Senja Head

Senja Head Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Senja Head, Shopping & retail, Bangi Gateaway Service Apartment, Bangi.

06/10/2023
Hi guys ! Come and purchase any item today to get RM3 OFFMaterial: Cotton JerseySize: 1.8m x 0.7mColor: 10 colours      ...
29/09/2023

Hi guys ! Come and purchase any item today to get RM3 OFF
Material: Cotton Jersey
Size: 1.8m x 0.7m
Color: 10 colours

ORDER NOW:
Ig:
"EASY TO GET, EASY TO WEAR"

"SUSAHNYA NAK SIAP CANTIK-CANTIK ! DENGAN SHAWL NI KORANG TAK PERLU RISAU KESIANGAN"Tudung yang simple untuk dipakai tan...
23/09/2023

"SUSAHNYA NAK SIAP CANTIK-CANTIK ! DENGAN SHAWL NI KORANG TAK PERLU RISAU KESIANGAN"

Tudung yang simple untuk dipakai tanpa perlu digosok. Senjahead adalah shawl yang sangat berkualiti dimana wanita-wanita yang lambat bersiap akan mengambil masa yang singkat umtuk bersiap. Senjahead lah penyelamat anda !

Kelebihan shawl jersey dari Senjahead :

1. Diperbuat daripada jersey cotton
2. Material kain yang sangat ringan dan ironless
3. Kain lembut, sejuk dan breathable
4. Terdapat 10 pilihan warna
5. Packaging boleh diguna semula
6. Boleh digayakan tanpa pin

SPECIAL PRICE untuk hijabis yang membuat pembelian dua dan ketas pada minggu ini !!

Korang boleh dapat harga yang lagi JIMAT !!
Beli 1 = RM 15
Beli 2 = RM 27

SENJAHEAD sudah berjaya menjual 20 HELAI hanya dalam masa 7 HARI ! Jom dapatkan sekarang.

Dapatkan shawl ini SEKARANG dengan harga yang berbaloi di pautan dibawah:

FB:
https://www.facebook.com/senjahead?mibextid=D4KYIr

IG:
https://instagram.com/senjahead?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

PEREMPUAN bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, instant ...
22/09/2023

PEREMPUAN bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, instant ke dan macam-macam jenis lagi.

Mesti dah berpuluh-puluh koleksi dan mungkin ada yang sampai satu almari koleksi tudung dia. Tak mustahil ada banyak macam tu.

Paling sayang, jika tudung yang biasa dipakai tiba-tiba ‘rosak’ seperti tertarik benang, turun warna atau bercapuk apabila dibasuh. Basuh sekali lagi pun tak juga hilang kesan kotoran.

Jangan risau, di sini SinarPlus nak kongsikan tip penjagaan tudung supaya tahan lama, sesuai buat anda si gadis berhijab.

1. Gunakan pelembut fabrik

Terp**ang jenama dan bauan apa yang anda s**a, pastikan tudung itu direndam selama 10-15 minit di dalam air suam yang dicampurkan bersama bahan pencuci dan pelembut fabrik. Pastikan bahan pencuci itu jenis cecair ya. Selepas itu, bilas tudung dengan air bersih macam biasa sehingga kesan sabun dan pelembut fabrik tidak melekat pada tudung. Tak perlu perah air terlalu kuat pada tudung, kemudian sidai seperti biasa.

2. Jangan cuci tudung menggunakan mesin basuh

Tak usahlah malas sangat sampai tudung pun nak dicampak ke dalam mesin basuh bersama baju-baju yang lain. Kalau ada baju yang turun warna, confirm melekat di tudung. Biasakan diri mencuci tudung bersama tudung sahaja. Kalau nak juga basuh menggunakan mesin basuh, pastikan tudung anda dimasukkan dalam bekas berjaring supaya fabrik tak cepat rosak. Juga elakkan penggunaan dryer kerana ini akan merosakkan lagi tekstur tudung anda.

