-Talibin dan Raudah al-Talibin. Menunjukkan kepada pentingnya untuk menguasai satu mazhab kemudian baru mendalami Fiqh Muqaran.
Cetakan yang kebanyakkan ada harini adalah takmilah Syeikh Mutie . 9 jilid awal adalah penulisan Imam Nawawi, 2 jilid kemudian Imam Subki, manakala baki jilid sehingga jilid 23 adalah Syeikh Mutie. Adapun cetakan yang terbaik adalah cetakan Darul Muqtabas YANG dicetak dengan tulisan makhtutah.
اللهم اغفر لنا و لوالدينا و لعلمائنا و لمشايخنا ولإخواننا ولكل المسلمين أجمعين
Jangan lupa untuk follow kami 🤠
Fb page : https://www.facebook.com/MaktabahDIZ/
Tiktok: https://www.tiktok.com/?_t=ZS-90i3XFrOtBV&_r=1
Insta: https://www.instagram.com/maktabah_diz/