Nur Semera Pade

Nur Semera Pade Jemput ye: https://shp.ee/hyd2agf
Cara Claim Free Shipping: https://bit.ly/2XL6jik

10 SEBAB MENGAPA MENGAJAR BUKANLAH KERJAYA UNTUK SEMUA ORANGSeseorang pernah minta saya tulis tentang laluan nak jadi gu...
30/01/2023

10 SEBAB MENGAPA MENGAJAR BUKANLAH KERJAYA UNTUK SEMUA ORANG

Seseorang pernah minta saya tulis tentang laluan nak jadi guru. Berminat, katanya.

Kerjaya:
Saya pilih bukan dipilih 👉 https://shope.ee/9emqEvLtjM

Saya ambil masa nak tulis, sebab kerjaya guru ni unik. Ada banyak jalan masuk. Jalan tu p**ak tak sama seperti kerjaya lain. Ia boleh berubah-ubah ikut keadaan politik semasa.

Dalam pada itu, seorang profesor bidang pendidikan menasihatkan saya, “awak jangan nak offer sangat orang jadi cikgu. Kebanyakannya hanya nak ‘security’ sahaja. Jalan mudah nak kerja kerajaan. Kami di universiti pun penat layan cikgu yang mentalitinya bukan nak mengajar sangat. Kita perlukan cikgu-cikgu yang passionate dalam kerjaya.”

Jika anda yakin anda nak jadi cikgu sebab ada ciri-ciri yang diperlukan, boleh tengok panduan pada gambar di bawah. TETAPI, eloklah diteliti dulu, 10 cabaran menjadi guru ni. Agak-agak sanggup redah, kami mengalu-alukan orang macam anda dalam kementerian terbesar negara:

1. ‘Passion’, bukan ‘interest’: Setakat minat je tak cukup. Kena ada big ‘why’ nak jadi cikgu. Jika tidak, s**ar untuk anda mencari motivasi untuk terus berada dalam bidang ini. Kita akan duduk lama dalam sistem ini. Hanya ‘passion’ boleh buat kita bertahan. ‘Passion' juga benda yang buat kita bertahan untuk point 2-9.

2. Classroom management: Mengajar di Malaysia memerlukan keupayaan untuk mengurus DAN mengawal pelbagai kump**an pelajar, masing-masing dengan keperluan dan tingkah laku yang unik, terutamanya dengan kepelbagaian budaya dan sosio-ekonomi pelajar. Itu baru bab manage kelas, belum lagi bab mengajar pun nak kena pelbagaikan aras.

3. Kesabaran bekerja dengan kanak-kanak dan remaja: Anda s**a budak-budak? Haa, itu bukan indikator anda mampu bersabar dengan mereka! Budak sekolah rendah nampak comel je, tapi kena banyak energy nak sama berlari dan berlawan kuatnya suara mereka. Mengajar sekolah menengah, cabarannya p**a dari segi penguasaan content sambil bersabar dengan emosi remaja yang konon dah dewasa.

4. Gaji: Mengajar di Malaysia bukanlah satu profesion yang ‘highly paid’. Kerja berlambak, bertindan-tindan, selalu kena spontan, nak kena kreatif sepanjang masa, tapi bayaran tak setanding sektor swasta. Kami bersabar sebab ‘passion’ saja.

5. Emotionally and mentally taxing: Mengajar di Malaysia boleh memenatkan emosi dan mental, sebab ia melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar yang mencabar dan tekanan untuk memenuhi standard akademik. Kadang kita rasa ok je, tapi pengaruh media sosial pun satu jugak. Emosi dan mental yang sedia penat, semakin tenat!

6. Masa bekerja yang panjang: Jadi cikgu ni tak balik sama masa dengan budak sekolah ya. Banyak masa di luar kelas untuk menyediakan rancangan pengajaran, menanda kertas, menghadiri mesyuarat, latih dan bawak budak pertandingan.. Hari tu dah viral lebih 100 tugas cikgu-cikgu. Walaupun bukan kena buat serentak, tetaplah ia banyak gila.

7. Stress: Tekanan untuk memenuhi standard akademik, keperluan untuk sentiasa bersedia untuk pelajar dan tekanan untuk berjaya dalam bidang ini boleh menjadi terlalu berat, terutamanya terhadap perubahan yang berterusan dalam sistem pendidikan. Dia macam perkembangan teknologi jugak, kadang tak terkejar.

8. Peluang peningkatan kerjaya yang terhad: Ramai guru mendapati bahawa peluang peningkatan kerjaya yang terdapat di dalam bidang ini terhad. Nak beralih gred memerlukan masa yang lama. Kau jenis laju ke kerja biasa-biasa, naik gred nanti sama-sama ya..

9. Perubahan sistem pendidikan: Sistem pendidikan kita sedang ‘evolving’ dan ‘improving’. Sebagai guru, perlulah ‘adapt’ kepada perubahan dan turut berubah seiring keperluan. Adapt ni bukan bermakna anda mengikut arus, maka anda adaptable. Sentiasa reskill dan upskill. Bekerja dalam bidang pendidikan tak kan menjadi kalau knowledge anda berada di takuk yang sama.

10. Tiada jaminan di mana guru akan di tempatkan: Ni list paling bawah sebab semua bakal guru akan setuju je masa interview, tapi akhirnya ia jadi bebanan paling besar. Kena bersedia bab ni, dan uruskan kehidupan peribadi anda jika betul tak dapat dekat dengan keluarga.

Pertimbangkanlah 10 perkara ni sebelum anda memohon jadi guru. This is a battlefield, and only the strong should be on the team.

Panduan Guru 👉 https://shope.ee/4ARtgLJLvc

🎥whatsnextafterspm via haslinda hassan
DEKO RUMAH SAMPAI CANTIK

Address

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nur Semera Pade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share