3. Elak sental tudung terlalu kuat

Tengah sedap-sedap makan, tak sedar p**a ada kuah kari tertumpah di tudung. Tak kurang juga berhias secara kelam-kabut sehingga kesan gincu dan maskara terlekat di tudung. Untuk elakkan tudung cepat rosak, letak sabun di bahagian terkena kotoran dan biarkan seketika. Kemudian sental dengan menggunakan tangan atau ramas tudung secara lembut dan perlahan sehingga kotoran hilang.

4. Jangan sidai di bawah matahari terik

Kononnya mahu cepat kering, tapi tudung yang disidai di bawah cahaya matahari yang terik akan menyebabkan warna tudung semakin cepat pudar. Seeloknya tudung disidai di tempat cahaya yang redup. Kebiasaannya fabrik tudung ni ringan, jadi sekejap sahaja boleh kering walaupun tak diletakkan di bawah cahaya matahari secara direct.

5. Guna suhu rendah apabila menggosok

Anda kena tahu suhu apa yang sesuai dengan fabrik instant shawl sebelum menggosok tudung. Contohnya apabila menggosok tudung dari fabrik silk dan chiffon, gunakan suhu yang rendah untuk elakkan tudung daripada terbakar atau berlubang.

Tips tambahan:

Gunakan jarum yang tajam semasa menggayakan tudung untuk mengelakkannya berbulu. Lebih baik jika anda menggunakan ‘magnetik’ pin supaya fabrik tidak rosak.

Demikian adalah beberapa tip penjagaan tudung yang anda boleh amalkan. Diharapkan ianya dapat membantu anda menjaga tudung supaya tahan lama dan kekal seperti baru.

credit to: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/5-tip-mudah-penjagaan-tudung/ #:~:text=Jangan%20cuci%20tudung%20menggunakan%20mesin%20basuh&text=Biasakan%20diri%20mencuci%20tudung%20bersama,merosakkan%20lagi%20tekstur%20tudung%20anda

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, layari pautan dibawah

https://www.facebook.com/senjahead?mibextid=D4KYIr

"EASY TO WEAR, EASY TO GET"

PEREMPUAN bertudung memang mempunyai banyak koleksi tudung tak kira jenis tudung sekalipun. Bawal ke, shawl ke, instant ke dan macam-macam jenis lagi.

"TUDUNG SUSAH NAK BENTUK, TAKDE MOOD NAK KELUAR ! DENGAN SHAWL NI KORANG TAK PERLU RUSHING PUNN"Tudung yang mudah dipaka...
21/09/2023

"TUDUNG SUSAH NAK BENTUK, TAKDE MOOD NAK KELUAR ! DENGAN SHAWL NI KORANG TAK PERLU RUSHING PUNN"

Tudung yang mudah dipakai tanpa perlu iron. Senjahead adalah shawl yang sangat berkualiti dimana hijabis diluar sana yang gemar keluar jalan-jalan tak perlu makan masa untuk bersiap. Senjahead lah penyelamat anda !

Kelebihan shawl jersey dari Senjahead :

1. Diperbuat daripada jersey cotton
2. Material kain yang sangat ringan dan ironless
3. Kain lembut, sejuk dan breathable
4. Terdapat 10 pilihan warna
5. Packaging boleh diguna semula
6. Boleh digayakan tanpa pin

SPECIAL PRICE untuk hijabis yang membuat pembelian dua dan ketas pada hari ini !!

Korang boleh dapat harga yang lagi JIMAT !!
Beli 1 = RM 15
Beli 2 = RM 27

SENJAHEAD sudah berjaya menjual 20 HELAI hanya dalam masa 7 HARI ! Jom dapatkan sekarang.

Dapatkan shawl ini SEKARANG dengan harga yang berbaloi di pautan dibawah:

FB:
https://www.facebook.com/senjahead?mibextid=D4KYIr

IG:
https://instagram.com/senjahead?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

"SUSAH BETUL NAK JADI AWNING TUDUNG NI, TAK SEMPAT NAK GERAK KE KERJA AWAL"Tudung terletak dan ironless. Senjahead adala...
19/09/2023

"SUSAH BETUL NAK JADI AWNING TUDUNG NI, TAK SEMPAT NAK GERAK KE KERJA AWAL"

Tudung terletak dan ironless. Senjahead adalah shawl ciptaan yang berkualiti dan mudah dipakai untuk para muslimah yang mahu kejar masa. Senjahead sememangnya penyelamat anda !!

