20/03/2013
PROGRAM DALAMAN:
3) DIPLOMA SYARIAH ISLAMIAH
Kod Kursus :
DSI 110
Kod Pengiktirafan :
N/22/1/4/0052
Jenis Program :
Sendiri
Mod Pengajian :
Sepenuh Masa
Syarat Kemasukan :
Lulus SPM dengan 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk subjek Pendidikan Islam/Syariah.Tasawwur Al-Quran dan Sunnah. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang lulus SMA, boleh membaca Al-quran dan menulis jawi.
Pelajar yang tidak lulus Bahasa Melayu dalam SPM perlu mengambil kertas Julai untuk Bahasa Melayu sebelum bergraduat.
Pelajar yang gagal Bahasa Arab atau tidak pernah mengambil subjek Bahasa Arab perlu mengambil dan lulus subjek pengukuhan Bahasa Arab semasa Semester 01.
ATAU
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar yang lulus STAM akan ditawarkan terus ke Tahun 2 (Semester 3).
Bagi calon lepasan sijil :
Lulus Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Kemahiran MARA atau sijil dari mana-mana IPTS yang telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency,MQA) atau badan setara (pelajar luar negara) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dalam bidang berkaitan serta lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya satu (1) kredit. Syarat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu perlu dipenuhi sebelum bergraduat.
ATAU
Kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Objektif Program :
Melahirkan graduan yang memahami dan menghayati etika dan tanggungjawab sosial di dalam bidang yang diceburi..
Melahirkan graduan yang berupaya mempamer dan mengaplikasipemahaman dan penggunaan teori, falsafah, teknik serta kemahiran yang bersesuaian di dalam situasi pekerjaan sebenar.
Melahirkan graduan yang mampu memahami fungsi Pendidikan Islam yang merangkumi bidang Syariah Islamiah.
Prospek Kerjaya :
Penolong Pegawai Jabatan AGama Islam
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Pendakwah
Guru Agama
Struktur Program Pengajian :
Bahasa Kebangsaan A
Pengajian Malaysia
Sejarah Peradaban Islam
Tajwid dan Hafazan Al-Quran 1,2,3,4,5
Ko-Kurikulum 1,2
Aplikasi Komputer
Bahasa Inggeris 1,2
Bahasa Arab 1,2,3,4
Feqh Islami
Feqh Muamalat
Feqh Munakahat
Feqh Semasa
Feqh Muqarran
Feqh Jinayat
Ilmu Mirath (Faraid)
Tauhid
Akhlak dan Tasawuf
Pentadbiran dan Pengurusan Islam
Perundangan Islam Di Malaysia
Ulum Al-Quran
Ulum Al-Hadith
Usul Feqh 1,2
Qawaid Feqhiyyah
Tafsir Ahkam
Hadith Ahkam
Asas Ekonomi Islam
Praktikal