KETAM Boxing

KETAM Boxing MEMBEKAL KETAM NIPAH AREA MELAKA/NEGERI SEMBILAN

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mend...
07/01/2021

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapati ketam bakau berpotensi menjadi penawar penyakit kanser dan denggi.

Walaupun kajian itu masih di peringkat awal, beberapa hasil kajian makmal mendapati ketam bakau atau nama saintifiknya 'Scylla Olivacca' berpotensi menjadi ubat kepada penyakit berkenaan menerusi ekstrak partikel nano perak yang terdapat dalam darahnya.

Pengarah AKUATROP, Prof Emeritus Dr Mohd Azmi Ambak, berkata kajian itu baru dijalankan kira-kira setahun dan beberapa bukti penting ditemui bagi menyokong hasil kajian.

Beliau berkata, kajian mendapati, partikel nano perak dalam darah ketam bakau adalah bahan yang mampu menjadi ubat kepada penyakit denggi dan kanser luaran seperti kanser payudara yang menjadi pembunuh utama wanita di dunia.

"Di dalam ketam bakau terdapat beberapa partikel nano dan antaranya ialah perak (silver) yang berunsur toksik, tetapi selepas menjalani proses biosintesis, ia akan menjadi ubat yang mampu merawat penyakit denggi dan kanser.

"Bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat awal dan kita perlu melalui proses panjang termasuk ujian klinikal yang lebih terperinci sebelum mampu mengeluarkan ubat yang boleh digunakan oleh manusia sejagat.

"Selain khidmat penyelidik UMT, kita juga mempunyai kepakaran saintis dari Kanada yang bekerja secara kontrak di sini dan mungkin akan bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi menjalankan kajian lanjut mengenai penemuan ini," katanya selepas Bengkel Akuakultur Ketam Portunid dan Perikanan Berdaya tahan Antarabangsa 2016, di sini, pagi tadi.

Bengkel dua hari yang menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada penyelidik tujuh negara dalam bidang akuakultur itu dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Ainie Mokhtar.

Selain berpotensi menjadi penawar kepada kanser dan denggi, ketam bakau juga boleh digunakan untuk merawat penyakit udang di kolam ternakan yang sering mengakibatkan kerugian besar kepada penternak secara komersial.

"Kita sudah jalankan ujian makmal terhadap udang segar dan sakit yang diambil dari kolam dan selepas diberi makanan yang mengandungi bahan ini (ekstrak darah ketam bakau), kita dapati ia mampu merawat penyakit berkenaan," katanya.

sumber :-

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/03/138151/ketam-nipah-berpotensi-rawat-denggi-kanser

RESEPI - KETAM TELUR MASIN- 2 ekor ketam- 4 sudu besar mentega- 3 biji bawang putih (dicincang)- 6 batang cili padi (dip...
06/01/2021

RESEPI - KETAM TELUR MASIN

- 2 ekor ketam
- 4 sudu besar mentega
- 3 biji bawang putih (dicincang)
- 6 batang cili padi (dipotong)
- 1 tangkai daun kari
- 3 biji telur masin direbus (ambil
kuningnya sahaja. 1 biji diambil
putihnya dan dihancurkan)
- 1/2 tin Susu Cair
- Sedikit garam jika perlu
- Sedikit gula jika perlu

Untuk menggoreng ketam:

- 2sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil lada sulah
- Sedikit garam

Cara-cara:

-Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk bahagian sepit yang
keras supaya mudah untuk dinikmati.

- Kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila sudah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. (untuk kekejalan isi ketam dan mengelakkan overcook)

- Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.

- Goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.

- Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin.

- Kacau hingga berbuih. Setelah berbuih, masukkan susu cair.

- Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati.

- Bila kuah sudah pekat, tambah garam, gula dan perasa.

- Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya sebati dengan ketam.

🦀 KETAM NIPAH SEGAR🦀✈️ Import khas dari Sabah💯 Isi padat dan manis💯 Sesuai dihidang pelbagai menu.‼️KETAM RM27/KG‼️‼️SAI...
06/01/2021

🦀 KETAM NIPAH SEGAR🦀

✈️ Import khas dari Sabah

💯 Isi padat dan manis

💯 Sesuai dihidang pelbagai menu.

‼️KETAM RM27/KG‼️
‼️SAIZ KETAM GRED A (ANGGARAN 1KG 2 @ 3 EKOR)‼️
‼️ISI PADAT DIJAMIN PUAS HATI‼️

SABTU 09/01/2021 KAMI BEROPERASI DI SEKITAR ALOR GAJAH @ MASJID TANAH

PENGHANTARAN SEKITAR ALOR GAJAH ,MASJID TANAH ,TAMPIN DAN BANDAR MELAKA (Cas penghantaran mengikut tempat)

Berminat boleh whatsapp saya :-

📞 https://wa.me/60196420335?text=KetamNipah
📞 https://wa.me/60123814268?text=KetamNipah
📞 https://wa.me/60102471571?text=KetamNipah
📞 https://wa.me/60176957410?text=KetamNipah

Address

ALOR GAJAH
Alor Gajah
78000

Telephone

+60196420335

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KETAM Boxing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share