Terdapat baaaanyak kelebihan dengan shawl ni !!

1. Diperbuat daripada jersey cotton
2. Material kain yang ironless dan ringan.
3. Kain yang sejuk & lembut.
4. Terdapat pilihan 10 warna.
5. Packaging yang boleh diguna semula.
6. Boleh dipakai tanpa pin.

SPECIAL PRICE untuk para gadis yang membuat pembelian pada hari ini !!

JIMAT dengan pembelian yang banyak.
Beli 1 = RM 15
Beli 2 = RM 27

Sudah berjaya menjual 20 helai shawl SENJAHEAD hanya dalam masa 3 hari ! Tunggu apa lagi? Jom beli !

Dapatkan shawl ini SEKARANG dengan harga yang berbaloi di pautan dibawah:

Facebook
https://www.facebook.com/senjahead?mibextid=D4KYlr

Instagram
https://instagram.com/senjahead?

TIPS MEMILIH WARNA TUDUNG IKUT WARNA KULITSetiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai w...
18/09/2023

TIPS MEMILIH WARNA TUDUNG IKUT WARNA KULIT

Setiap wanita impikan satu almari yang dipenuhi dengan tudung yang mempunyai warna tudung yang pelbagai. Seronoknya rasa bila semua warna tudung ada dalam almari. Tentunya lebih mudah untuk suai padan dengan bau-baju yang korang ada. Tetapi korang perlu tahu bahawa korang perlu memilih warna tudung yang sesuai agar wajah korang tidak nampak kusam. Untuk mengetahui sama ada tudung tersebut sesuai dengan wajah korang atau tidak, korang perlu kenali warna kulit korang terlebih dahulu. Bila korang sudah tahu warna kulit korang, senanglah untuk korang pilih tudung yang sesuai. Jom Kak M bagi beberapa tips untuk korang memilih warna tudung yang sesuai mengikut tona warna kulit korang.

1. KULIT GELAP/HITAM MANIS
Wanita berkulit gelap bukan tidak cantik tapi jika korang bijak memilih padanan warna yang sesuai bakal menyerlahkan lagi tona kulit korang. Untuk yang berkulit gelap adalah sesuai dengan warna-warna pastel atau keemasan kerana warna ni mencerahkan lagi kulit korang. Semestinya korang yang berkulit gelap adalah lebih cerewet dalam pemilihan warna tudung ini jadi korang harus mengelak warna tudung yang gelap seperti hitam, coklat dan oren gelap kerana warna ini membuat kulit korang nampak lebih gelap.

2. KULIT SAWO MATANG
Untuk korang yang berkulit sawo matang, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yang terbaik kerana akan membuatkan kulit anda cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna pink belacan, biru gelap, lavendar dan maroon dapat mencerahkan serta menyerlahkan kulit korang. Warna yang harus korang elakkan adalah warna yang terlampau lembut atau cair dan warna-warna yang seakan warna kulit anda iaitu coklat dan juga warna yang terlalu terang seperti kuning kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit korang kelihatan bertambah gelap.

3. KULIT KUNING LANGSAT
Untuk korang yang berkulit kuning langsat, korang sesuai menggayakan warna-warna cerah seperti kuning ataupun biru cair. Hal ini kerana warna tersebut menambahkan seri wajah korang dan membuatkan kulit korang segar sekaligus menambah kecantikan korang. Korang harus elak warna oren ataupun warna krim kerana warna tersebut akan membuat korang kelihatan pucat. Bagi korang yang mempunyai kulit kuning langsat sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti pink, biru dan kuning. Warna-warna ini akan membuatkan wajah anda lebih segar dan akan menyerlahkan kecantikan wajah anda. Warna-warna yang harus dielakkan ialah coklat, oren, kelabu, hitam dan gold kerana akan membuatkan wajah anda nampak kusam.

