30/03/2026
Harini keputusan diumumkan.
Sebagai parent,
1. Apapun keputusan, peluk dan support anak.
Jika cemerlang, sujud syukur. Jika kurang berpuas hati, juga syukur dan berikan kata-kata semangat.
Mereka perlukan kita sebagai tempat selamat untuk segala perasaan yang meruntun.
2. Semak keputusan.
Bayaran semakan setiap subjek RM100.
Jika anak rasa boleh buat, tapi keputusan kurang baik. Tidak salah jika nak semak.
Terutamanya melibatkan subjek utama seperti BM, Math, BI Sejarah.
Cthnya: dari B mungkin mahu semak untuk A. Atau dari gagal ke lulus.
Banyak kesannya status keputusan-keputusan ini.
Cuma, ia melibatkan kos & masa.
3. Ada banyak penajaan atau pembiayaan pengajian akan dibuka harini.
Petronas cthnya, dibuka hari keputusan dan tutup 7 hari kemudian.
>>syarat permohonan adalah A solid (Tanpa A-). Di sinilah penting buat semakan terus hari ini jika perlu.
4. Lepas ambil result, sujud syukur dan boleh ‘claim’ banyak tawaran dari kedai-kedai makanan/minuman atau kedai buku.
Pi belanja depa makan minum dulu.
Sambil susun strategi dan rancangan ke depan.
Ingat, masa berjalan.
Tapi, kita tetap perlu tenang dan fokus.
5. Selain Petronas, TM (Telekom Malaysia), YTN (TNB), Khazanah, Yayasan Peneraju, Kijang (Bank Negara) , YTP dan banyak lagi perlahan-lahan akan dibuka mulai esok.
Mohon semua yang layak.
6. Akan terima banyak sms/wasap dan tawaran juga.
>>kalau kita tak mohon, abaikan.
Kebanyakan tawaran ni random dan perlu disahkan kesahihah.
Kalau yang nak kena hadir taklimat dan minta bayaran tu, tak valid pun. Ramai yang ambil kesempatan.
Banyak lagi tempat menyambung pengajian yang valid dari saluran yang betul. Kita ada matriks, ipg, Uni awam (melalui upu), institusi Mara (melalui spupim), Upu tvet, TVET Mara (kos efektif) dll.
Ingat, dari saluran yang sahih sahaja.
7. Sentiasa bersama anak, sebagai sokongon emosi & mental.
Solat tahajjud, pi berjalan pagi-pagi. Jadi kawan dan teman.
Anak perlu belajar buat sendiri dari dokumen, persediaan temuduga dll.
Iya, banyakkk dokumen dan persediaan.
Tapi, kita ada. Insya Allah. Allah ada.
He/She’s not alone.
8. Setiap satu langkah adalah penting.
Mohon>temuduga beberapa fasa>berjaya/gagal.
Jika tidak ada rezeki di situ, insya Allah akan di sini. Yakin, ada hikmahnya.
Terus next, next. Dan move on.
Jika dapat banyak tawaran p**a, kena susun priority untuk pilih yang mana satu.
Ingat, pastikan ada list ni dan sentiasa berbincang kelebihan setiap tawaran.
Impian anak, dan realiti (kos, permintaan industri, kemampuan dll)
~Tahun lepas anak saya banyak mohon dan tak dapat YTP UK, Petronas dll. Tapi dapat UIA (melalui UPU), UniKL, Kolej Mara (mohon melalui SPUPIM).
Alhamdulillah anak pilih ke Kolej Mara. (Saya ada kongsikan alasan kami sebelum ini)
Menangislah sekejap, kecewa.
Tapi kita sapu air mata dan bangkit lebih tinggi insya Allah.
Masuk saja pusat pengajian tinggi, keputusan SPM dah jadi sejarah. Kita fokus ke depan.
Apapun, all the best parents & anak-anak.
Semoga Allah takdirkan yang terbaik. Di manapun.
La hawla wala quwwata illa billah.