Sabun Herba Vitamin

Sabun Herba Vitamin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sabun Herba Vitamin, Hobby Store, Alor Setar.

Sabun Herba Vitamin dibuat secara tradisional dengan penyediaan yang rapi dengan menggunakan kaedah "Cold Process" yang dapat mengekalkan Vitamin E Semula jadi daripada minyak kelapa dara dan mempunyai gliserin semulajadi. Sabun Herba Vitamin membantu mengatasi masalah resdung, jeragat, jerawat, kulit kusam dan menanggalkan sel kulit mati dan memperbaiki kulit rosak, membantu meneutralkan kulit teriritasi sekaligus memberi nutrisi pada kulit.

https://youtu.be/Q1dJ9ORi8mg
15/06/2021

https://youtu.be/Q1dJ9ORi8mg

Shinobu Kocho Nichirin Blade from Kimetsu no Yaiba (Demon Slayer) From WoodStinger Nichirin Katana: Shinobu uses a heavily modified Nichirin Blade forged by ...

Selamat pagi dan Salam sejahtera..hari ni admin nk kongsi tips nk lebatkan rambut :DTip 1: Selepas makan, basuh tangan a...
21/10/2013

Selamat pagi dan Salam sejahtera..
hari ni admin nk kongsi tips nk lebatkan rambut :D


Tip 1: Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.

Tip 2: Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.

Tip 3: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Tip 4: Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

Tip 5: Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.

Tip 6: Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.

Tip 7: Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.

SEMOGA BERGUNA :D

20/10/2013

Jangan simpan perasaan benci :D

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

20/10/2013

Baca banyak kali pon masih lawak lagi :D

CEQITA LAWAK ( LOGHAT KEDAH )
Alkisah terjadi di sebuah Kfc di Kedah...
cashier : makan sini ka bawak balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja).. patot qamai..pakat dok makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkuih bawak balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkuih tak bawa balik.dia teqebang balik qumah pakcik seniri ka.bungkuih.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada dak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bole pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketoi ayam.ada yang 3 4 ketoi..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana qeti nak beli baqang kueh camna..haqu btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak qeti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa oqang kat qumah?
pakcik : pakcik soqang.anak ada 4 oqang.makcik hang maseh soqang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..ayaq nak ayaq gas yang mana?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg qeja kentut..angin..teh o suam ka kopi taqik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo aih kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang pa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucuq ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucuq ubi seringgit cucur pisang seringgit..campoq..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan) cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam beqapa ketoi?(bukak plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bole beli ayam 3 ekoq.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah haihh...

Selamat pagi dan Selamat berhujung minggu :Dhari ni admin nk share sedikit khasiat buah belimbing buluh :DMungkin ramai ...
20/10/2013

Selamat pagi dan Selamat berhujung minggu :D
hari ni admin nk share sedikit khasiat buah belimbing buluh :D
Mungkin ramai yang tahu belimbing buluh tapi ramai yang xtahu khasiatnya :D

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

Selamat malam dan salam sejahtera..Malam ni admin nk share cara2 nk cuci muka dengan betul..Terkadang kita main cuci je ...
17/10/2013

Selamat malam dan salam sejahtera..
Malam ni admin nk share cara2 nk cuci muka dengan betul..
Terkadang kita main cuci je kan :D

Langkah 1. Cuci Tangan
Ingat selalulah cuci tangan sebelum membersihkan muka, memakai makeup atau memegang wajah anda. Tanpa disadari, sangat banyak bakteri yang melekat di tangan kita, dan jika tidak dibersihkan, bakteri dan kotoran terdapat pada tangan akan berpindah p**a ke wajah kita. Gunakan sabun dan cuci tangan sebersih-bersihnya.

Langkah 2. Ikat Rambut Anda
Dengan mengikat rambut, selain lebih mudah membersihkan, wajah kita juga akan terhindar dari kotoran yang mungkin ada pada rambut.

Langkah 3. Bersihkan Makeup
Jika menggunakan makeup, ada baiknya jika kita membersihkannya dahulu dengan makeup remover sebelum mencuci muka. Bersihkanlah bahagian mata terlebih dahulu dan diikuti bahagian bibir.

Langkah 4. Basahi Muka
Percikkan sedikit air ke wajah agar pori-pori lebih terbuka. Dengan begitu, produk akan dapat membersihkan muka kita lebih mendalam.

