15/07/2025
Berniaga Sambil Beramal Itu Syiar Islam, Bukan Menunggang Agama.
Dalam Islam, berniaga bukan sekadar cari untung. Tapi ia adalah jalan dakwah, ibadah dan penyambung amal jariah.
Apabila peniaga menawarkan peluang kepada pelanggan untuk berinfaq, berwakaf atau bersedekah melalui produk jualan mereka, itu bukan menunggang agama. Itu adalah menghidupkan syiar Islam dalam urusan ekonomi.
Kenapa kita nak pisahkan perniagaan daripada agama? Islam bukan sekadar solat dan puasa. Islam adalah cara hidup termasuk cara kita menjana rezeki dan membantu ummah.
Yang menunggang agama adalah mereka yang menyalahgunakan nama agama untuk menipu, mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan atas kebodohan orang lain. Bukan orang yang jujur berniaga sambil membuka jalan pahala.
Islam mengajar kita, bukan saja berniaga untuk hidup tapi gunakan perniagaan itu untuk membangunkan masyarakat dan memanjangkan pahala.
Islam itu bukan hanya kehidupan. Tapi kehidupan itu adalah Islam.
Dalam Islam, berniaga bukan semata-mata untuk cari untung. Tetapi ia adalah salah satu jalan untuk beribadah, menyebar manfaat, dan menyambung pahala jariah.
Apabila seorang peniaga membuka ruang kepada pelanggan untuk berinfaq, berwakaf atau bersedekah melalui produk jualan mereka itu bukan menunggang agama. Bahkan itulah yang dinamakan menghidupkan syiar Islam dalam urusan ekonomi.
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik…”
— Surah Al-Baqarah: 267
Islam tidak memisahkan agama daripada kehidupan. Bahkan Islam itu cara hidup menyeluruh (syumul) meliputi aqidah, ibadah, muamalat, perniagaan, kekeluargaan, pemerintahan dan pembangunan masyarakat.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (kaffah)...”
— Surah Al-Baqarah: 208
Maka berniaga sambil menggalakkan amalan wakaf, infaq dan sedekah adalah bukti bahawa ekonomi Islam itu bukan sekadar untung dunia, tetapi membawa p**angan akhirat.
Yang dikatakan menunggang agama bukan pada amalannya, tapi pada niat jahat, penipuan atau penyalahgunaan nama agama untuk kepentingan diri. Jangan disalahkan orang yang jujur dan amanah semata-mata kerana mereka menyatukan jual beli dan dakwah.
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan."
— [HR Bukhari & Muslim]
Adakah salah kalau nasi lemak dijual RM4.50, dan ada pelanggan mahu infaqkan 50 bungkus ke masjid? Adakah salah peniaga itu ambil upah dan bantu hantar ke masjid, dengan harga yang sama?
Tidak. Yang penting ialah kejujuran, amanah dan akad yang jelas.
Allah berfirman lagi: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya...”
— Surah An-Nisa’: 58
Jadi, mengapa mahu asingkan perniagaan daripada agama? Seolah-olah nak bawa pemikiran liberal yang menolak peranan agama dalam kehidupan harian.
Islam bukan hanya kehidupan. Tetapi kehidupan itu adalah Islam.
Dan hanya Islamlah satu-satunya agama yang mengajar kita:
Bagaimana nak untung dunia & akhirat.
Bagaimana nak berniaga sambil menyambung pahala.
Bagaimana nak bantu orang lain, sambil kita dipermudahkan rezeki.
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
— Surah Al-Baqarah: 261
Nora Yusof
Penulis FTR