25/05/2026
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sentiasa menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh para pencinta buku dari setiap pelosok. Tidak terlepas tahun ini, PTS akan kembali memeriahkan PBAKL 2026 dengan membawakan Pesta Buku Jimat khas untuk pengunjung yang ingin mendapatkan bahan bacaan berkualiti pada harga yang lebih menjimatkan.
Melalui Pesta Buku Jimat, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan naskhah menarik pada harga RM5, RM10 dan RM15 sahaja. Lebih jimat, lebih berbaloi dan sesuai untuk semua peringkat pembaca.
Daripada bahan bacaan santai, komik, novel hinggalah buku ilmiah, semuanya tersedia di reruai Pesta Buku Jimat untuk memenuhi pelbagai minat dan citarasa pembaca. Inilah peluang terbaik untuk menambah koleksi bacaan tanpa perlu berbelanja besar.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman membeli buku yang lebih menyeronokkan dan menjimatkan di reruai Pesta Buku Jimat sepanjang PBAKL 2026.
Buku terbaik, harga menarik.