30/09/2016
APE ITU ROSEHIP
🌷
Rosehips merupakan buah dari tanaman bunga mawar. Warna buah rosehips adalah merah-oren dan apabila tua akan bertukar warna kepada ungu. Dipendekkan cerita, rosehips adalah buah bunga mawar. Ia terhasil selepas semua kelopak bunga mawar gugur.
Rosehips digunakan untuk membuat teh herba, jem jelly, sirap, sup, minuman, kuih, roti, pau dan mamalade,
Penduduk asli di Amerika menjadikan rosehips sebagai minuman teh herba iaitu minuman tradisional mereka. Bulu-bulu halus yang terdapat pada rosehips boleh digunakan sebagai bedak gatal, dijadikan minyak esential yang berfungsi mengurangkan kedutan, kulit kering & memperbaiki sel kulit yang rosak.
Untuk pengetahuan anda semua, rosehips adalah salah satu sumber tanaman terkaya sedia ada yang mengandungi kandungan vitamin C yang sangat tinggi iaitu terdiri daripada 80% lemak esenstial, vitamin A & B.
Rosehips juga mengandungi antioksida yang bermanfaat untuk mengubati influenza, cirit birit dan sakit sendi.
Rosehips merupakan sumber vitamin C kerana ia mengandungi lebih 50% vitamin C dari buah oren.
Kebaikan dan manfaat Rosehips kepada kita.