31/08/2022
LEBAH KELULUT
Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia
Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas,
Kelulut boleh dijumpai hampir semua di kawasan tropika dan sub-tropika dunia, seperti Asia Tenggara, Australia, Afrika, dan di kawasan tropika Amerika.
Majoriti lebah eusosial asli di Amerika Tengah dan Amerika Selatan adalah lebah kelulut, walaupun hanya beberapa lebah kelulut mampu menghasilkan madu untuk tujuan pemeliharaan.[
Kelulut juga berlainan di Afrika, termasuk Madagascar dan dipelihara di sana juga; madu meliponine dianggap sebagai ubat bagi kebanyakan komuniti di Afrika dan Amerika Selatan.
Madu Kelulut mengandungi Protein, Amino Acid, Glucose, Vitamins A, B, C, D, and E and Minerals.
Kandungan perubatan madu kelulut ialah bertindak sebagai Antiseptik, anti radang, antifungal and antiviral.
Madu kelulut jula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa
Madu kelulut yang kini merupakan komoditi hebat telah diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut kini akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun 2017.
YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik.
Madu kelulut p**a biasanya akan mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu lebah biasa.
Kandungan unsur Hydroxvmethylfurfural (HMF) dalam madu kelulut p**a rendah (iaitu lebih kurang 1.0 mg/kg).
Asid fenolik dalam madu kelulut merupakan sejenis bahan antioksidan mudah ser
SUPERFOOD atau dalam bahasa Malaysia dipanggil sebagai 'Makanan super' adalah makanan yang berasaskan daripada tumbuhan, madu dan juga ikan serta tenusu. Makanan ini juga dianggap padat dari segi gizi dan baik untuk kesihatan.
Antara contoh makanan super atau superfood termasuk madu lebah kelulut, sayuran kobis bunga, timun, blueberry, salmon, kale dan kekacang. Penulis blog merujuk kepada American Heart Association dimana mereka nyatakan 'superfood' memang tidak mempunyai kump**an makanan mereka yang tersendiri.
Madu kelulut ialah salah satu jenis superfood yang paling berkesan dalam pencegahan jangkitan penyakit dan mempunyai komponen komposisi flavanoid dan finolik yang bersifat alkali dan menurunkan kadar keasidan dalam badan.
Dilaporkan diantara kelebihan jenis madu yang unik ini dari aspek kesihatan ialah kemampuannya membunuh sel kanser kerana mengandungi asid p-coumaric iaitu sejenis bahan antikoksidan yang dipercai mampu mengurangkan pembentukan karsinogen nitrosamin yang selalunya dikaitkan sebagai punca penyakit kanser perut berlaku.
Selain itu, madu ini juga mengandungi asi fenilproponik yang dapat mengurang keradangan kanser usus besar akibat pembentukan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2). Madu kelulut juga akan dapat mengurangkan kepedihan gastrik disebabkan komponen komposisi flavanoid dan finolik dalam madu kelulut dapat mengurangkan rasa pedih akibat kandungan asid tinggi dalam perut yang menghakis dinding perut bagi penghidap gastrik.
Pembaca semua perlu dapatkan madu kelulut yang asi disahkan dengan piawaian MS 2683 bagi mendapatkan kepuasan khasiat yang sebenar.