4. KULIT PUTIH
Untuk korang yang berkulit putih biasanya korang sesuai dipadankan dengan kebanyakkan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yang paling sesuai untuk korang adalah warna-warna solid seperti merah, hijau, biru & hitam. Jangan disangka orang yang berkulit putih ni tiada masalah dalam pemilihan warna tudung. Ada juga warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti baby blue, soft pink, soft green ataupun kuning cair sebab akan menyebabkan kulit korang bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan kerana akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat. Pemilihan warna yang tepat dan sesuai sangat penting bukan sahaja untuk kelihatan cantik tapi untuk mengekalkan mood seharian korang.

credit to: https://maryamkhadijah.com/blogs/blog-1/tips-memilih-warna-tudung-ikut-warna-kulit #:~:text=Warna%20yang%20harus%20korang%20elakkan,kulit%20korang%20kelihatan%20bertambah%20gelap

Jom ramai-ramai tekan link dibawah untuk maklumat lebih lanjut!
https://www.facebook.com/senjahead

"EASY TO WEAR, EASY TO GET"

"AWNING TAK JADI-JADI, MAKAN MASA NAK BERSIAP ! DENGAN SHAWL NI JIMAT MASA DAN BOLEH MULTITASKING TAU"Tudung terletak da...
11/09/2023

"AWNING TAK JADI-JADI, MAKAN MASA NAK BERSIAP ! DENGAN SHAWL NI JIMAT MASA DAN BOLEH MULTITASKING TAU"

Tudung terletak dan ironless. Senjahead adalah shawl ciptaan yang berkualiti dan mudah dipakai untuk para muslimah yang mahu kejar masa. Senjahead sememangnya penyelamat anda !!

Apa kelebihan shawl ini ??

1. Diperbuat daripada jersey cotton
2. Material kain yang ironless dan ringan.
3. Kain yang sejuk & lembut.
4. Terdapat pilihan 10 warna.
5. Packaging yang boleh diguna semula.
6. Boleh dipakai tanpa pin.

SPECIAL PRICE untuk para gadis yang membuat pembelian pada hari ini dan esok !!

JIMAT dengan pembelian yang banyak.
Beli 1 = RM 15
Beli 2 = RM 27

Sudah berjaya menjual 20 helai shawl SENJAHEAD hanya dalam masa 3 hari ! Tunggu apa lagi? Jom beli !

Dapatkan shawl ini SEKARANG dengan harga yang berbaloi di pautan dibawah:

Facebook
https://www.facebook.com/senjahead?mibextid=D4KYlr

Instagram
https://instagram.com/senjahead?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka | Sesuai atau Tidak?“Kenapa bila aku pakai tudung ni, muka aku jadi tak lawa?” “Kenap...
08/09/2023

Cara Pakai Tudung Ikut Bentuk Muka | Sesuai atau Tidak?

“Kenapa bila aku pakai tudung ni, muka aku jadi tak lawa?” “Kenapa kau pakai shawl ni senang bentuk tapi, bila aku pakai susah nak bentuk?” Mesti ramai yang mengalami masalah sebegini, kan? Sis Min nak beritahu bahawa bukan semua bentuk muka sesuai memakai semua jenis tudung. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan cara pakai tudung ikut bentuk muka agar wajah anda kelihatan lebih jelita!

Allah ciptakan makhluknya dalam keadaan yang sempurna, iaitu sebaik-baik kejadian. Ada antara kita memiliki bentuk wajah yang berbeza-beza. Misalnya, bentuk wajah bulat, bujur, petak, dan panjang. Anda dah tahu bentuk muka sendiri belum? Jika belum, mari teruskan membaca.

🌷Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka yang bulat ni, biasanya panjang dan lebar mukanya hampir sama. Manakala tulang rahang p**a, agak berisi atau tembam. Sekiranya anda gemar memakai tudung yang mempunyai awning seperti tudung bawal, pastikan awning di bahagian tulang p**i tidak melepasi p**i. Jadi, elakkan melipat tudung sehingga terlalu menonjolkan p**i. Hal ini kerana, wajah anda akan kelihatan lebih bulat sekiranya tudung yang dipakai menampakkan tulang p**i.

