12/11/2024
Badan perlu pulih daripada kedua jenis STRES yang mengganggu pemulihan badan dan menyebabkan badan jadi sensitif. Badan jadi sensitif dan overprotective kerana untuk melindungi badan kita daripada kerosakan dan kecederaan berterusan.
STRES EMOSI dan STRES TUBUH BADAN.
Emosi boleh mengganggu fungsi tubuh badan..fungsi tubuh badan yang terganggu juga boleh mengganggu emosi. Keduanya adalah kitaran yang merosakkan.
Bagaimana memulihkan stres? Kita kena pulihkan fitrah keperluan badan dan jiwa kita.
AWAS 5 perkara yang merosakkan fitrah kita:
1) Pemakanan tinggi proses dan memudaratkan.
2) Persekitaran toksik terdedah bahan kimia dan logam berat.
3)Terlampau sibuk kerja, tak jaga waktu tidur malam. Tak bersenam.
4) Suasana kerja, hubungan keluarga atau rakan yang toksik.
5) Spiritualiti yang rapuh, tiada penggantungan terhadap Tuhan.
Pulihkan fitrah untuk pulihkan kesihatan dan masalah angin sensitif ini.