Langkah 5. Menggunakan Pencuci Muka
Letakkan sedikit pembersih di telapak tangan kita. Letakkan sedikit air dan gosokkan di telapak tangan hingga berbuih, dan usapkan secara lembut dengan 3 jari-jari terakhir ke seluruh muka, mulai dari dahi, hidung, p**i, dagu hingga leher. Gosok dengan lembut wajah kita dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu diingat, jangan terus membilas muka, biarkan formula pembersihnya meresap ke dalam kulit selama beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).

Langkah 6. Membilas
Basuh muka dengan air beberapa kali hingga sisa-sisa pencuci tak terasa lagi di wajah kita. Gunakan air bersih. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang bersih.

Langkah 7. Gunakan Penyegar
Adalah sangat disarankan menggunakan penyegar setelah mencuci muka. Penyegar berfungsi membersihkan sisa makeup, kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal meskipun telah dicuci dengan cleanser. Penyegar juga berfungsi mengecilkan pori-pori, menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Sapukan penyegar secukupnya ke wajah dengan kapas yang bersih.

Langkah 8. Lembapkan Kulit
Sapukankan moisturizer setiap habis membersihkan wajah, agar wajah selalu terjaga kelembabannya. Pastikan juga bahwa Anda menggunakan pelembap yang sesuai jenis kulit.

Semoga info in berguna :D

Selamat pagi dan Salam sejahtera..Lama sudah admin tak post tips2 kecantikan ni..:DHari ni admin nk bagi sedikit tips Un...
17/10/2013

Selamat pagi dan Salam sejahtera..
Lama sudah admin tak post tips2 kecantikan ni..:D
Hari ni admin nk bagi sedikit tips Untuk Kelihatan Cantik Selalu

Pilihan 1: Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya). Ambil p**a 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam (kupas kulitnya). Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Pilihan 2: Ambil beras ½ kilogram, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan pada wajah anda sehingga kering dan kemudian bilas.

Pilihan 3: Ambil air kelapa muda setengah gelas dan kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.

Selamat mencuba :D

Fikir dulu sebelum buang :DSelamat Pagi Semua :D
16/10/2013

Fikir dulu sebelum buang :D

Selamat Pagi Semua :D

Permintaan terakhir arwah :DSelamat Hari Raya AidilAdha Kepada Semua :D
15/10/2013

Permintaan terakhir arwah :D

Selamat Hari Raya AidilAdha Kepada Semua :D

SELAMAT PAGI DAN SALAM SEJAHTERAPagi ni admin nk share sedikit petua kecantikan.Ada yang admin cuba sendri :DPetua Untuk...
13/10/2013

SELAMAT PAGI DAN SALAM SEJAHTERA
Pagi ni admin nk share sedikit petua kecantikan.Ada yang admin cuba sendri :D

Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan

Pilihan 1:

★ Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, dan sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang anda mampu.

★ Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (biarkan ia pekat seperti tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

★ Ambil air kelapa muda ½ gelas dan kacau dengan 1 biji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 - 6 kali seminggu.

Pilihan 2:

★ Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidak cukup tidur, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan pilihan petua ini:

★ Ambil 10 liter air dan campurkan dengan 500 gram daun teh. Campurkan dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan ia mndidih sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut-turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher anda. Amalkannya setiap pagi.

★ Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus. Campurkan segelas air. Ramuan hendaklah dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

★ Ambil daun katuk atau cekur manis 10 lebar dan dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Selepas itu bilas bersih. Amalkannya setiap malam.

★ Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapukan pada wajah anda. Biarkan ia kering dan bilas bersih.

★ Ambil 2 biji pisang embun dan lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka anda. Apabila sudah kering, bilas bersih.

★ Ambil kulit dari 2 biji pisang dan dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit muka anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit muka jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan ia kering dan bilas.

SELAMAT MENCUBA :D

11/10/2013

Jangan berprasangka buruk dan jangan kedekut :D

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rmh seorang ibu miskin dengan 2 anak. Pada satu malam tiba-tiba lampu terpadam, dgn bantuan cahaya dr hanset dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba dtg seseorang mengetuk pint. ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau. "Kakak, ada lilin tak?" Gadis itu berfikir... JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!". Ketika itulah si anak miskin berkata riang. "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin." Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat. Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA buruk, dan BERKONGSILAH... Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak kita MEMBERI. Sweet Charity

p.s - copy and paste :D

11/10/2013

CARA BERKASIH SAYANG mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW:

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

p.s - copy and paste :D

Address

Alor Setar

Telephone

012 4140971

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabun Herba Vitamin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category