Sebelum anda memakai selendang, pastikan anda memakai anak tudung yang agak nipis supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pakai selendang dengan gaya yang loose dan jangan melilitkan selendang terlalu ketat.

🌷Bentuk Muka Bujur
Wanita yang mempunyai bentuk muka bujur ini sebenarnya agak beruntung. Hal ini kerana, setiap jarak antara rahang, pelipis, tinggi kening, dan jarak dagu adalah seimbang. Oleh itu, setiap jenis style tudung, anda boleh gayakan dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk memakai pelbagai gaya tudung.

🌷Bentuk Muka Petak
Wanita yang mempunyai bentuk wajah petak ini mempunyai jawline yang panjang dan lebar. Oleh itu, gaya tudung yang sesuai mestilah menutupi bahagian rahang.

Sekiranya anda mempunyai bentuk muka petak, gunakan anak tudung sebelum mengenakan tudung. Hal ini supaya wajah anda akan kelihatan sedikit memanjang. Sekiranya anda memilih untuk memakai selendang, elakkan daripada menggayakan ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk. Hal ini kerana, gaya ini tidak menyembunyikan bahagian jawline. Sebaiknya, anda memakai gaya selendang yang loose, iaitu dengan melilit selendang di sekeliling leher tanpa menggunakan sebarang kerongsang di bahagian dagu.

🌷Bentuk Muka Panjang
Wanita yang mempunyai raut wajah yang panjang, lebih kurang sama dengan mereka yang memiliki bentuk muka bujur. Wajah dengan bentuk yang panjang, biasanya memiliki dagu yang panjang juga. Bentuk keningnya agak lonjong dan lebih tinggi dengan jarak pelipis. Jarak pelipis p**a sama dengan jarak rahang. Oleh hal yang demikian, penggayaan tudung perlu sesuai bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi.

Jika anda bijak menggayakan tudung yang sesuai dengan wajah, ia boleh bantu menjadikan wajah anda untuk kelihatan bujur. Cara pakai tudung ikut bentuk muka panjang ialah dengan menggunakan anak tudung yang melekap di dahi. Hal ini supaya dapat menutup bahagian kening yang tinggi. Pastikan anda melipat sedikit tudung hingga menampakkan rahang p**i supaya wajah tidak kelihatan panjang. Walau bagaimanapun, semua jenis penggayaan selendang lebih sesuai untuk wanita yang memiliki raut wajah yang panjang.

🌷Bentuk Muka Segi Tiga/Bentuk Hati
Wanita yang mempunyai bentuk muka segi tiga atau hati memiliki pelipis yang lebih lebar berbanding pangkal rahang. Oleh itu, gayakan tudung yang dipinkan ke belakang tengkuk agar bahagian rahang lebih kelihatan.

Bentuk muka segi tiga ini juga agak beruntung kerana wajahnya hampir mirip dengan bentuk muka bujur. Jadi, semua jenis gaya tudung sesuai dipakai. Namun, disarankan untuk menajamkan bahagian awning tudung supaya dahi tidak kelihatan luas.

Sekarang anda sudah pun tahu jenis bentuk wajah dan penggayaan tudung yang sesuai, kan? Jadi, selepas ini anda bolehlah gayakan tudung yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Bagi Sis Min, bentuk wajah yang dimiliki oleh setiap manusia mempunyai persona dan kecantikan yang tersendiri. Tidak kiralah bagaimana anda menggayakan tudung, pastikan tudung yang dipakai itu mengikut syariat Islam.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel mengenai cara pakai tudung ikut bentuk muka ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

credit to: https://sisrasa.com/cara-pakai-tudung-ikut-bentuk-muka-sesuai-atau-tidak/

To get more information, please follow the link below
https://www.facebook.com/senjahead

" EASY TO WEAR, EASY TO GET"

Address

Bangi Gateaway Service Apartment
Bangi
43650

Telephone

+60142271121

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Senja Head posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Senja Head:

Share