07/07/2020
Ingin sekali berkongsi..Coretan New project. Baru nak belajar menapak semula sedikit demi sedikit.
Terinspirasi apabila balik kampung lama sikit aritu. Sumber2 alam & hasil laut yg terbaik dalam Malaysia ni datangnya dari kawasan berdekatan kampung kita ja. Kawasan asal keluarga abah aku. Nama Tanjung Dawai tu punya dah lama menjadi satu nama yang gah hingga dipahat dalam lirik lagu Cinta Pantai Merdeka dendangan kumpulan Jinbara berbelas tahun lamanya.
Makanan hasil laut kualiti yg terbaik..rasa yang memikat terangkat. Baru kau tahu nikmatnya di dunia yg fana 😆
Mengambil kesempatan hasil air tangan orang kampung sendiri, maka dipermudahkan oleh Nya untuk urusan mendapatkan bekalan yg terpilih, terbaik dan terjamin kesucian serta kebersihan produk ini.
Kita ni bukannya jenis amik barang tangkap muat sahaja lalu klaim itu ini bak menjanjikan langit yg indah dengan bulan dan bintang sahaja. Tidak sama sekali..
Kita memilih.. kita pilih pembuat, kita pilih kualiti produk, kita pilih demi mendapat hasil rasa yang terbaik
Apa yang dapat kita janjikan ialah
✅100% Original produk dari kampung kita (hasil laut asli dri Tg Dawai, hasil air tawar/payau dari sungai2 bersih negeri Kedah)
✅ Stok produk yg terbaru yakni barang baru siap, kondisi terbaik dan terpilih sahaja
✅ 100% Selamat - tiada penggunaan bahan kimia & pengawet sintetik.
✅ Harga kami mungkin bukan yg termurah tetapi 100% pasti KUALITI TERBAIK + rasa yang TERBAIK
KAMPUNG MARI nama diberi. Kerana kami anak kampung, membawakan produk kampung. Supaya yg berada di celah kota kejam ini masih mampu memanjakan diri dengan nikmat makanan asal kampung kita. Supaya tidak alpa dari mana asalnya kita sebelum singgah di kota.